Friday, January 30, 2009

SAKA RASUAH POLITIK AKAN DIWARISI...

  1. Rasuah politik sudah boleh dikira gagal ditangani dan tidak akan berjaya ditangani. Jurublog membuat jangkaan ini sebaik sahaja dilihat pimpinan parti keberatan untuk meminda sistem pemilihan parti dan menghapuskan kuota kelayakan bertanding.
  2. Kalau ada keberanian dan ‘keikhlasan yang tidak berkepentingan’ dari pucuk pimpinan parti, jurublog rasa tiada sebab ia tidak boleh dipinda. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk survival UMNO. Apa yang ditakutkan sangat kalau diperbesarkan bilangan ahli yang terlibat secara langsung dalam menentukan kepimpinan parti?
  3. Sebenarnya, tiada alasan yang betul-betul waras untuk menolak cadangan ini. Itu sebab mereka hanya setakat berani berkata, ‘cadangan itu perlu diperhalusi dan dikaji secara mendalam’. Itu hanya teknik untuk mengelak atau teknik untuk bermain dengan masa.
  4. Apa rasional di sebalik penolakan pimpinan parti terhadap cadangan ini tidaklah diketahui. Kalau ada cadangan yang lebih baik di sebalik penolakan oleh pimpinan parti, tak apalah jugak. Sehingga kini tiada apa-apa keputusan dibuat. Akhirnya status quo kekal seperti mana adanya. Buek ponek memikir tak posa-posa…
  5. Pelbagai cadangan telah dikemukakan sejak bertahun-tahun yang lalu bagaimana cara terbaik untuk menangani politik wang. Boleh dikatakan setiap kali hampir berlangsungnya pemilihan parti, akan dikeluarkan peraturan pemilihan terkini. Semuanya bertujuan bagi membanteras dari leluasanya politik wang.
  6. Lebih menghairankan hampir semua calon yang bertanding membuat kenyataan dan menyeru agar dihapuskan amalan politik wang. Semua di kalangan mereka mengingatkan di antara satu sama lain akan bahaya amalan politik wang kepada parti. Kalau ada pulak yang dituduh, mereka akan cepat-cepat membuat cabaran supaya dibuktikan semua tuduhan itu.
  7. Jika dinilai berasaskan apa yang diucap oleh para calon, memang tidak wujud langsung amalan politik wang. Bermaknanya, semua tuduhan itu pasti palsu belaka.
  8. Adakah disebabkan ketiadaan bukti kukuh sudah cukup untuk mendabik dada kepada seluruh rakyat bahawa UMNO bersih dari amalan rasuah yang lebih kotor dari tersentuh bahan yang wajib disamak?
  9. Kebanyakan kita melemparkan pandangan yang menjijikkan kepada haiwan jenis anjing dan babi. Apa lagilah untuk menyentuh. Walhal, kita hanya perlukan sedikit tanah dan 6 jirusan air suci sudah cukup untuk dianggap bersih jika tersentuh haiwan ini kerana kekotoran ini hanya bersifat luaran.
  10. Bagaimana untuk kita bersihkan kekotoran jenis mendarah mendaging yang akan beri kesan kepada lapisan generasi seterusnya?
  11. Apakah cukup untuk membersihkan diri dengan hanya ‘menyamak kekotoran rasuah’ melalui SPRM dan Lembaga Disiplin parti terhadap kekotoran yang mendarah mendaging?
  12. Jawapannya, jika UMNO tidak lenyap sekarang, pasti ia akan lenyap pada generasi akan datang kerana generasi hari ini telah mewariskan amalan keji secara ‘batin’ kepada generasi pelapis yang akan mewarisi UMNO.
  13. Penyakit ‘saka’ rasuah politik ini akan turun dengan sendiri kepada generasi seterusnya.
  14. Mungkin masa tu, industri ‘perdukunan’ akan mengambil tempat sebagai industri yang paling maju kerana ramai akan datang untuk membuang saka peninggalan ayah dan datuk mereka yang telah mengamalkan politik wang sewaktu hayatnya…
  15. Itulah agaknya timbul ayat ‘Takkan Melayu hilang di dunia’….

1 comment:

  1. Saya tak fikir mudah untuk mereka mengaku..

    Kecuali sesuatu yang diluar jangka, barulah mereka akan tersentap :-)

































    Jangan Potong Q :-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Sindrom Mat Salleh Celup
    http://pro-faizal.blogspot.com
    Suara generasi Baru
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

    Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete