Friday, December 12, 2008

BANGUNAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL BAKAL RUNTUH AKIBAT DARI STRUKTUR ASAS YANG RAPUH

Di kalangan komuniti bukan Melayu, setakat ini hanya Prof Khoo Kay Kim dan Riduan Tan Abdullah sahaja yang jelas secara jujur mengatakan perlunya sistem pendidikan satu aliran dilaksanakan, dan meminta supaya komuniti cina dan india memikirkannya secara serious demi melahirkan sebuah perpaduan dan integrasi nasional yang tulen.

Banyak komen diberikan pada posting saya yang lepas tapi secara keseluruhannya tidak membincangkan apa yang saya perkatakan. Jika ada pun yang membincangkannya hanyalah sekali lalu dan gagal mengemukakan hujah yang berkaitan. Mereka hanya berhujah secara ‘escapisme’.

Kerajaan harus berani ‘memecahkan ruyong chauvinism’ yang begitu tebal terutamanya di kalangan para pemimpin parti dan NGO yang begitu rasis pemikiran mereka. Keazaman politik adalah ibarat ‘beliung’ yang diperlukan bagi memecah ruyong perkauman sempit yang begitu liat dan bergetah ini.

Ia perlu dilakukan sekarang, iaitu sebelum sikap chauvinis ini terus menjadi wabak masyarakat dan ‘immune’ kepada sebarang rawatan dan pencegahan.

Bagaimana mahu membina binaan dan struktur perpaduan dan integrasi kaum seterusnya jika asas dan cerucuknya masih dipisah-pisahkan melalui sistem pendidikan yang pelbagai aliran? Bagaimana kukuh pun struktur binaan rumah tapi jika asas dan struk tur tanah tidak dikaji atau tidak diperkukuhkan terlebih dulu, maka akhirnya bangunan tersebut akan runtuh menyembah bumi juga akhirnya.

Apakah kita juga mahu melihat bangunan perpaduan dan integrasi yang sekian lama dipupuk runtuh menyembah bumi seperti runtuhnya highland tower dan banglo di Bukit Antarabangsa?

Segala masalah pokok seperti laluan air bawah tanah yang mengalirkan bibit-bibit perkauman, tanah yang bercampur batu kapur perkauman yang terselindung di sebalik slogan pembinaan bangsa Malaysia dan juga segala faktor yang menyebabkan terbantutnya pembinaan negara bangsa yang bersatu dan integrated haruslah di atasi terlebih dahulu.

Maka keazaman politik ini perlu dilakukan bermula di peringkat paling asas, iaitu pendidikan awal dan pendidikan rendah generasi pelapis negara. Selagi kerajaan menutup sebelah mata tentang permasalahan pokok ini dan cuba untuk mencari faktor lain untuk menghasilkan perpaduan dan integrasi kaum yang tulen, maka segala usaha tersebut adalah sia-sia dan akhirnya bangunan perpaduan ini akan runtuh juga.

Untuk menunggu para chauvinis kaum ini bersetuju secara sukarela, lantas baru mahu dilaksanakan samalah seperti menunggu bulan jatuh ke riba.

Perlu diingat, soalan dan jawapan yang bakal ditanya di dalam kubur semua sudah bocor sewaktu di dunia lagi, tapi sebahagian besar kita tidak berbuat persediaan yang betul sewaktu di dunia lantas segala soalan dan jawapan yang sudah diketahui itu gagal dijawab. Akhirnya mudarat juga yang diterima.

Itulah gambaran masa depan yang sudah diketahui baik dan buruknya terhadap perpaduan kaum. Kalau kerajaan masih juga tidak berbuat sesuatu untuk membetulkan kesilapan paling asas dalam membangunkan sistem pendidikan negara,maka tunggulah masa dan ketikanya, mudarat pergolakan kaum akan tiba juga akhirnya…

Salam.

2 comments:

  1. dia org semua pandai kata, 'malaysian malaysia' lah, 'ketuanan rakyat'lah hak samarata lah.
    tapi bila bab nak bercampur dalam segala keadaan terutama dalam bidang pendidikan mcm2 alasan keluar, tak boleh la, tak sama prinsip la, x sama budaya, agama dan pendekatan lah, pendek cerita mcm2 tak boleh.
    itu cerita sekolah formal... belum tusyen ke, lagi lah pulak. melayu ada kelas sendiri, cina ada kels sdr, x boleh campur.. nanti gaduh.. x satu kepala, tapi memang, saya mengaku yang kdg2 anak2 kita ni ada jugak terlepas kata dgn mereka, tapi ini disebabkan sikap assabiah mereka yg tinggi.
    Inilah dia yg dinamakan "MALAYSIAN MALAYSIA" CHIT !! POOODAH!!... DOPAN LAIN BELAKNG LAIN, TALAM 20 MUKO, MENGABIHKAN BOREH JO..

    ReplyDelete
  2. Contoh Malaysian Malaysia ialah Singapura... Ha! Ha! Ha1

    ReplyDelete