Thursday, July 4, 2013
BENARKAH AGENDA KJ UTK FARAIDKAN JAWATAN DI KBS!!??
Artikel KNKB berkaitan "pendaftaran pengundi baru" yang tidak pernah pun menjadi agenda utama mana-mana para pemimpin UMNO menerima pelawat yang paling sedikit berbanding dengan entri lain yang digarab dengan elemen kontroversial dan sensasi.
Entri ini hanya menerima tidak sampai 600 pengunjung. Apa mesej yang boleh difahami di sebalik semua ini?
Sudah pasti ramai yang tidak berminat berkaitan dengan isu daftar pemilih baru. Tidak minat sebab tidak sensasi dan tiada sentimen yang menyeronokkan. Boring!
Ini sudah cukup menjadi bukti betapa melayu tidak minat terhadap perkara-perkara "leceh yang terpaksa menggunakan fikiran dan perancangan strategik" dalam memperjuangkan "agenda melayu" yang tiada kepentingan langsung dengan mereka.
Mereka tidak merasai apa-apa kesan buruk secara langsung. Samada melayu daftar mengundi atau pun tidak, tiada apa-apa kesan terhadap mereka.
Tapi kita tidak boleh salahkan rakyat, pengundi atau pengunjung laman blog yang tidak minat dengan isu daftar pemilih ini, kerana yang lebih bersalah adalah organisasi melayu yang sepatutnya menggerakkan usaha ini dan "menjagakan mata melayu" yang belum atau tidak minat untuk mendaftar.
Pemimpin UMNO sendiri pun tidak sedar dan tiada "political will" untuk menjayakan agenda ini, apatah lagi kita sebagai rakyat biasa.
Penduduk melayu tidak berhijrah dan mendirikan kediaman dan bermastautin di Keramat, Pandan, Selayang atau Ampang diatas maksud dan niat untuk meramaikan melayu di Kuala Lumpur. Merka datang dan bermastautin di atas maksud keperluan hidup mereka. Tiada dalam kepala mereka berhijrah dan bermastautin di situ untuk agenda selain dari survival hidup keperluan mereka. Bukan disebabkan agenda melayu.
Tetapi agenda melayu itu direncana, disusun dan dilaksana secara political will oleh Allahyarham Dato Harun Idris. Jika tiada initiatif tersirat untuk menyusun masyarakat melayu Kuala Lumpur oleh Dato Harun, mungkin penghijrahan melayu ke bandar-bandar tidak akan berlaku. Jika berlaku pun tidaklah sepertimana hasil yang diperolehi kini di mana kawasan-kawasan ini telah dikuasai secara majoriti oleh orang-orang melayu.
Hari ini dalam UMNO untuk mencari pemimpin melayu yang boleh menyamai sisik dan dahi jendol Dato Harun pun sudah tiada, apatah lagi untuk menyamai jiwa dan agenda perjuangan Dato Harun dalam memastikan melayu "menguasai" atau mendominasi. Apa yang masih diikuti oleh pemimpin UMNO hanyalah sisik memakai songkok ala-Dato Harun.
Siapa Naib Presiden UMNO yang bertanggungjawab dalam daftar pemilih? Kita pun tidak berapa perasan. Mungkin DS Shafie Afdal.
Apa dia buat sepanjang diberikan amanah dan tanggungjawab ini? Berapa juta artis yang ada dalam negara ini yang masih belum mendaftar SPR?
Sudah buatkah perancangan yang menyusun pola pengundi melayu di kawasan-kawasan kelabu melayu? SPR akan buat persempadanan semula sebelum hujung tahun ni. Tak boleh ke fikir lebih sikit macam mana persempadanan semula oleh SPR ini boleh mendatangkan keuntungan terhadap kuasa politik melayu secara jangka panjang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahap pemikiran MKT UMNO termasuk Najib/Muhyiddin sendiri setaraf dengan Ketua Cawangan UMNO di kampong-kampong sahaja.
ReplyDeleteJika tidak masakan mereka masih asyik berbicara soal kekuatan UMNO atas kemenangan lebih 9 kerusi itu. Sedangkan puak Evangelista DAPigs Bintang 3 telahpun menggerakkan jentera pendaftaran pengundi baharu semenjak 19 Mei 2013 yakni 2 minggu selepas PRU13 lagi.
Bukankah Najib and the half past six MKT UMNO are MEDIOCRES!