Tuesday, March 4, 2014

BILA MAHATHIR NAK TENGGELAM DI LAUT MERAH?

Nabi Musa as tidak pernah ke hulu ke hilir mengatakan "Firaun sangat takut dan bimbang dengan ana, itu fasal firaun fitnah ana macam-macam"

Nabi Musa juga tidak tuduh firaun takut dengan kemaraannya ke puncak kuasa telah menyebabkan firaun membuat pelbagai dakyah untuk menyekat kemaraan Nabi Musa.

Jauh...jauh sekali. Tidak layak langsung untuk dijadikan perbandingan Anwar itu ibarat Nabi Musa, Mahathir itu ibarat firaun. 

Maksud hidup dan matlamat Nabi Musa adalah untuk mengajak Firaun dan umat baginda menyembah hanya kepada Allah, dan tiada tuhan semuanya binasa melainkan Allah.

Matlamat dan maksud Anwar?  Tiada yang dikehendaki oleh Anwar melainkan kuasa, kuasa dan kuasa. Tiada yang lebih penting bagi Anwar melainkan kuasa, kuasa dan kuasa. Tiada cara melainkan semuanya halal asalkan matlamat mendapatkan kuasa tercapai.

Pembantu dan penyembah Anwar seperti Dr Razali Nawawi dan umat-umat yang sewaktu dengannya bagaimana pulak?

Tiada yang lebih layak memimpin negara melainkan Anwar. Tiada pemimpin yang paling bersih melainkan Anwar. Hanya Anwar, dan selain dari Anwar yang memimpin alamat negara akan binasa. Tiada penguasa yang paling layak untuk dipercayai dan diakui melainkan Anwar. 

Itulah di antara iktikad-iktikad yang wujud di dalam hati mereka-mereka yang telah terjerat hati dan jiwa mereka dari menerima  petunjuk dan hidayat Allah swt.

Apabila petunjuk dan hidayat sudah ditarik dari jiwa manusia, maka pergantungan manusia akan berpindah dari pergantungan semata-mata kepada Allah kepada pergantungan yang selain dari Allah. Manusia akan mula merasa dari takjub dan taksub dengan kehebatan Allah bertukar kepada takjub dan taksub kepada kehebatan yang selain dari Allah. 

Puak ini akan mencari helah dengan dibantu oleh bisikan iblis dan syaitan yang disangkanya ilham dan ilmu dari Allah, hingga tergamak dan tanpa rasa malu menyamakan kesucian perjuangan dakwah Nabi Musa as dengan kekotoran perjuangan Anwar yang hanya bermatlamatkan semata-mata untuk kemasyhuran kuasa dengan cara menghalalkan semua kaedah, asal kuasa dan pengaruh dapat digapai.

Hakikatnya, perjuangan Anwar terputus dan tiada hubungkait sama sekali dengan matlamat supaya semua manusia mengabdikan diri hanya semata-mata kepada Allah, sebagaimana matlamat perjuangan dan dakwah Nabi Musa as.

Jika Allah menzahirkan suaraNya melalui para malaikatNya, mungkin satu alam ini akan kedengaran suara "pooorrahh la Anwar". Nak samakan kesucian dakwah dan dugaan yang Allah swt berikan kepada Musa as dengan kekotoran perjuangan dan dugaan dan musibah yang diterima akibat dari perbuatan tangan-tangan Anwar sendiri!! 

Firaun tenggelam di Lautan Merah. Hingga hari ini bukan Mahathir yang tenggelam, sebaliknya Anwar yang tenggelam di dalam pelbagai lautan fitnah dan dusta yang diciptanya sendiri.

1 comment:

  1. Tengelam Anwar dia Yb. Anak dia Yb. Dan isteri dia akan jadi Yb. Lu fikirlah sendiri.

    ReplyDelete