Hujah mengatakan pembangkang tidak kuat tetapi kerana UMNO dan BN lemah.
Kalau betul hujah tersebut, kenapa Umno dan BN lemah?
Umno kata parti masih kuat, hanya sedikit merosot. Komponen yang kalah banyak.
Komponen pula kata, mereka kalah kerana umno terlalu perkauman. Pemimpin umno sombong dan angkuh. Banyak isu yang melibatkan kepentingan kaum mereka gagal ditangani oleh kerajaan yang ditunjangi umno.
Orang melayu kata pemimpin umno lemah, terlalu berlembut dengan rakan komponen, terutamanya isu-isu yang berkait dengan agama dan kepentingan orang melayu.
Pemimpin-pemimpin pertengahan umno kata pada akar umbi, ‘memang betul pemimpin kita lemah, kalau umno tak berani buat perubahan, umno akan hilang kuasa’. Nasihat mereka, ‘buatlah apa yang patut, kami ni Ketua Bahagian, cakap lebih-lebih sangat pun bukan boleh la ni’.
MT umno cakap, mereka dah suarakan pandangan akar umbi, bincang panjang lebar segala punca dan masalah yang membawa kepada prestasi buruk umno dalam PRU12. Depa kata, ‘jangan kata kami tak cakap, kami dah luah apa yang terbuku.
Paklah kata, dia dengar segala kritikan, dah faham sangat apa yang menjadi punca kepada kemerosotan sokongan. Umno masih kuat, kuasa melayu belum terhakis, cuma mendapat sokongan yang kurang sedikit dari 2004. Bukan masa untuk bertelagah tetapi masa untuk memenuhi janji pilihanraya dan perlu kerja bersungguh-sungguh.
Melihat kaedah penyelesaian kepada permasalahan lebih menjurus kepada pendekatan ‘ala pelarian’ dan berpenyakit 'sindrom penafian' teringat orang dulu-dulu mengajar lagu bangau oh bangau, tapi bait-baitnya telah diubah mengikut kesesuaian masa dan tempat.
BN oh BN kenapa engkau lemah
Macam mana aku tak lemah komponen banyak kalah.
Komponen oh komponen kenapa engkau kalah
Macam mana aku tak kalah, umno banyak masalah
Umno oh umno kenapa kau banyak masalah
Macam mana tak banyak masalah, pemimpin bertindak salah
Pemimpin oh pemimpin, kenapa bertindak salah
Macam mana tak bertindak salah, Paklah banyak lemah
Paklah oh Paklah, kenapa banyak lemah
Macam mana pulak cakap lemah, memang umno masih gagah.
Selamat menghafal bait..salam
Tahniah sdr KK dengan adanya blog ini, cuma lambat skit mau bagi ucapan sebab baru tau bah...teruskan
ReplyDeletea very meaningful lyric ...maybe you should consider talking to Maya Karin to include it in her next album ....
ReplyDelete