Wednesday, June 5, 2013

TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA TIDAK MUNGKIN BERLAKU DLM UMNO!!

Sistem pemilihan "cara baru" UMNO walaupun tersurat pelbagai pembaharuan yang baik, ia juga turut tersirat pelbagai "kemungkinan malapetaka" yang tidak diundang.  

Ancaman masa depan paling besar pemilihan "cara baru" ini ialah, ia bakal menyekat peluang pemimpin muda/pelapis dan pemimpin masa depan yang berpotensi untuk diketengahkan. Ia pasti lebih sukar. 

Pemilihan "cara baru" ini hanya memberi kelebihan kepada pemegang jawatan sediada dan kepada mereka-mereka yang sudah "ada nama".

Proses transformasi kepimpinan dalam UMNO pasti akan berlaku masalah "kesengjangan"  atau "contraction".

Memilih dan mencari pemimpin masa depan dalam UMNO akan menjadi semakin sukar, melainkan calon-calon muda dan berpotensi ini perlu "kerja lebih" memperkenalkan diri kepada lebih 200,000 perwakilan cawangan, pemuda, wanita dan puteri ke seluruh negara. Mereka perlu berbelanja "politik wang" berkali ganda lebih besar dari sistem "politik wang" cara lama.

Hanya satu cara pemimpin pelapis ini boleh mendapat tempat di dalam MKT, iaitu mereka perlu terlebih dahulu dilantik di dalam kerajaan seperti menjadi menteri dsbnya. Bila sudah ada nama dalam kerajaan barulah mereka boleh dikenali oleh perwakilan cawangan ke persidangan bahagian. Jika tidak jangan harap mereka boleh menaiki hiraki kepimpinan UMNO di peringkat pusat.

Ini bermakna, harapan dan aspirasi ahli akar umbi untuk melihat UMNO diremajakan melalui proses transformasi kepimpinan hanya akan tinggal harapan.

Hanya kesedaran dan kefahaman jelas wakil cawangan ke persidangan bahagian sahaja yang mampu mengubah keadaan ini.  

Ahli akar umbi UMNO sebenarnya mempunyai peluang keemasan terbaik untuk mencorakkan kepimpinan UMNO di peringkat bahagian dan pusat. Mereka boleh menentukan siapa yang mereka mahukan untuk memimpin UMNO di masa depan yang lebih mencabar.

Ahli akar umbi juga berpeluang menentukan cara mana UMNO ini harus diurustadbir dengan memilih pemimpin yang mereka benar-benar yakin boleh membawa UMNO dan BN ke arah pembetulan dan pengukuhan yang sebenar.

Ahli UMNO akar umbi juga berpeluang untuk memberhentikan mana-mana pemimpin yang mereka rasakan tidak berguna dan hanya menghabiskan beras dengan bertindak menurunkan pemimpin-pemimpin yang dirasakan "ada tidak menambah, jika tiada pun tidak dirasai ketiadaannya".

Pemilihan di peringkat pusat sudah tidak terikat lagi dengan sistem kuota ataupun sistem wakil G7 dan G6 yang selama ini diamalkan dalam menentukan kepimpinan di peringkat MKT.

Tapi, jika ahli akar umbi atau wakil cawangan ke persidangan bahagian tidak tahu nilai undi yang ada di tangan mereka itu sangat signifikan dalam menentukan hala tuju dan jenis pemimpin yang diperlukan oleh UMNO di peringkat MKT untuk masa akan datang, "tak dapeklah nak nolong eh".

Jika wakil cawangan yang dipilih mewakili akar umbi ini hanya menyerahkan bulat-bulat undi mereka kepada kehendak dan hasrat Ketua Bahagian sahaja untuk menentukan pun "tak dapeklah nak nolong eh".

Jika wakil cawangan ini tidak mahu ambil tahu siapa yang layak dan tidak layak duduk di peringkat MKT, dan hanya memilih dan mengundi berdasarkan "senarai hafalan" yang diberikan oleh pelobi-pelobi calon MKT, pun "tak dapeklah nak nolong eh". 

Jika wakil cawangan ini tidak kenal dan tidak tahu siapa calon dan apa keupayaan dan kekurangan mereka, dan mereka hanya memilih berdasarkan "hentaman keromo" saja, alamatnya mala-petaka besar bakal menanti UMNO dan orang melayu.

Tiada siapa hantu perwakilan cawangan ke Persidangan UMNO bahagian Pensiangan yang kenal calon MKT dari kalangan AJK Bahagian dari Bahagian Padang Rengas, kecuali Dato Nazri Aziz.

 MKT yang merangka cara baru ini, bukan mahu fikir sampai tahap ini. Mereja hanya fikir bagaimana mahu melaksana dan mengendalikan cara baru pemilihan parti. Tapi sampai sekarang pun mereka masih belum dapat mencari mekanisma terbaik untk dilaksanakan.

Mana ada masa untuk fikir transformasi kepimpinan. Kalau ada yang terfikir pun hanyalah cara bagaimana incumbent mahu terus kekal. Caranya ialah dengan merangka pemilihan "cara baru" macam yang nak dibuat ni la..

2 comments:

  1. Malangnya pemimpin hari ini tidak pernah mahu memikirkan kesulitan yang di lalui generasi pemimpin pelapis yang ada ataupun yang perlu di sediakan untuk menghadapi cabaran yang lebih besar dan getir pada masa akan datang.

    Hampir 2/3 pemimpin yang ada pada hari ini akan menjadi sebagai sebahagian dari tinggalan sejarah pada waktu dan ketikanya negara mencapai matlamat sebagai negara maju pada 2020 dan selepasnya..kalau tercapai.

    Pada waktu itu kekosongan akan dirasai dan akan menjadi bukti betapa sebenarnya UMNO telah gagal untuk mengisi kekosongan2 ini, yang juga menjadi bukti jelas di atas kegagalan pemimpin2 UMNO hari ini yang diketua oleh Dato Seri Najib dan barisan pimpinannya.

    Di dalam UMNO dan hasrat pemimpinnya, tidak lain dan tidak bukan bahawa kuasa perlu dipegang sampai ke akhir hayat (sampai mati). Bahkan yang sudah hilang kuasa juga sedang berusaha keras untuk mengembalikan kuasa yg sudah hilang ini yang telah menjadi suatu penyakit yang cukup sebati dengan pemimpin UMNO yang dikenali sbg "Post Power Syndrom" yang tidak boleh tidak untuk diakui sebagai sumbangan kepada kehancuran UMNO.

    Tidak apa jikalau ini sebenarnya yg dingini oleh pemimpin umno dan tidak apa jika pimimpin lapuk ini semuanya sudah berpuas hati dengan segala kekayaan yang akan diwarisi oleh 7 keturunannya..mudah-mudahan mereka ini tidak akan disoal di dalam kubur kelak di atas tanggungjawab mereka sebagai pemimpin..mudahan mereka ini terselamat dari fitnah kubur dan paling tidak...jangan lah sampai kubur mereka ini akan dikencing oleh anak bangsa yang akan mempertikaikan kegagalan mereka di atas kebodohan mereka sendiri lantaran terlalu mengikutkan nafsu dan perasaan untuk kepuasan berpolitik.

    Awas pemimpin UMNO kamu yg ajar kami bermain politik.. maka kamu juga lah yg yang perlu membersihkan kekotoran dan najis yang telah kamu tinggalkan di dalam UMNO...

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,

    Org lama naik ikut tangga. Setingkat demi setingkat. Org muda2 ambil jln mudah, naik guna lif. Bila masuk dlm lif, ibarat mereka berada dlm sebuah kotak dan mereka tidak dpt melihat pemandangan indah di luar kotak tersebut.

    Nak jadi pemimpin besar, kena mula dari bawah. Mulakan dari cawangan. Berjasa pada org kampung dan akar umbi, lepas tu bantu bahagian. Inn sya Allah berjaya. Masalahnya, org muda nak jln singkat. Masuk parti terus nak ketua pemuda bahagian. Tu pun kira bagus, ada setengah terus nak ketua bahagian. Yg lama skrg nie pun mula dr bawah.

    ReplyDelete