Gabungan Melayu Perak yang bimbang mengenai kedudukan orang melayu sudah tercabar telah menghantar memorandum kepada Sultan Perak.
Rakan komponen dari MCA dan GERAKAN secara bergilir telah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang boleh disimpulkan bahawa mereka memang tak senang dengan segala peruntukan perlembagaan yang melindungi orang melayu. Mentang-mentanglah sudah sah jadi warganegara.
Dalam hal ini tidak kedengaran langsung kenyataan di kalangan pemimpin bukan melayu yang bercanggah antara satu sama lain. Kesimpulannya bolehlah dikatakan mereka samada tersirat atau tersurat secara konsensus bersetuju untuk tidak bersetuju dengan peruntukan perlembagaan yang melindungi kedudukan orang melayu. Dalam masa yang sama buat-buat lupa peruntukan perlembagaan yang telah memberi keistimewaan kewarganegaraan kepada mereka.
Parti pembangkang cina seperti DAP memang sejak dulu tidak pernah setuju dengan peruntukan ini.
Zaid Ibrahim (ikut cakap dengar dia berbangsa melayu) tidak pula bersikap seperti komuniti cina yang akan seia sekata dalam soal menjayakan agenda kaum mereka. Bagi Zaid ketuanan melayu adalah merupakan satu kegagalan dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa melayu kerana konsep tersebut telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar. (Maknanya, orang melayu menjadi penyebab berlakunya pembaziran sumber, tenaga dan masa)
Pemimpin melayu di dalam PKR pula lagi ‘advance’ pemahaman mereka. Semua ingin diubah atas nama ‘perrroobahan’. Pemimpin melayu dalam PKR lebih cina dari cina, lebih India dari India dan terlebih melayu dari melayu. Apa juga dasar BN baginya sudah usang, lapuk, ketinggalan zaman, tidak relevan, kolot dan pelbagai perkataan yang digunakan asal saja boleh menggambarkan betapa tidak relevannya lagi BN.
Bagi mereka segala formula penyelesaian tentang segala permasalahan politik, etnik, agama, ekonomi, pelaburan, pembelaan golongan dhaif atau miskin dan sebut saja apa juga permasalahan yang berlaku di mukabumi ini, penyelesaian hanya ada pada PKR khususnya Anwar Ibrahim. Mereka ada kaedah paling terbaik dari semua kaedah-kaedah yang ada untuk selesaikan semua masalah. Kaedah yang diguna oleh parti lain tidak menyeluruh. (Banyak cantik punya muka…)
Pemimpin PAS pula mengambil sikap berhati-hati apabila timbul isu yang melibatkan ketuanan melayu, agama atau bahasa. Mereka tidak berapa sanggup untuk berbuat seperti pemimpin melayu PKR yang mengamalkan politik keterlaluan sepertimana yang digambarkan oleh Sultan Perak. Pemimpin PAS masih ada kewarasan dan pertimbangan dan masih cuba membataskan sikap politik mereka pada batas dan sempadan tertentu.
Pemimpin melayu UMNO pula agak pelbagai. Ada yang betul-betul berpegang kepada perjuangan alif, ba, ta. Ada pula yang betul-betul memikir kuasa, kuasa dan kuasa dan ada juga yang betul-betul tidak ambil pusing tentang pertanggungjawaban sebagai pemimpin melayu kerana mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu apa patut mereka buat sebagai pemimpin melayu yang sedang memegang kuasa.
Golongan yang masih berpegang kepada perjuangan alif, ba, ta sudah menjadi minoriti dalam UMNO. Jadi dalam demokrasi yang berdasarkan majoriti tak mungkin golongan ini mendapat tempat di singgahsana kuasa.
Golongan yang memikir kuasa kuasa dan kuasa adalah golongan yang akan berusaha sedaya upaya dengan apa cara untuk berkuasa dan terus berkuasa. Isu-isu seperti ketuanan melayu atau kedudukan raja-raja melayu akan diguna jika ia boleh mendatangkan kelebihan dari segi mileage politik untuk diterima sebagai pemimpin UMNO. Maksudnya, menggunakan idealisma perjuangan untuk agenda diri.
Golongan ke 3, adalah golongan yang tak ambil pusing kerana tak faham dan tak tahu apa patut mereka buat sebagai pemimpin melayu. Mereka adalah merupakan golongan majoriti dalam UMNO kerana golongan inilah yang bersepah-sepah wujud di setiap peringkat dari pusat hinggalah ke bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan.
Golongan ini bersedia untuk diperlakukan apa saja dan menunggu-nunggu untuk menerima arahan berbaur imbuhan dari pemimpin-pemimpin yang ingin mendapat atau mengekal kuasa. Golongan ini jika pandai dimanipulasi, mampu mencorak kepimpinan di peringkat pusat. Siapa yang bakal memimpin adalah bergantung kepada kecenderungan golongan majoriti jenis ini. Dalam pemilihan Mac nanti, kalau golongan ke 3 ini menjadi majoriti perwakilan G7 dan G6, maka pemimpin yang akan terpilih adalah di kalangan mereka yang sejenis dengannya.
Dari keseluruhan analisa yang jurublog buat sendiri ni, sedikit sebanyak dapatlah memberi gambaran kepada kita betapa kepentingan orang melayu dan ketuanannya sedang berada di bibir pantai yang sedang dibadai ombak ganas. Jika tiada benteng penahannya sudah pasti ombak ganas ini akan merobah struktur pantai yang ada, seterusnya bakal menghakis pantai ketuanan dan kedaulatan pemilik tanahairnya.
Ketuanan dan kedaulatan tanahair ini juga terdedah kepada ancaman dari dalam, umpama tanah jerlus. Juga boleh merobah struktur ketuanan dan kedaulatan tanahair. Tanah jerlus itu adalah gambaran kerapuhan jati diri bangsa melayu yang berada dalam UMNO, PAS dan PKR.
Bukan melayu = Badai ombak
Melayu = Tanah jerlus
Badai ombak + Tanah jerlus = Pantai terhakis + bumi tenggelam
Pantai terhakis + Bumi tenggelam = Tanahair ku hilang
Mathematik Melayu Hilang di Dunia…..
TDM dah bedil Zaid. Diri sendiri dah kaya raya, terlupa yang bangsanya masih lagi terkial-kial di bawah. Rupa-rupanya kemajuan bangsa di ukur dengan kamajuan yang sudah dimiliki oleh dirinya (Zaid).
ReplyDeleteTahniah.
Angka-angka yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany semasa menjawab soalan ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Micheal Jeyakumar Devraj (PKR) di Dewan Rakyat cukup menyentuh hati.
ReplyDeleteAngka itu menyebut terdapat 495,500 isi rumah yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan dan 301,000 atau kira-kira 60.7% daripadanya adalah Melayu.
Bagi 235,300 isi rumah yang berpendapatan antara RM10,001 hingga RM20,000 sebulan pula, hanya 85,700 Melayu, manakala Cina pula 118,700 dan India 23,400
Bagi 49,500 yang berpendapatan lebih RM20,000 sebulan, Melayu 16,500, Cina 27,900, manakala India 3,600.
Melayu menguasai golongan yang berpendapatan antara RM1,001 - RM10,000.
tok sah dok cakap laaaa...
ReplyDeleteorang melayu tak keja ngan cina kerajaan jugak yang ambik pekerja luar...
last2 orang melayu dok lagu tu jg laaa... kalau tak ambik pekerja luar tauke cina ni terpaksa naikan gaji pekerja rendah ni dan menurunkan gaji sfatt tinggi yang memang orang cina...
Diskriminasi gila...