Monday, June 3, 2013

ZAHID... ARAH SERBU RED BEAN ARMY!!!

Cybertrooper sudah menjadi umpama "automated machine" yang akan mengeluarkan produk berdasarkan design yang terlebih dahulu diprogramkan.

Pengguna hanya melihat jenama, isi kandungan produk yang tertulis pada packaging dan harga barangan tersebut dalam menentukan samada dia beli atau pun tidak. Pengguna tidak fikir bagaimana produk itu didesign dan diproses di kilang. 

Bagi designer dan pemilik produk, apa yang penting, sejauh mana produk itu mendapat sambutan di pasaran.

Kelebihan alam cyber ialah alam ini "boleh bertuan dan boleh tidak bertuan" dan tidak perlu meletakkan nama pemilik yang sah. Tidak seperti alam dunia nyata yang terikat kepada pemilik@owmnership yang harus bertanggngjawab di atas apa yang tertakluk di bawah pemilikannya.

Dikesempatan inilah cybertrooper tidak bernama dan tidak diketahui asal-usulnya menyebarkan segala produk "maklumat dan propaganda" untuk digunapakai oleh pengguna cyber. Kesahihan maklumat bukan persoalan bagi pengguna. 

Pengguna hanya perlu melihat jenama dan packaging samada "pro atau kontra" dengan kecenderungan pemikiran mereka. Itu sahaja asas yang pengguna cyber gunakan dalam pencarian produk "maklumat dan propaganda" yang digemarinya.

Soal "benar atau palsu", atau origin produk samada pengeluar asal atau "pengeluar tiruan Siam, Vietnam atau Taiwan" bukan lagi menjadi asas utama para pengguna cyber.

Inilah cara dan rupabentuk pemikiran, penilaian dan taksiran manusia yang dilahirkan pasca zaman kemajuan alam cyber dan tatacara penyampaian maklumat yang tidak mempunyai mekanisma penapisan yang membina, sebaliknya bakal melenyapkan etika, tatacara dan peradaban manusia sejagat.

Banyak negara dan kerajaan di dunia ini runtuh dan musnah disebabkan rakyat terlalu bergantung hidup dan mengambil pedoman daripada produk "maklumat dan propaganda" palsu dan tiruan yang dilambakkan di pasaran cyber.

Malaysia juga hampir menerima mudarat akibat dari lambakan produk "maklumat dan propaganda" palsu yang membanjiri "pekan sehari", "pasar" dan "tamu" yang tumbuh merata-rata umpama cendawan lepas hujan di serata wilayah dan benua cyber.

Lebih separuh atau mungkin 80% cybertrooper yang wujud di negara ini tidak diketahui asal-usul, mak bapak dan keturunannya. Mereka tidak bernama dan tidak mahu bertanggungjawab di atas produk "maklumat dan propaganda" yang mereka sebarkan.

Mereka umpama "pemberi sedekah dan penderma ikhlas" di zaman rasulullah saw yang tidak mahu orang yang menerima sedekah atau sumbangannya mengetahui latar belakang diri mereka. 

Jika para sahabat nabi saw melakukan penyamaran dalam menyebarkan derma dan sumbangan, para cybertrooper akhir zaman pula melakukan penyamaran dengan pelbagai topeng dan anonymous untuk menyebarkan derma "maklumat dan propaganda" berbentuk fitnah dan palsu.

Jika masyarakat di zaman nabi dan para sahabat boleh hidup dan bermasyarakat hasil dari sumbangan para penderma dan penyumbang "anonymous", hari ini masyarakat dunia hidup dan menentukan kehidupan dan kerajaan yang mereka inginkan hasil dari sumbangan penyebar maklumat dan propaganda palsu yang "anonymous".

Yang paling menghairankan, ramai pula di kalangan pengguna cyber ini yang lebih percaya dan yakin dengan "kredibiliti" hantu jembalang tidak bernama ini daripada manusia zahir yang terang terbentang sedang menyondol "chinadoll". Mereka lebih percaya "gambaran lakar lokasi" Rosmah membunuh Altantuya di hutan belantara yang didesign oleh hantu jembalang tidak bernama ini daripada video Ustad Mustapa sedang memakai spender.

"Red Bean Army" yang ditaja oleh DAP boleh hancurkan kehidupan negara ini dengan cara membahagi-bahagikan pemikiran rakyat di negara ini kepada beberapa kelompok yang akhirnya akan menyebabkan semua kelompok ini akan bertelagah dan berpecah, seterusnya menghancurkan kehidupan secara bertoleransi rakyat yang selama ini telah terbukti menjamin keharmonian kehidupan rakyat dan memakmurkan negara ini.

"Red Bean Army" dan yang seangkatan dengannya harus dihapuskan segera.

KDN mesti bertindak, sekurang-kurangnya jembalang tidak bernama ini mesti ada keberanian macam Kepal Nasi, yang memaparkan gambar berukuran paspot original.   

2 comments:

  1. DONT CALL THEM RBA..JUST CALL THEM RED BEAN PIGS. IT SUITS THEM MOST..

    ReplyDelete
  2. kdn bawah hishamudin mcm bapok,lemah gemalai.amaran tak sudah.masih belumterlambat lg untuk mengekang kemaraan komunis ni.

    ReplyDelete