Pemimpin pusat harus belajar dari kerajaan BN Kedah "bagaimana untuk membina dan membangunkan semula persepsi" yang mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terbanyak terhadap kerajaan BN.
Rakyat mahu melihat kerajaan yang telah mereka pilih "bertegas" mendahulukan kehendak rakyat apabila berhadapan dengan sesuatu masalah yang mempunyai kepentingan langsung rakyat terbanyak.
Rakyat merasa "bangga dan dihargai" apabila pemimpin dan kerajaan yang mereka beri mandat, dilihat "bertindak tegas" memenangkan hati dan perasaan rakyat tanpa berkompromi dengan perkara-perkara lain yang boleh menimbulkan keraguan rakyat.
YAB Dato Paduka Mukhriz Mahathir telah membuat "keputusan tegas" berkaitan kepentingan langsung dengan rakyat. Isu ini berpotensi besar boleh menimbulkan keraguan dan persoalan rakyat jika beliau tidak tegas dalam membuat keputusan.
Kerajaan pusat harus belajar melihat dari sudut "ketegasan" pimpinan kerajaan Kedah dalam membuat keputusan yang dilihat "menyebelahi rintihan dan keresahan rakyat".
Kerajaan pimpinan DP Mukhriz dalam tempoh 2 minggu sahaja telah memperlihatkan kepada rakyat, inisiatif dan kesungguhan kearah memperbetulkan kesilapan kerajaan lalu, dan jalan-jalan penyelesaian sudah mula kelihatan.
DP Mukhriz jelas begitu "passionate" dalam usaha beliau mahu melihat isu pembalakan yang menjejaskan alam sekitar dan isu kegagalan pentadbiran KUIN yang telah terjerat dengan masalah pengurusan dan hutang sehingga RM46 juta, dirintis penyelesaiannya.
Mukhriz juga tidak memberi muka pada pembangkang untuk menghasut rakyat menggunakan stadium untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada Allah swt yang tidak mengizinkan pakatan mereka menjadi penguasa di Putrajaya.
Tiada rawatan pembetulan persepsi yang paling berkesan melainkan kerajaan "harus tegas dan dilihat tegas" serta dilihat tidak berkompromi dengan sebarang elemen yang telah menyebabkan timbulnya persepsi buruk.
Rakyat akan "terus ragu dan bertambah ragu" bila mereka melihat kerajaan yang mereka beri mandat "tersangut-sangut" dan "terhegeh-hegeh" untuk membuat keputusan yang "tegas", setiap kali berhadapan dengan sesuatu isu, lebih-lebih lagi apabila isu yang timbul itu turut melibatkan menteri atau yang berkait dengan pimpinan parti.
Isu NFC dan isu rumah Khir Toyo adalah antara isu klasik yang gagal dibenafaatkan sebaik mungkin oleh BN untuk membina persepsi yang meyakinkan rakyat.
Rakyat tidak melihat ketegasan PM dalam menangani isu tersebut. Walaupun PM membuat sesuatu yang betul dengan menyerahkan isu tersebut kepada kebijaksanaan SPRM, tetapi PM patut sedar isu tersebut sudah menjadi isu politik, dan rakyat memerhati secara rapat ketegasan PM dalam menghadapi isu ini.
Tapi sayang, disebabkan tidak dilihat tegas, isu tersebut telah berjaya dimanipulasi oleh pembangkang untuk "menambahburukkan" lagi persepsi rakyat terhadap pimpinan Barisan Nasional.
Ketegasan PM dan kerajaan BN dalam menangani isu dan persepsi rasuah "tidak pernah berbukti" dan "tiada testimoni" untuk rakyat meyakini ketelusan kerajaan, walaupun membenteras rasuah jelas termaktub di dalam NKRA.
"Bukti tindakan, tangkapan dan hukuman" yang menandakan ketegasan PM, khususnya terhadap pemimpin politik tidak dilihat "berlaku" oleh rakyat. Mustahil dalam tempoh 10 tahun semua pemimpin UMNO bersih dan bebas dari amalan rasuah.
Kalau gagal menguasai persepsi umum, bagaimana BN mahu menguasai majoriti 2/3. Masih diberi mandat pun sudah cukup baik.
No comments:
Post a Comment