Berapa akta yang telah dimansuh dan dilonggarkan sejak DS Najib menjadi Perdana Menteri?
Apakah pemansuhan akta ini bermaksud kerajaan mengakui bahawa selama ini kerajaan bersalah dan akta tersebut memang tidak relevan dan tidak adil untuk digunapakai?
Atau, Apakah suasana di negara ini sudah lebih baik dari keadaan sebelumnya hingga kerajaan memikirkan bahawa akta dan undang-undang yang telah diperuntukan itu sudah tidak perlu lagi dan wajar dimansuhkan?
Atau, apakah kerajaan mempunyai cara lain yang lebih berkesan untuk memastikan rakyat negara ini sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada?
Atau, apakah rakyat negara ini sudah benar-benar menjadi masyarakat madani dan mempunyai ketamadunan yang mulia dan terpuji hingga sudah tidak memerlukan lagi apa-apa bentuk peraturan dan undang-undang samada undang-undang berbentuk pencegahan mahupun undang-undang perawatan?
Atau, apakah rakyat negara ini hanya perlu dipantau dan diberi nasihat sahaja supaya jangan buat perkara bukan-bukan...tak baik....berdosa...jangan keluar malam...yok-yok ada hantu...jangan nakal-nakal...nanti mak marah...nanti tuhan marah...nanti tuhan masukkan kamu dalam neraka...nanti tak masuk syurga...?
Atau, apakah kerajaan hanya boleh menjalankan undang-undang dalam bentuk "merayu dan memujuk" rakyat dengan cara yang hemah serta lemah lembut, meminta rakyat taat dan setia kepada negara, mematuhi segala peraturan, bersifat sopan santun dan menghormati antara satu sama lain serta hidup rukun dan damai?
Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir yang begitu tegas dan keras pendirian pun masih perlu kepada segala akta dan undang-undang pencegahan walaupun suasana ketika itu tidaklah begitu kompleks berbanding dengan kedudukan hari ini.
Tetapi, dengan keadaan yang sudah begitu kompleks, dunia sudah tidak bersempadan lagi, liberalisasi yang bukan-bukan semakin menjadi-jadi, dan pemimpin yang ada pun sudah tidak setegas dan sekeras pemimpin dulu-dulu lagi, dengan begitu berani pula pemimpin-pemimpin kerajaan ini memansuh dan melonggarkan segala bentuk akta dan undang-undang yang sediada.
Sekarang apa macam? Amekau...
Segala sat nike perangai dan ragam sudah dijelmakan, segala hantu jembalang yang selama ini menyorokkan kuku sudah mengeluarkan kuku, segala yakjuj makjuj yang bersembunyi dalam tanah pun sudah keluar dijalanan dan segala dajjal sudah bebas mengganas menunjuk kuasa dan kekuatan melebihi tuhan.
Kalau masih juga tak takut-takut, mansuhlah lagi saki baki akta dan undang-undang yang masih ada.
Lebih baik lagi, istiharkan negara ini bebas dari sebarang bentuk peraturan dan undang-undang dan kerajaan bolehlah melancarkan "Dasar Pandang ke Hutan Rimba" sepertimana Mahathir melancarkan Dasar Pandang Ke Timur.
Di hutan rimba tiada dan tidak perlu kepada sebatang bentuk akta dan undang-undang. Siapa kuat dia berkuasa.
TRANFORMASI NAJIB ..... DAH TERIMA PADAHNYA. NAMPAK YANG TIADA KUASA LEBIH BERKUASA DARIPADA YANG BERKUASA ..... SELAMAT MEMERINTAH UMNO.
ReplyDelete