Isu panas yang mendapat tempat hari ini ialah haru biru politik negeri Perak. Tapi jurublog tak nak tulis isu ini kerana bagi jurublog ada isu yang lebih penting, sensitif dan lebih wajib diambil tahu oleh seluruh umat Islam se Malaysia.
Isu penggunaan nama khas bagi tuhan penganut Islam, iaitu ALLAH…! Apa maksud tersirat disebalik ketaksuban pihak penyebar agama katholik mahu menggunakan nama Allah? Kenapa Herald Catholic edisi Bahasa Melayu tiba-tiba mahu tukar nama tuhan mereka sama dengan nama tuhan penganut Islam?
Untuk memperkasa Bahasa Melayu? Untuk makluman kepada mereka yang tidak faham Bahasa Melayu, tuhan adalah nama am bagi kepercayaan yang disembah, manakala perkataan Allah pula adalah nama khas bagi tuhan kepada penganut agama Islam. Ia termasuk dalam 99 nama khas tuhan bagi penganut Islam.
Sudah bangkrap nama sangatkah mereka hingga nama tuhan pun terpaksa diciplak dari nama tuhan penganut agama Islam? Tuhan bagi penganut agama Islam hanya satu. Bukan tiga dalam satu. Tiada konsep trinity dalam kepecayaan agama bagi penganut Islam.
Perbuatan menciplak nama Allah ini bukan saja akan mengelirukan umat Islam, malahan penganut agama Kristian juga akan turut terkeliru.
Penganut agama Islam sudah tentu akan keliru jika terbaca secara tidak sengaja kitab Bible edisi Bahasa Melayu, terutama bagi mereka yang cetek pengetahuan dan kefahaman.
Penganut agama mereka juga akan turut terkeliru kerana nama Allah bagi penganut agama Islam merujuk kepada tuhan yang satu, walhal penggunaan nama Allah bagi mereka ia akan merujuk kepada tuhan yang tiga dalam satu.
Islam menyebar agama secara telus dengan mengajak manusia mempercayai wujudnya Allah, mengakui maha kuasanya Allah dan yakin yang sebenar-benar yakin bahawa wujudnya Allah dan benar-benar mengakui bahawa maha kuasanya Allah. Allah bagi penganut Islam, berdiri dengan sendiri dan Allah tidak beranak mahu pun diperanakkan.
Penganut agama Islam juga yakin bahawa apa juga perbuatan yang dilakukan mestilah ikhlas hanya semata-mata kepada Allah dan harus jujur kepada diri.
Itulah perkara asas kepada penyebaran agama Islam. Islam tidak menyebar agama dengan kaedah memasang jerat atau perangkap seperti orang memikat burung atau menjerat kijang. Tiada paksaan dalam agama.
Bagi penganut agama Islam, kaedah penyebaran agama yang sedemikian rupa, hanya akan membawa kepada wujudnya penganut agama palsu dalam Islam. Islam tidak memerlukan penganut agama palsu. Perjalanan agama Islam tidak sama dengan perjalan sebuah organisasi politik yang hanya ingin mengaut seramai mungkin ahli untuk menggapai kuasa. Kuasa bukan matlamat atau maksud kenapa Islam diturunkan ke muka bumi.
Bagi penganut agama Islam, Islam tidak bergantung kepada sokongan manusia sebaliknya manusialah yang perlu bergantung kepada Islam. Islam diturunkan untuk memberi khabar kepada manusia bahawa wujudnya maha pencipta dan wujudnya kehidupan sebenar yang kekal abadi selepas kematian.
Jurublog tak tahu dan tak mahu tahu pun isi pengajaran yang selain dari agama Islam. Penganut kitab Bible sendiri bolehlah bandingkan samada wujud persamaan atau tidak dari segi konsep ketuhanan seperti yang digambarkan di atas dengan konsep ketuhanan anutan mereka.
Jika tidak sama konsep dan pengertiannya, maka kamu tidak boleh sekali-kali menciplak nama tuhan kami. Jika kamu ciplak, kamu boleh dianggap menipu penganut agama kamu dan mempersendakan tuhan kamu. Kami tidak boleh mempersenda tuhan kami mahu pun tuhan kamu. Kamu dengan agama kamu, kami dengan agama kami.
Kami mengaku, memang kami ingin mengajak kamu kepada agama kami, tapi bukan dengan cara mencari kaedah halus seperti menciplak nama tuhan kamu agar penganut agama kamu terkeliru dan akhirnya termasuk secara tidak sengaja ke dalam agama kami.
Kami tidak begitu. Kami menganut agama kami di atas keikhlasan kami kepada tuhan kami, iaitu Allah dan kami jujur kepada diri di atas keyakinan ini. Kami tidak berniat untuk menghancurkan agama kamu. Kami hanya mengajak manusia untuk sujud kepada tuhan kami, iaitu Allah. Itu saja.
Kami juga tidak merancang atau berkonspirasi untuk memusnahkan agama dan penganut agama kamu. Itu bukan kerja kami.
Nabi kami, Muhammad saw tidak pernah sekali-kali runtuhkan 360 tuhan-tuhan berhala yang ada di keliling kaabah, sewaktu baginda sebarkan agama Islam di Mekah. Nabi kami hanya mengajak seluruh manusia supaya sujud kepada Allah.
Nabi kami, Muhammad saw tidak pernah memberi arahan supaya meruntuhkannya, tapi mereka yang membuat berhala itu akhirnya meruntuhkan sendiri berhala ciptaan mereka. Inilah yang diajar oleh nabi kami, Muhammad saw.
Kami, di negara Malaysia ini boleh saja menggunakan klausa yang terdapat dalam perlembagaan untuk mengenakan tindakan kepada kamu, kerana klausa tersebut telah memberi kelebihan kepada kami untuk menyebarkan agama kami, tetapi dalam masa yang sama klausa tersebut tidak membenarkan kamu untuk menyebarkan agama kamu kepada penganut agama kami..!!!!
Ini bermakna, jika ada unsur-unsur samada secara tersurat mahu pun tersirat bahawa kamu berniat untuk menyerap, menyebar dan memerangkap kami supaya mengikuti fahaman agama kamu, maka bersedialah kamu untuk menghadapi sebarang kemungkinan dari pihak kami.
Salam

assalamualaikum,
ReplyDeletemasalah malaysia sekarang ni sebab kepimpinan yang lemah, bermula dari politik, ekonomi dan termasuklah hal2 agama. pemimpin begitu leka dengan kuasa, nanti lama2 allah akan turunkan bala bermacam2 lagi. nampaknya gaya macam tulah sebab pemimpin kita ni memang tak berubah dan tak pernah nak belajar dan mengakui kesalahan dan kelemahan sendiri. tunggulah bala yang lain...eiii den takut, nauzubillah..!
Tindakan segera dan keras oleh pihak yang berwajib perlu diambil utk elak pertikaian yang lebih buruk lagi. Ini satu teknik yang di gunakan oleh Kristian untuk menghakis dan mengelirukan jenerasi Melayu akan datang.
ReplyDeleteSaya bantah sekeras keras keras nya tindakkan C H menggunakan perkataan ALLAH dalam surat khabar nya.PEEM macam mana biasa buat deeeek aje.
ReplyDeleteDi tempat bernama Rhode Island ,Catholic Herald di sitilahkan sebagai"more catholic than the pope."
Sudah lah ...
chnagkat lobak
arjuna waspada.
Sdr sudah rujukkah siapa2 yang guna perkataan Allah? Perkataan tu dtg dari mana? Kan kita org Islam berpegang kpd 'la kum di nukum wali yadin'?. Kita percaya Tuhan itu 1. Bila pula ada 2 Tuhan? Jgn politikkan Allah? Yang kurang iman kebanyakan org2 Islam. Hambur duit mata terbeliak, mulut ternganga, iman bersepah!
ReplyDeleteBenda ni dah lama berlaku, apabila buku-buku daripada Indon masuk kenegara ini.
ReplyDeleteIni adalah strategy halus untuk meresap masuk kedalam setiap individu muslim.Apabila wujud perasaan sense of belongingness terhadap nama tuhan yang sama maka makin mudahlah mereka cuba mempengaruhi orang islam melalui aktiviti bersama, sebagai contoh aktiviti sosial yang membenarkan pergaulan gender dikalangan remaja. Remaja muslim yg tertarik dengan aktiviti begini akan mudah dipesongkan akidahnya, atau paling tidakpun cuba dikelirukan bagi memudahkan mereka ditawan. Suatu masa nanti, saya rasalah akan ada pihak meminta supaya dibenarkan perkahwinan campur dikalangan masyarakat berbilang agama tanpa perlu mengubah anutan agama pasangan masing-masing, seperti yang berlaku di indonesia
Assalamualaikum...
ReplyDeletelamo tak masuk, sibuk sikit apo pun den ado sikit respon,Perkataan Allah telah digunakan seawal 90an dikawasan Borneo dipercayai dr indonesia, ini semua tentulah strategi mereka (mubaligh) untuk agenda cristinisasy masyarakat. bagi mereka itu tugas yang mulia, anak cucu pernah ke sabah dan berjumpa dengan beberapa pendakwah bebas dan pernah melihat gereja sidang injil borneo (SIB)di tuaran, kebanyakan kitabnya memang tertera kalimah Allah dan rasul (yang telah menggantikan Jesus), tujuan utamanya untuk menyesatkan orang mualaf kerana sembahyang tak mcm orang islam juga cuma sembahyang mereka 3 waktu aja berbanding kita 5 waktu, mereka juga tidak makan babi, soalan anakcucu cuma satu sejauh mana UMNO Sabah dalam ketelusannya mempertahankan Islam? dan gereja yang tumbuh macam cendawan siapa yang meluluskan? Sesuungguhnya bagi anakcucu UMNO sangat tidak mampu untuk menangkis musuh-musuh Islam...tolong buktikan kata-kata saya ini.
shalom,
ReplyDeleteapa saja yang anda katakan terhadap org Kristian sama ada buruk atau baik, kami tak perlu membela, kami tak akan marah kerana musuh manusia bukan manusia tapi Iblis...Tuhan ajar satu perkara saja iaitu (Mengasihi) Kasihi ALLAH dan Kasihi Manusia. bukan utk org Israel, org Kristian atau sesiapa..tapi untuk semua yg bergelar manusia..yang membela kami adalah Tuhan Pencipta langit dan bumi serta isinya...itulah Tuhan Perkasa yang kita patut sembah..fikir2fikirkanlah...kalau ajaran dari Tuhan yang benar, tak mungkin kita marah, melenting, membenci atau memusuhi manusia lain..ituah ajaran dari Tuhan sebagimana org Kristian percaya dan amalkan...Tuhan Memberkati Kamu semua....
shalom...