Tuesday, May 28, 2013

ULAR SAWA ALBINO MASUK RUMAH KIT SIANG!!

1. Ada orang merasakan dia akan kalah dan akhirnya benar-benar kalah. Dia terima kekalahan.
2. Ada orang merasakan dia akan kalah, tapi tengok-tengok menang. Dia seronok.
3. Ada orang merasakan kedudukan 50:50, tapi akhirnya menang.
4. Ada orang merasakan kedudukan 50:50, tapi akhirnya kalah. 
5. Ada orang yakin akan menang, dan akhirnya memang betul menang.
6. Ada orang yakin akan menang, tapi akhirnya kalah. Dan dia terima takdir.
7. Ada orang tidak yakin dia akan menang, tapi beritahu orang dia pasti menang. Dan akhirnya tengok-tengok dia menang.
8. Ada orang tahu dia tidak akan menang, tapi umum satu dunia bahawa dia akan menang dan seterusnya buat persiapan seperti kelaziman orang menang, supaya orang yang belum menyokongnya akan terpengaruh dan akan mengubah pendirian dan beralih menyokong orang ini. 

Walaupun dia tahu dia pasti kalah, orang jenis ini awal-awal lagi membuat persiapan seperti benar-benar mahu membentuk kerajaan supaya rakyat yang masih ragu untuk menyokongnya akan hilang keraguan dan tanpa berbelah bahagi akan terus membulatkan tekad menyokong orang ini.

Bila benar-benar diumumkan kalah, orang ini akan buat-buat terkejut badak, dan berkata, "kemenangan kita telah dirampas!" Kita sudah menang tapi SPR sudah rampas dan beri semula kepada BN!

Pengundi cina telah menjadi "mangsa terbesar" dan telah terjebak dengan permainan orang ini hingga hampir 100% pengundi cina membulatkan tekad, "ini kalilah" kita ubah.

Anwar tergolong dalam Kategori ke-8, iaitu kategori penipuan yang melangkaui zaman, melangkaui semua jenis penipuan dan melangkaui semua jenis helah.

Itu sebabnya, buat pertama kali anak-anak muda cina menjadi majoriti terbesar hadir dalam setiap himpunan menolak keputusan PRU13.

Orang hebat seperti Jusuf Kalla juga boleh terpedaya dengan percaturan menipu yang terlalu "advance" yang telah dipersembahkan oleh Anwar.

Anak muda cina bak kata "ular jenis Albinawe Anwar" dalam lagu bangau oh bangau, "memang makanan aku". 

No comments:

Post a Comment