Friday, December 19, 2008

WARGANEGARA YANG TIDAK FASIH DAN TIDAK MENGAKUI BAHASA KEBANGSAAN, TIDAK TAAT KEPADA NEGARA...?

Jurang penguasaan bahasa kebangsaan antara kaum di negara ini agak ketara. Kaum bukan cina dari etnik Melayu rata-rata dapat menguasai bahasa kebangsaan dengan baik, samada mereka itu dari etnik jawa, minang, meniling, rawa, dan lain-lain. Kaum bukan cina di kalangan kaum india seperti tamil, Ceylon, benggali atau Pakistan walau pun agak baik penguasaan bahasa kebangsaan mereka berbanding dengan kaum cina, tetapi jika dibandingkan dengan kaum bukan cina dari kalangan orang Melayu, masih wujud jurang yang ketara.

Jurang kebolehupayaan terhadap penguasaan bahasa kebangsaan ini harus dihapuskan jika kita benar-benar ingin melihat bahasa kebangsaan dijadikan bahasa perpaduan untuk semua kaum.

Kita cemburu melihat rakyat Indonesia yang merangkumi pelbagai etnik, walaupun masih mengamalkan bahasa dan loghat ibunda masing-masing tapi mereka fasih berbahasa kebangsaan. Mereka bukan sahaja fasih, malah mereka benar-benar mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka dalam apa lapangan pun, termasuklah kaum pendatang dari negeri china.

Wujudnya jurang keupayaan mengguna dan mendaulatkan bahasa kebangsaan ini , berpunca dari didikan awal dan didikan peringkat rendah yang terlalu menekankan kepada penggunaan bahasa ibunda. Perkembangan awal kanak-kanak adalah tahap paling kritikal dalam pembangunan pendidikan bagi seorang kanak-kanak. Peringkat inilah peringkat paling mudah untuk kita mencorakkan keperibadian dan masa depan mereka. Begitu juga dalam pendidikan peringkat rendah. Tiada siapa yang boleh menafikan hakikat ini.

Rata-rata mereka yang mendapat didikan peringkat awal dan rendah di sekolah-sekolah kebangsaan tidak mengalami masalah dalam menguasai bahasa kebangsaan. Mereka tidak mengalami kejutan bahasa apabila memasuki pendidikan peringkat menengah.

Tapi, kejutan bahasa banyak dikatakan berlaku di kalangan murid-murid yang datang dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.

Kita semua maklum, majoriti kaum cina dan bukan cina dari kalangan kaum india mendapat pendidikan awal di sekolah aliran jenis kebangsaan, manakala bukan cina di kalangan kaum Melayu awal-awal lagi telah dididik di dalam ‘ambient’ aliran kebangsaan.

Jurublog melihat, keadaan inilah secara organiknya telah mewujudkan jurang yang ketara dalam penguasaan bahasa kebangsaan antara kaum di Malaysia.

Di sini juga boleh disimpulkan bahawa hanya bukan cina dari kalangan kaum Melayu saja yang secara majoritinya menerima didikan secara kebangsaan di peringkat paling awal. Manakala majoriti kaum cina dan bukan cina dari kalangan kaum india hanya mula dididik secara kebangsaan pada peringkat pendidikan menengah.

Didikan secara kebangsaan di sini bermaksud, mendidik anak-anak Malaysia berinteraksi, berintegrasi dan berfikir secara nasional. Apabila pendekatan ini dilakukan pada peringkat paling awal, maka secara rasionalnya lebih mudahlah untuk membina sebuah bangsa yang dinamakan bangsa Malaysia, berbanding dengan pendekatan yang hanya dimulakan pada peringkat pendidikan menengah.

Perlu diingat, kaum bukan cina dari kalangan orang Melayu, mereka tidak ada pilihan, melainkan terpaksa menerima sekolah aliran kebangsaan kerana sekolah Melayu sudah lama dihapuskan. Tetapi kaum cina dan kaum bukan cina dari kalangan kaum india mereka ada ‘option’, sama ada menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran jenis kebangsaan atau pun ke sekolah aliran kebangsaan.

Dari sudut pandangan chauvinism, kaum bukan cina dari kalangan kaum melayulah sebenarnya yang telah didiskriminasi dalam soal pendidikan kerana mereka tidak diberi pilihan untuk memilih, manakala kaum cina dan kaum bukan cina dari kalangan kaum india telah diberi kebebasan untuk memilih aliran pendidikan yang mereka sukai.
Dari analisa ini, tidak menjadi kehairanan kepada kita kenapa polarisasi kaum, sama ada dari segi sosial , ekonomi dan budaya masih menjurang mengikut asas perkauman dan tidak jelas sifat kebangsaannya.

Tidak hairan juga kita lihat hari ini kaum cina begitu chauvinis pemikiran mereka. Pemikiran mereka hanya digunakan untuk kepentingan mereka semata. Pemikiran mereka begitu selfish dan tiada langsung ciri-ciri toleransi. Yang mereka tahu hanya dunia mereka, kekayaan mereka, kebolehan mereka, kiasu mereka. Mereka juga tidak rasa malu untuk mengaku mereka lebih ori dan lebih pribumi dari kaum pribumi. Nilailah komen-komen konek, no brain leader, cool man dan aston dalam posting yang lepas. Komen-komen mereka membuktikan kebenaran apa yang jurublog perkatakan. Tiada siapa lagi yang boleh menstruktur semula otak dan pemikiran mereka supaya menjadi lebih nasional pemikiran mereka.Hakikatnya mereka tidak layak hidup sebumbung dengan kaum bukan cina. Mereka hanya layak menjadi warganegara di mana negara itu 100% hanya terdiri dari kaum mereka.

Ingatan kepada kaum cina dan bukan cina dari kalangan kaum india….Walau pun kaum bukan cina dari kalangan orang Melayu, bajau, iban, atau kadazan telah dididik melalui aliran pendidikan kebangsaan sejak dari peringkat rendah, mereka masih tidak hilang indentiti etnik mereka sama ada loghat atau bahasa ibunda mereka, budaya, kepercayaan atau pun adat peninggalan nenek moyang mereka.

Mungkinkah kamu masih berfikir, berprejudis dan beranggapan bahawa bahasa Melayu bukan bahasa kebangsaan dan ia hanyalah bahasa bagi kaum bukan cina dari kalangan orang Melayu?

Secara mudahnya, adakah kamu tidak mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia?

Jika itu yang bermain di benak pemikiran kamu, maka benar, kamulah sebenarnya rasis.

Jika benar ia bermain di pemikiran kamu, maka benarlah, kamu belum lagi menyerahkan jiwa raga dan ketaatan kamu kepada negara Malaysia.

Jika benarlah telahan ini, kamu bukan mahu menjadi warganegara yang taat kepada negara Malaysiai, tapi sebenarnya kamu mahu menguasai dan menjajah negara ini.
DAN, sebenarnya kamulah yang mahu menjadi tuan di negara ini dan mahu menjadikan kaum bukan cina sebagai hamba. Sebab itulah kamu sering menuduh orang Melayu menjadi tuan dan kamu jadi hamba….

Sekarang, penganut fahaman chauvinis kalau nak marah…silakan.Nanti Husin Lempoyang boleh tolong jual kamu ke negeri China...Pada harga penilaian semula mengikut harga semasa berdasarkan harga tahun asas 31 Ogos 1957...

Selamat kembali ke tanah besar...

4 comments:

  1. Berapa ramai agaknya kaum cina dan India yang masih tidak fasih berbahasa Melayu? Dan mereka adalah warganegara. Perkara ini harus dianalisa olej Jabatan Pendaftaran Negara yang saya mengesyorkan agar Hak Kewarganegaraan ditarik balik.

    ReplyDelete
  2. Mereka sengaja menjarakkan diri dari proses asimilasi dengan sengaja dan angkuh!

    ReplyDelete
  3. Jang,

    Saya masih ingat lagu ANAK KECIL MAIN API..... masa menuntut di ITM dulu, sedikit sebanyak ia masih membakar semangat juang saya sebagai ANAK PRIBUMI negara ini.

    Saya rasa sudah tiba masanya kita sendiri kena berubah. Kekuatan dalaman dan personaliti diri akan membolehkan ruang kekuatan dalaman menguasai ruang luar yang cuba menghimpit. Ketuanan Melayu harus dilihat bukan sekadar penguasaan politik sahaja, tetapi aspek lain. Paling penting ekonomi dan pendidikan. Jika fokus pemikiran untuk orang Melayu dan peribumi berubah lebih kearah ini, saya rasa kita juga akan mampu menyaingi kaum-kaum lain walaupun tanpa tongkat kerajaan. Jang honestly, being Malaysian, i like you writing....

    ReplyDelete
  4. Pendidikan kewarganegaraan negara jelas masih mundur kepada warga berketurunan Cina. Memang banyak kaum berketurunan Cina tidak tahu berbahasa kebangsaan negara sendiri. Mereka masih bersikap asing - berbahasa asing.

    Maka tidak menjadi sesuatu yang aneh andai mereka sering dianggap asing oleh rakan senegara. Aksi mereka ini seperti bukan berada di Malaysia.

    Warga Malaysia sepatutnya tidak perlu teragak-agak lagi untuk berbahasa Malaysia sebagai satu budaya.

    ReplyDelete