Thursday, January 29, 2009

BUBAR SAYAP : LAIN YANG SAKIT, LAIN YANG DIRAWAT..

  1. Pembubaran sayap parti bukan jalan penyelesaian kepada masalah politik wang. Lain yang sakit lain yang dirawat. Jika yang mendatangkan masalah itu adalah penghuni sebuah rumah, kenapa pula struktur binaan rumah yang mesti diubahsuai?
  2. Sepatutnya dalam mengekang amalan politik wang, penumpuan harus diberi kepada perlakuan rasuah dan bukan kepada struktur binaan organisasi. Ia tidak kena mengena langsung.
  3. UMNO diakui sedang berada pada tahap yang lemah, tetapi di sebahagian besar hayatnya, UMNO berada pada kedudukan yang kuat. Itulah struktur binaan organisasi yang telah diguna pakai sama ada UMNO berada dalam keadaan kuat atau pun lemah.
  4. Di sini jelas membayangkan kepada kita bahawa cadangan untuk memansuhkan sayap-sayap parti bukanlah jalan penyelesaian terhadap gejala politik wang.
  5. Adakah ratusan laporan politik wang yang telah sampai ke tangan Tengku Ahmad Rithaudeen hanya melibatkan ahli sayap parti semata, hingga mendorong beliau membuat cadangan pembubaran sayap-sayap parti?
  6. Pada hakikatnya, melalui cadangan ini, jelas beliau telah mengakui wujudnya perlakuan politik wang yang serious di dalam parti, tetapi sehingga kini, kenapa yang baru dijatuhkan bersalah tidak menjangkau pun 5% dari keseluruhan lapuran yang diterima? Secara logiknya tidak mungkin 95% baki laporan itu adalah palsu.
  7. Lembaga disiplin parti tidak harus berdolak dalih dalam mencari penyelesaian terhadap masalah politik wang dengan cara melontarkan cadangan-cadangan pelik yang tidak masuk akal. Ia hanya akan menambah kekeliruan dan rasa kurang yakin ahli terhadap kemampuan Lembaga Disiplin dalam menghadapi kemelut ini.
  8. Jika ke dua-duanya, parti dan lembaga Disiplin parti sudah tidak diyakini kemampuannya oleh ahli dan akar umbi, kepada siapa lagi kepercayaan dan keyakinan harus diberikan?
  9. Oleh itu Lembaga Disiplin parti harus benar-benar berani menyelesaikan masalah politik wang berdasarkan realiti yang ada jika benar-benar ikhlas untuk membantu UMNO bangkit semula, walau pun tindakan itu akan dianggap radikal.
  10. Janganlah kerana perut sakit lantas terus mengambil jalan pintas dengan cadangan supaya diharamkan makan dan minum. Ia tidak masuk akal. Berilah tumpuan supaya dicari punca penyakit dan rawatlah dengan cara yang sepatutnya.
  11. Kita berharap agar Lembaga Disiplin terhindar dari perlakuan sindrom penafian dengan cara mengalih isu dan masalah pokok yang harus mereka tangani.
  12. Salam

6 comments:

  1. Bubarkan MT sekali yo.
    banci mencaliq.

    woghieh.

    ReplyDelete
  2. Aku agak terperanjat dengan kenyataan Tengku Ahmad Rithaudeen semalam, namun aku mendiamkan diri ajer sebab internet kat rumah aku pun teruk, lebih baik mendiamkan diri sehari dari terus hentam keromo ‘si bapak’ yang dah lama dalam UMNO tu.

    Terus terang aku katakan, ada segelintir kawan-kawan yang menyifatkan ‘di bapak’ ini sudah mula nyanyuk. Adakah dia lupa, dari mana dan permulaannya berjuang dalam UMNO.

    Adakah bila dah tua baru dia masuk UMNO? Sehubungan dengan itu, dalam keadaan UMNO pada hari ini yang boleh aku katakan tidak cukup kuat, perlukan perubahan dan peremajaan semula.... mengapa satu cadangan dungu boleh keluar dari seorang ‘bapa’ yang sepatutnya mendidik anak-anaknya untuk menjaga ‘rumah UMNO’ itu sendiri.

    Bukan bila dah timbul masalah dalam rumahtangga kita.... kita bunuh anak kita bagi menutup kepincangan dan kucar-kacir dalam rumah kita.

    Kenapa nak salahkan anak-anak yang baru nak belajar hidup, sedangkan masalah yang berlaku hari ini, jika dikatakan politik wanglah... ia bermula dengan senior-senior atau bapa-bapa kita, mak-mak kita yang lebih dulu makan garam dalam UMNO.

    Bagilah peluang kepada anak-anak ini, bertatih sebelum berjalan, jangan kafankan anak-anak kita di atas kesilapan kita yang terdahulu.

    Biarkan anak-anak itu kenal dulu dunia, didiklah ia seperti sehelai kain putih, corakkanlah ia sebaik yang mungkin untuk menjadi warganegara yang berguana, bukannya terus membiarkan kain putih terus mengkafankan anak kita itu.

    Buat semua anak-anak muda yang baru bertatih dalam UMNO, jangan kecewa dan jangan ambil hati. Mungkin bapa kita tu ...entahlah, nak cakap pun salah.

    Sebagai orang muda, sebagai anak muda yang dah masuk UMNO sejak 10 tahun yang lalu, ketika krisis kegawatan politik negara angkara manusia bernama Anwar Ibrahim.... aku harap MT UMNO janganlah lupa akan peranan dan sumbangan orang muda kepada UMNO.

    Jika dipisahkan anak-anak muda ini dari UMNO, aku yakin UMNO akan mengalami musibah yang amat dashyat menjelang PRU-13 nanti. Kalau tak percaya, cubalah bubarkan sayap-sayap UMNO, khususnya Pemuda, Puteri dan Biro Putera UMNO serta Wanita yang cukup komited memperjuangkan UMNO dan BN selama ini.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Rasanya Tengku Ahmad Rithaudeen dah bosan tak dgn selagat dan bermacam ragam dlm UMNO sejak kebelakangan ini...mcamana kalau kita tukar dgn org lain yang lebih cergas, berwibawa...bukan Tengku tak buat keja tapi agaknya dia dah muak dgn perangai org UMNO yg semangkin tak makan dik saman..sebut pasal politik wang UMNO adalah salah satu parti didalam dunia ini yang mempunyai rangking teratas tentang gejala rasuah politik...peringkat cawangan pun dah dibuai dgn wang ringgit apa tak lagi di peringkat nasional (Majlis Tertinggi)..siapa yang WAJIB dipersalahkan dlm hal ini..yang salah ialah PEMIMPIN sebab pemimpin dlm UMNO kaya raya..mereka buat wang mcm daun kayu yang berterbangan ditiup angin sepoi2 bahasa..pemimpin ini tak kira lah dari peringkat mana pun....bubar sayap dlm UMNO kita boleh ambilkira selepas MAC 2009, jika UMNO tidak BERANI BERUBAH dan gagal meraih hati ahli2 nya..maka wajib dan mesti UMNO dirawat kembali disemua peringkat, singkirkan pemimpin yg GILA KUASA..dan gila segala-galanya..Pembaharuan dlm UMNO amat perlu selepas PERGUNG 2009 jika matlamat tdk tercapai..SEMANGAT BARU BERMULA KEMBALI

    ReplyDelete
  4. Bapak………
    Lihat ladang kita
    Terbentang luas subur dan menghijau tanah yang merdeka

    Bapak…….
    Ini rumah kita
    Pusaka peninggalan untuk melindung keluarga yang merdeka

    Bapak ….
    Yang hendak ku kata
    Pengorbanan mu memberikan kami kelahiran yang merdeka
    Terima kasihku
    Generasi baru

    ReplyDelete
  5. Takpe tuan2, TAR tu dah pening agaknya handle kes-kes disiplin lantas keluarkan cadangan yang bukan-bukan. Dia dah letih buat keputusan yang tak konsisten terus cadangkan sesuatu yang dia fikir akan kurangkan beban kerjanya

    Biarkan je luncai dengan labu-labunya!

    ReplyDelete
  6. salam!! cam ladang kelapa sawit tu lah kan .. kalo dah tuo pokok2 tu .. tobanglah ... bakar buek bajo utk tanam semula ..

    apolah yg pokok2 tuo tu jugak yg dibajo .. siram air .. duk meracun bagai .. tanah tu dah perlu digombo2 kan !!

    nak tanam semulo tu pun tengok gak lah market .. sekarang kelapa sawit berhargo tak? kalo tak tukarlah tanaman lain plak yg lobih bawak hasil .. cam buah nago ko, tanam tobu ko, tanam pokok gotah ko ... noneh pun ok ..

    cuba lah berani mencubo product baru .. with good management n marketing .. buleh punyo!!

    ReplyDelete