Majlis Tertinggi = 43 orang
Exco Wanita = 30 orang
Exco Pemuda = 30 orang
Exco Puteri = 30 orang
Jumlah 133
AJK bahagian 191 x 30 = 5730
AJK Wanita 5730
AJK Pemuda 5730
AJK Puteri 5730
Jumlah 22,920
Ketua cawangan + Wanita + Pemuda + puteri 80,000
Jumlah keseluruhan pemimpin umno pelbagai peringkat 103,053
Purata wakil cawangan ke bahagian
(andaian 4 setiap cawangan) 80,000
Jumlah keseluruhan ahli umno 3.3 juta
Perwakilan yang menentukan
MKT 2500/3.3J
Wanita 800/0.7J
Pemuda 800/1.3J
Puteri 800/0.3J
Jumlah 4900/3.3J
Jumlah keseluruhan pengundi (Rakyat) 11 juta
Jumlah penduduk 27 juta
Dari angka-angka di atas, mengikut kelaziman lalu, hanya 2500 orang sahaja yang secara langsung menentukan siapa harus jadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan. Seramai 80,000 orang pula menentukannya secara tidak langsung..
Adakah relevan nasib 3.3 juta ahli hanya ditentukan oleh hanya 2500 wakil?
Adakah patut nasib 27 juta rakyat ditentukan oleh hanya 2500 wakil?
Adakah kehendak 2,500 wakil ini selari dengan kehendak 80,000 wakil cawangan ke bahagian untuk memilih siapa harus memimpin parti dan kerajaan?
Adakah 800 wakil pemuda, wanita dan Puteri selari dengan kehendak wakil cawangan ke Bahagian?
Adakah kehendak 4,900 wakil ini akan selari dengan kehendak 3.3 juta ahli atau 11 juta pengundi atau pun 27 juta penduduk Malaysia dalam memilih siapa harus memimpin mereka?
Rupanya secara tidak disedari, masa depan 27 juta rakyat hanya bergantung kepada telunjuk dan kemahuan 2,500 orang rakyat sahaja.
Jika betul keputusan 2,500 orang ini, maka akan selamatlah negara.
Kalau kehendak 2,500 wakil ini tidak selari dengan kehendak 27 juta rakyat, bermakna akan lahirlah barisan kepimpinan yang hanya akan disokong oleh 2500 orang rakyat.
Ini merupakan satu sindiket perjudian yang paling berisiko tinggi di dunia….!
Adakah kerajaan ini akan menjadi seperti Kerajaan Indera Pura yang dikasihi oleh segenap lapisan rakyat atau Kerajaan Negeri Pasir Bedengung tajaan P.Ramlee yang tidak mempunyai rakyat dan hanya dikelilingi oleh para pengawal, putera serta puteri raja?
Perwakilan ‘Zam Zam Alakazam’ bakal menentukan masa depan kita dan seluruh rakyat…
Salam tuan,
ReplyDeleteSaya ingin mengusulkan bahwa pemilihan tersebut ditentukan secara langsung oleh ahli-ahli.Pemilihan bermula di peringkat cawangan di mana semua undi ahli cawangan yang layak menghadiri mesyuarat dikira. Undi-undi tersebut kemudian dicampur dengan semua undi cawangan-cawangan di seluruh negara.Calun- yang mendapat undi tertinggi di peringkat jawatan tertinggi atau calun-calun mendapat undi terbanyak di peringkat MKT dikitra menang. Ini memungkinkan rasuah RM dihapuskan. Rasionalnya ialah:
1. Tiada pengkhianat terhadap keputusan cawangan oleh wakil-wakil yang ke PAU kerana pengundian secara langsung.
2. Tiada rasuah kerana mana mungkin seseorang itu ada banyak duit untuk merasuah satu cawangan dan seluruh cawangan UMNO.
3. Menjadikan setiap ahli itu bernilai di mata calun dan parti serta bukannya hanya 10 orang wakil bahagian.
Senarai ahli adalah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO. Walau bagaimanapun, mesti dipastikan bahawa tiada pengundi hantu dan cawangan hantu. tetapi jika ada juga masalah hantu-hantu itu, orang pertama yang mesti disiasat ialah SU Agung dan ibu pejabat kerana mereka yang mengeluarkan senarai berkenaan.
Masalah mengira undi? Gunaka sahaja kertas undi seperti kertas jawapan beraneka OMR UPSR atau PMR atau SPM dan mesin OMR itu.
bg saya, harus diadakan satu pilihanraya untuk memilih PM dan juga TPM.semua rakyat boleh memilih.
ReplyDeletep/s: muhyiddin yasin lebih layak jd PM. no scandals, brilliant person
SALAM,
ReplyDeleteEDEN DAH USULKAN CARA UNDI MACAM NI TAK RELEVAN LAGI... TAPI ORANG KEK ATAS TAK PERCAYA.. MALAH USUL EDEN DITOLAK MENTAH2, CUMA SAMPAI KEPERINGKAT BAHAGIAN YO..
ITU YANG BUEK EDEN LOTIH TU...
assalamualaikum..eden lak takdo nak usul an apo2 do sobab er memang takkan sampai kemano..cumo den nak tanyo kok ado sapo2 yang tahu bab najib ni. iyo ko tak, dio tak jadi pm lopeh bulan mac ni? nak tubuh an kerajaan campuran..? kalau jadi, sapo nak jadi pm? yang mulio tengku ko atu paklah laei? kalu TR jadi camno cagho er tu? tak nampak dek den lah sobab dio tu tak dalam kabinet sekarang nih, nak guno kuaso agung ko atau kuaso sapo? poning yo kepalo den mikir an nyo. tapi kalau kerajaan campuran tu yang terbaik untuk nogoei nih..ya lah..den setuju yo. samo2lh kito berdoa yang terbaik untuk maso dopan nogoei ni..! den sayang mek amek kek malaya ni, sobab banyak yo nogoei den dah sampai lam dunio ni,,takdo yang terbaik selain malaya ni do..! ya allah,,tolonglah selamatkan malaya ni..ya allah toloooonglah..!
ReplyDeleteTuan Cekodokmasin,
ReplyDeleteKau ni diam kat planet mana ni bro ..