Rakyat Malaysia terlalu mudah "dibaham" pemikiran mereka oleh Anwar Ibrahim dan rakyat membaham saja apa yang diperkatakan oleh Anwar bukan disebabkan Anwar ini memang benar-benar pemimpin yang bersih dan amanah.
Bukan juga kerana Anwar bagus pentadbiran dan kepimpinannya sewaktu menjadi anggota kerajaan. Tiada apa yang signifikan untuk menafaat rakyat Malaysia yang diwariskan oleh Anwar untuk negara dan rakyat sewaktu beliau berkuasa, melainkan beliau meninggalkan segala kudis dan kotoran berupa budaya politik keji, rasuah, kronisma dan segala penyakit yang hari ini begitu subur di dalam UMNO dan kerajaan. Malah budaya ini sudah berkembang begitu pantas di dalam kem pembangkang yang dipimpinnya.
Ramai yang berpelajaran tinggi, anak muda dan alim ulamak menyokong Anwar bukan disebabkan Anwar benar-benar telah menjadi mangsa fitnah melakukan liwat, berzina dengan perempuan sundal ataupun Anwar ini seorang biseksual.
Anwar terlalu jauh dari "sifat bersih" dari segala gejala rasuah dan segala kelakuan luar tabie yang menjadi pertuduhan di mahkamah dan perbalahan umum. Malah Anwar lebih dahsyat kekotorannya. Waima jika dikumpulkan perangai lebih 10 orang dari pemimpin besar UMNO, mungkin belum mampu menyamai kekotoran dan kejijikan yang dilakukan oleh seorang bernama Anwar Ibrahim samada di dalam ehwal politik, kuasa mahupun ehwal peribadi.
Tetapi, persepsi umum yang telah terjerat dengan mitos kehebatan Anwar ini masih tetap yakin, makhluk Anwar ini sangat suci dari sebarang kekotoran rasuah mahupun kekotoran peribadi. Mereka memikirkan bahawa Anwar adalah satu-satunya pemimpin harapan yang ada di negara ini. Mereka begitu taksub menyatakan bahawa Anwar 100% bukan peliwat. Anwar 100% tidak menyundal dengan wanita-wanita pilihannya. Anwar 100% bukan perasuah dan Anwar 100% bukan pengamal politik jijik dan keji.
Satu golongan lagi pula 100% yakin Anwar ini sangat hebat ilmu pengetahuan agamanya dan mampu membaca ayat suci dan mentafsir hadis dengan bernas.
Satu golongan lagi pula sangat teruja dengan Anwar disebabkan pemikirannya yang begitu liberal dan boleh berkompromi dengan LGBT dan diterima pula pemikiran dan pendiriannya oleh penganut agama kristian tentang "gunasama" kalimah Allah.
Golongan cendikiawan dan ahli akademik serta pelajar universiti juga teruja dan terjerat pemikiran mereka dengan gaya Anwar yang versatile dalam pelbagai bidang. Di satu sudut mereka melihat Anwar seorang yang sangat ilmiah pendekatannya. Di satu sudut lagi mereka melihat Anwar begitu berketrampilan dalam memberi hujahan-hujahan samada di dalam hujah agama mahupun hujahan intelektual. Di satu sudut lagi pula, mereka melihat Anwar begitu prihatin dengan nasib golongan yang tertindas, miskin dan marhaen.
Anwar tidak bersalah dalam hal ini. Dia memang mahukan pengaruh dan sokongan ramai untuk memastikan hasrat dia menjadi Perdana Menteri dan berasa puas jika pemerintah berjaya ditumbangkan dengan tangannya sendiri.
Para pengikut, penyokong dan peminat Anwarlah yang "bersalah dan terbebal" secara tidak disedari kerana mereka "beranggapan" penilaian dan tanggapan mereka selama ini terhadap Anwar adalah betul dan tepat. Hakikatnya, merekalah yang menjerat pemikiran mereka sendiri dengan melihat dan menilai Anwar menurut personaliti dan ketrampilan luaran Anwar yang menawan, pelbagai gaya, hebat berhujah, suci perjuangan dan pada masa yang sama dilihat sering tertindas serta teraniaya oleh pihak musuh durjana.
Anwar berjaya menjadikan semua golongan termasuk para cendikiawan, golongan agamawan samada Islam mahupun bukan Islam, golongan muda dan terpelajar, malah golongan marhaen juga menjadi "mangsa pemujaan" terhadap dirinya.
Walau bagaimana pun, kita bernasib baik kerana semua yang berlaku dan terjadi di alam ini, tiada satu pun yang tidak berada di dalam pengetahuan Allah swt. Allah maha merancang atas tiap dan segala sesuatu.
Walaupun Allah swt mengizinkan Anwar dan memberikan pelbagai kelebihan kepada Anwar tanpa sekatan, sebagaimana Allah memberi kelebihan kepada Dajjal Al-Masih, malah turut membiarkan iblis dan syaitan menjadi pembantu kanan Anwar dalam usaha memporak-perandakan kehidupan aman harmoni negara ini, tetapi hingga kini Anwar masih tetap gagal dalam segala perencanaannya.
Kita rakyat Malaysia akan terus berhadapan dengan pelbagai onak dan duri yang digerakkan oleh Anwar selagi dia hidup, dan pada masa yang sama kita juga akan terus melihat kegagalan demi kegagalan yang akan diterima oleh Anwar.
Apabila sampai waktu dan ketikanya Allah mahu menghinakan sesiapa yang dikehendakiNYa, maka akan jatuh hinalah sesiapa yang dikehendakiNya. Jika Allah mahu memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya, maka akan mulialah sesiapa yang dikehendakiNya.
No comments:
Post a Comment