Cadangan Parti Gerakan supaya BN menjadi single party telah mendapat pelbagai reaksi. TS Muhyidin sendiri telah memberi respons dan meminta supaya ahli dan komponen parti memikirkan apakah sudah sampai ketikanya untuk memikirkan keperluan tersebut.
Ahli akademik juga sudah memberikan pandangan masing-masing.
Cadangan BN menjadi single party ini bukan cadangan baru. Orang pertama yang mencadangkan konsep parti berbilang kaum ini datangnya dari Dato Onn Jaafar sendiri. Disebabkan cadangan beliau untuk menerima bukan melayu menjadi ahli UMNO ini ditolak oleh orang melayu, beliau telah bertindak meninggalkan UMNO yang beliau sendiri tubuhkan.
Jika cadangan beliau dulu diterima, maka tidak akan wujudlah parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC.
Harus diingat bahawa pembinaan struktur Parti Perikatan yang telah menggabungkan parti-parti yang mewakili kaum-kaum terbesar di tanah air yang belum merdeka ketika itu sangat mempengaruhi rupabentuk Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini. Pemimpin-pemimpin gabungan parti Perikatan inilah yang telah membentuk pelbagai jawatankuasa dan suruhanjaya dalam merekabentuk sebuah perlembagaan yang telah diterima dan dipersetujui oleh semua kaum yang terdapat di tanah air ini keika itu.
Ini memberi manifestasi tersendiri untuk kita fahami bahawa secara biological science, Perlembagaan Persekutuan lahir pada tahun 1957 tersebut boleh diibaratkan sebagai anak yang lahir dari darah keturunan Parti Perikatan yang mengandungi komponen DNA pelbagai kaum yang bergabung dan berkahwin sesama mereka yang telah tinggal sebumbung di dalam Rumah Perikatan.
Mahu tidak mahu, kita harus mengakui bahawa Perlembagaan Persekutuan tersebut adalah perlembagaan yang telah pun mengambilkira semua pertimbangan-pertimbangan dan kepentingan semua kaum yang telah turut bersama-sama merangka dan menerima pakai perlembagaan tersebut.
Itulah perlembagaan yang telah membuktikan suatu testimoni terbaik dan unprecedented untuk rakyat Malaysia.
Negara Malaysia yang merupabentuk dan berada di kedudukan yang ada pada hari ini, adalah terhasil dari acuan perlembagaan yang telah direkabentuk sendiri oleh bapa-bapa kaum yang ada pada hari ini.
Jika ada mana-mana kaum hari ini tidak berpuas hati dengan perlembagaan dan apa yang telah mereka nikmati setakat ini, maka mereka harus persalahkan bapa-bapa mereka sendiri kerana bapa-bapa mereka sendiri yang turut sama merangka dan bersetuju dengan apa-apa peruntukan yang terkandung di dalam perlembagaan tersebut.
Harus diingat juga, jika hari ini kita merasakan struktur dan komponen BN yang terbentuk hasil dari gabungan parti yang mewakili kaum-kaum yang ada di negara ini sudah tidak relevan lagi dengan "cara hidup dan cara fikir" terkini rakyat negara ini, maka secara tidak langsung perlembagaan persekutuan yang turut mengandungi komponen "DNA bersama" semua kaum yang terdapat di negara ini juga berkemungkinan sudah tidak relevan lagi.
Jika rupabentuk BN itu sudah tidak relevan dan perlu kepada rekabentuk dan acuan baru, maka secara tidak langsung rekabentuk atau acuan perlembagaan yang ada juga tidak akan relevan dengan pemikiran "order baru" masyarakat yang ada pada hari ini.
Tetapi, persoalannya, ADAKAH TANGGAPAN INI BENAR DAN TIADA YANG TIDAK BENAR MELAINKAN BENAR BELAKA?
Adakah benar perlembagaan persekutuan ini tidak sesuai lagi untuk kehidupan masa depan rakyat dan negara ini?
Adakah konsep perkongsian kuasa cara BN yang mensegmentasikan parti-parti komponen terlebih dahulu sebelum digabungkan di dalam satu Parti Induk bagi tujuan agar masing-masing kaum dapat memastikan kepentingan kaum masing-masing terbela, juga sudah tidak relevan lagi?
Jika benar konsep dan struktur organisasi yang menjadi punca masalah yang dikatakan sudah "obsolete" ini, maka apakah struktur dan rekabentuk atau acuan baru yang boleh diterimapakai dan paling relevan oleh suluruh rakyat negara hari ini?
Jika tidak benar rekabentuk serta konsep yang ada hari ini sudah lapuk dan ia masih pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia, maka di manakah dan apakah sebenarnya punca kesilapan dan masalahnya yang menyebabkan perkongsian kuasa BN pada hari ini sudah tempang kerana tidak lagi disokong oleh satu jenis kaum yang bernama "CINA"?
Apakah kesilapan ini terdapat kepada struktur parti atau cara mentadbir dan cara memimpin struktur itu yang salah sebenarnya?
Persoalan ini sangat besar dan penting untuk dibahaskan. Perbahasan ini perlu memikirkan beberapa considerasi dan konsekuensi.
Cukuplah setakat lontaran awal ini dahulu...
No comments:
Post a Comment