Kerajaan hari ini mungkin lebih telus dan diyakini rakyat. Reformasi besar-besaran sedang dilakukan terhadap badan kehakiman dan BPR.
Sudah benar-benar bebas atau bebas melakukan apa saja? Rasuah ikut kacamata penguasa, kacamata perundangan dan kacamata moral mungkin berbeza-beza. Kita tengok ni..
1. Bayaran Ex-gratia. Adakah jatuh dalam kategori rasuah?
2. Kes rasuah Yong TL. Adakah kes ini wujud amalan rasuah dalam rasuah.
3. Adakah wujud unsur campurtangan dalam tuduhan rasuah terhadap Yong TL.
4. Adakah tawaran jawatan senator kepada Yong TL boleh dikategorikan sebagai cubaan untuk melakukan amalan rasuah.
5. Adakah kenyataan Zaid Ibrahim untuk meyakin dan mempengaruhi PM untuk mengembalikan artikel 121 yang asal merupakan amalan lobi seperti yang dilakukan oleh VK Linggam dan Tengku Adnan.
Ketua Pengarah BPR, DS Ahmad Said Hamdan berkata tidak ada unsur ugutan atau arahan termasuk dari PM kerana BPR adalah badan bebas yang menyiasat tanpa memilih bulu.
Sekarang sudah jadi ‘trend’, semasa pegang jawatan semua kata tiada ugutan atau tekanan tapi bila dah pencen atau PM yang ada dah pencen barulah diungkit semua perkara.
Perkara yang dulu dia kata benar sekarang sudah dikata salah. Perkara yang dia kata baik satu ketika dulu, sekarang sudah jadi tidak baik.
Pendedahan dan pengakuan yang berlambak-lambak sekarang ini, menggambarkan dengan jelas bahawa masih wujud tekanan dan campurtangan terhadap badan kehakiman dan BPR.
Kalau nak bukti kukuh, tunggulah bila Pak Lah sudah tidak memegang jawatan. Bukti akan terkeluar dengan sendiri. Ramailah nanti penjawat atau bekas-bekas penjawat jawatan dalam badan kehakiman atau BPR buat kenyataan pembetulan. Sebenarnya bukan begitu, tapi begini. Masa tu tak boleh buat apa-apa. Takut, ada ugutan, ada tekanan dan mulut dikunci.
Macam-macam lagi…
Sunday, June 22, 2008
DULU RASUAH, SEKARANG TIDAK. SEKARANG RASUAH DULU TIDAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagus juga soalan2 tu. Cakap bodohnya ex-gratia tu umpama umpan untuk berkata-kata.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete