Kalau definisi membazir dikembangkan, banyak perkara yang membazir telah dilakukan oleh kerajaan. Sambutan hari kemerdekaan yang saban tahun diraikan boleh jatuh kepada perkara membazir kalau kita nak tafsir begitu. Program promosi negara seperti Warna-Warna Malaysia juga boleh dikira membazir. Program angkasawan juga membazir. Program subsidi juga ada yang kata membazir.
Dalam dasar fiskal kerajaan juga banyak pembaziran kalau kita mahu tafsir sebagai membazir. Cukai import yang tinggi, menyebabkan produk import untuk kegunaan rakyat seperti kenderaan dan barang-barang elektronik meningkat harga. tapi kalau tidak dibuat dasar perlindungan begini, produk keluaran tempatan tak boleh nak dijual pulak. Begitu juga dengan kadar BLR yang dinaikkan kepada 6.7% baru-baru ini.
Walau bagaimana pun sesuatu langkah atau dasar mestilah ada rasional-rasional tertentu kenapa ia dirangka sebegitu rupa. Dasar-dasar itu mestilah di atas nama kepentingan negara seperti mengambil kira soal kenegaraan dan kecintaan kepada negara, perpaduan dan keharmonian rakyat, menjamin pertumbuhan ekonomi, serampang dua mata, melindungi produk keluaran tempatan, menggalakkan pelancongan, memperkenalkan Malaysia dan macam-macam sebab dan justifikasi, ‘mangkonyo’, diperbuatlah pelbagai dasar, insentif galakan atau pun cukai.
Sudah semestinya setiap dasar dan langkah yang diambil, akan ada baik dan buruknya. Baik buruknya dasar yang dirangka, mungkin ada yang sama banyak atau pun lebih banyak baik dari buruk dan ada juga sesekali lebih banyak buruk dari baik.
Kadang-kadang dari segi kaca mata pertumbuhan ekonomi secara holistik, ia satu langkah baik tapi dari kaca mata pengguna ia tidak baik. Kadang-kadang dari kaca mata rakyat, ianya membazir tapi dari segi perkembangan sektor pelancongan negara, ia baik. Kadang-kadang pula dari kaca mata kerajaan tidak baik untuk pertumbuhan ekonomi, tapi disebabkan terpaksa mengambil kira kepentingan pengguna terbanyak, maka langkah tersebut terpaksa juga dilakukan.
Jadi langkah atau dasar yang menyeimbangkan di antara kepentingan negara dan kepentingan rakyat ini selalu menimbulkan polemik dan perdebatan di antara kerajaan dan rakyat atau NGO dan parti-parti politik. Mana yang harus didahulukan dan dikemudiankan sering menjadi perbalahan.
Dalam soal penggunaan kereta nasional, Perdana V6 dan penggunaan Camry adalah contoh terdekat bagaimana timbulnya perdebatan antara kerajaan negeri pembangkang dan kerajaan pusat. Ke dua-duanya ada hujah dan ke dua-dua hujah tersebut betul dan benar.
Dari satu segi memanglah diakui, kualiti V6 bolehlah ditertawakan kerana kos penyenggaraan yang terlalu tinggi. Pengguna individu memang mengeluh kerana kadang-kadang ‘rantai lebih mahal dari beruk’. Kalau penggunanya pihak kerajaan, tidak ada masalah kerana boleh saja diserap segala kos penyenggaraan ke kantong perbendaharaan.
Dari kaca mata lain pulak, V6 ni kereta nasional dan seharusnya menjadi kebanggaan kerajaan dan walau dalam keadaan apa sekali pun perlu dipertahankan kerana ini dasar automotif negara. Secara jangka panjangnya ia akan memajukan sektor automotif negara dan kalau betul caranya ramai usahawan automatif boleh dilahirkan dari dasar ini. Itu dari kaca mata kerajaan dan memang ada rasionalnya.
Tapi, dari kaca mata pengguna pulak berfikir, sampai bila mereka harus berkorban sama mendukung dasar yang terus-terusan merugikan mereka. Kalau setakat 1 generasi terpaksa berkorban mungkin boleh dipertimbangkan tapi kalau sudah sampai generasi ke dua dan ke tiga pun, pengguna masih berdepan dengan masalah yang sama, iaitu masih terpaksa ganti gear box 2 tahun sekali dan lepas 3 atau 4 tahun kena buat top overhaul memanjang, ini sudah lebih.
Bagi pengguna sampai bila mereka harus berkorban demi negara tercinta? Air liur kering di bantal hingga 2 generasi asyik memandu kenderaan yang ‘sama class tapi tiada class’ berbanding dengan Camry dan Accord. Nak guna Camry yang memang ‘of it class’, cukai import pulak dimahalkan sehingga lebih 50 peratus.
Boleh ke kerajaan fikir luar kotak dan buat formula bagaimana dasar kereta nasional boleh terus berjalan tapi dalam masa yang sama pengguna tidak perlu berkorban dalam pembaziran demi negara? Nak diluah mati industri automotif, nak ditelan mati anak bini kerana turut menanggung beban gara-gara ingin memandu cc besar. Si suami pun mahu juga merasa pakai cc besar di jalanraya. Takkanlah suami asyik memandu cc besar yang di rumah tu je.
Kerajaan jangan lari dari prinsip, mana 'patut' dahulu di dahulukan, mana yang patut kemudian dikemudiankan..
Salam
Orang kerajaan Jepun atau Korea tidak akan pakai kereta asing walau busuk mana Datsun/Toyota/Honda atau Hyundai/Kia.
ReplyDeleteIngat tak masa2 dulu2 bial kereta Jepun atau Korea masih sub-standard. Setiap orang Jepun atau Lora tetap bagi sokongan pada produk negara masing2.
MRSM Kalae Chepo 66/73
jaga2 BN, nak kata orang tengok diri dulu.
ReplyDeletentah2 perak, selangor, kedah tak tukar kete..Ganu lagi jahat- terus Mercedez.
ini akal Nuar ni. percayalah