Wednesday, July 31, 2013

JIKA NEGARA JADI MACAM GOLOK SIAM, APAKAH DS NAJIB MAHU AMBIL TANGGUNGJAWAB??

Kebelakangan ini Malaysia sudah jadi macam Golok atau Selatan Thai suatu masa dulu. Sesiapa pun boleh terdedah kepada risiko mati ditembak dari jarak dekat.

Kenapa sampai jadi begini?

Apakah mereka ini Pembunuh Upahan yang dibayar oleh mereka-mereka yang berkepentingan samada dalam perniagaan atau pun sindiket?

Apakah mereka-mereka ini bekas banduan atau bekas tahanan Ordinan Darurat atau ISA yang telah dibebaskan?

Budaya mengekori dan kemudian menembak hingga mati ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Rakyat kebanyakan sudah mula berasa tidak selamat. Jika semua kejadian ekor-tembak-lari ini tidak dapat dibendung dengan pantas, mungkin kejadian ini akan lebih berleluasa lagi.

Budaya membuat keputusan sendiri dan meletakkan hukuman dihujung pistol amat menakutkan rakyat jika kejadian begini terus berlaku walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak polis bagi menangani isu ini.

Ini dalam isu jenayah. 

Dalam isu agama pula, budaya menghina agama, khususnya agama Islam masih terus berlaku. Belum pun selesai kes menghina Islam oleh Alvin vivian laknatullah, timbul pula youtube yang menghina agama Islam dengan menggunakan anjing pula.

Apakah akan ada nokhtahnya semua insiden yang paling tidak diingini ini dari terus berlaku?

Kerajaan telah menggubal pelbagai akta sejak sebelum merdeka lagi, khusus bagi mencegah perkara yang paling tidak diingini ini dari berlaku di negara ini.

Sejak pelbagai akta ini dimansuhkan, kejadian yang amat tidak diingini ini sudah berkembang biak. 

Persoalannya adalah, "Apakah perkara ini berlaku secara kebetulan atau sememangnya ia adalah kesan dari pemansuhan pelbagai akta oleh kerajaan pimpinan DS Najib?"

Jika ia berlaku secara kebetulan, maka jelas akta dan undang-undang sediada masih belum mencukupi untuk negara ini bebas dari perkara yang paling tidak dingini ini.

Jika ia berkait secara langsung dengan pemansuhan akta hingga mereka yang selama ini menyembunyikan kuku disebabkan akta dan undang-undang yang ada telah mengeluarkan kukunya disebabkan pemansuhan ini, maka kerajaan pimpinan DS Najib wajib mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap "kesilapan besar" kerana begitu berani buta memansuhkan semua akta yang telah terbukti tidak pernah disalahgunakan oleh pihak kerajaan selama mana ianya wujud dan berkuatkuasa.

Kita juga harus memikirkan dari sudut "kesan psikologi" terhadap pihak berwajib, khususnya PDRM dan para anggotanya hasil dari pemansuhan segala mekanisma pencegahan yang selama ini diberikan oleh kerajaan kepada PDRM di dalam pelbagai bentuk akta dan perundangan.

Bayangkan 2 senario ini;

1. "Selama ini kita pergi ke hutan dilengkapi dengan pelbagai alat atau senjata untuk melindungi dan mencegah serta mengelakkan diri dari menjadi mangsa keganasan haiwan di hutan atau bagi menghadapi apa-apa kedaruratan yang berlaku sewaktu merempuh hutan belantara.

2. "Kini, semua peralatan dan senjata ini tidak lagi dibenarkan untuk dibawa ataupun digunakan jika mahu ke hutan belantara", di atas desakan pihak pemelihara "endangered species" kerana ditakuti senjata ini akan disalahgunakan oleh mereka yang masuk hutan dengan membunuh dan memusnahkan semua "endangered species" ini".

Dulu sewaktu masuk hutan belantara, jika ada harimau atau singa di satu-satu kawasan, haiwan ini "baru terhidu" bau senapang dan peluru pun mereka sudah lari. Haiwan ini dapat mengesan perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan risiko besar terhadap mereka.

Hari ini para "penjenayah merbahaya" ini sangat-sangat maklum" bahawa, "bahana atau risiko dari perbuatan jenayah yang dilakukannya" jauh lebih rendah dari dulu kerana "pihak pencegah jenayah" yang "mereka takuti selama ini" sudah tidak lagi punya senjata "akta dan undang-undang". 

Semua senjata pencegahan ini sudah, samada ditiadakan, dilonggarkan atau pun dipinda oleh Pentadbiran DS Najib.

Yang menerima kesan langsung hasil dari pemansuhan atau pindaan ke arah lebih longgar ini adalah badan penguatkuasa, iaitu PDRM. PDRM terpaksa banyak bergantung kepada kepala otak, akal, PR, tulang empat kerat dan lain-lain kemampuan diri kerana mereka sudah tiada senjata pencegahan.

Kredibiliti dan digniti PDRM tidak mungkin sama lagi seperti ewaktu mereka bersenjatakan akta dan undang-undang yang lengkap.

Kalau KNKB jadi polis pun pasti akan kecewa dan tercabar dengan situasi yang berlaku disebabkan oleh tindakan pihak kerajaan yang jahil masalah keselamatan negara telah bertindak menentukan bagaimana "Pihak Polis Harus Menjalankan Tugas dan Tanggungjawab Di zaman demokrasi dan keterbukaan yang tidak mampu dilihat oleh Kerajaan Pimpinan DS Najib implikasi dari keberanian buta tulinya membuka "flood gate" yang selama ini dinantikan oleh pihak lawan. Akhirnya apa yang selama ini ditunggu-tunggu oleh mereka termakbul juga di zaman DS Najib!

Mungkin KNKB akan kata, "Pergi mampuslah. Kerajaan nak tunjuk pandai sangat, buatlah. Aku ada jenayah atau taada jenayah pun gaji jalan".

No comments:

Post a Comment