- Kesedaran bahawa sesuatu harus dilakukan bagi menyelamatkan UMNO dan BN sebenarnya bukanlah termasuk dalam senarai tindakan. Ia hanyalah satu pernyataan bahawa kita sedar sesuatu harus dilakukan.
- Keazaman untuk memperbetulkan keadaan agar menjadi lebih baik juga belum boleh dikatakan UMNO dan BN sudah memulakan langkah ke arah pemulihan.
- Muhasabah diri juga bukan suatu pelan tindakan jika ianya hanya sekadar bermuhasabah tanpa apa-apa tindakan susulan.
- Keberanian untuk melakukan sesuatu juga belum boleh dianggap suatu tindakan, sehinggalah kita memulakannya.
- Peringkat kesedaran, keazaman, muhasabah dan keberanian ini sebenarnya belum belum mendatangkan apa-apa kesan atau perubahan pun terhadap kerosakan yang telah berlaku selepas PRU 12. Peringkat ini hanya boleh dianggap sebagai pernyataan dari alam retorik.
- Sejak Mac 2008, PRK Permatang Pauh dan yang terakhir PRK KT, kita belum nampak sesuatu ‘tindakan’ yang benar-benar jelas, fokus dan objektif dari BN dan kepimpinannya dalam mengembalikan keyakinan rakyat.
- Yang ada hanyalah suara kesedaran, keazaman politik, muhasabah dan suara-suara dari beberapa kerat pemimpin yang sedikit berani menyatakan sesuatu walaupun ‘maung’.
- Setakat pernyataan kesedaran, azam dan keberanian, BN dan UMNO belum boleh dikira melakukan apa-apa tindakan menyelamat terhadap kapal BN dan UMNO yang kebocoran di sana sini akibat dari pukulan ombak tsunami yang belum pernah terjadi.
- Terbaru, Pengerusi BN berkata, sebarang rancangan untuk melakukan perubahan dalam UMNO hanya akan bermula selepas peralihan kepimpinan pada Mac akan datang.
- Berbeza dengan langkah dan tindakan pantas yang diambil oleh Parti Perikatan dalam PRU 1969, selepas mengalami keadaan yang hampir sama seperti yang dihadapi oleh BN dalam PRU 12. Bagaimana kepimpinan Pak Lah dipertikaikan selepas PRU 12, begitulah Tunku Abd Rahman dipertikaikan selepas PRU 1969.
- Kejayaan cemerlang BN pada PRU 1974 bukanlah datang dengan sendiri.
- Rakyat kembali memberi sokongan pada PRU 1974 bukanlah kerana mereka saja-saja ingin kembali menyokong. Keyakinan mereka pulih adalah bersebab.
- Sebenarnya, semua jenis ubat dari yang manis, maung, sampailah sepahit-pahit ubat telah dicuba oleh kepimpinan Perikatan demi menyembuhkan kembali kesakitan akibat penolakan rakyat dalam PRU 1969. Ternyata, preskripsi yang diambil oleh UMNO dan Perikatan tepat sekali.
- Perikatan menerima hakikat mereka sedang mengidap penyakit hilang keyakinan rakyat. Tiada satu pun ubat yang tidak mereka makan dan tiada satu pun pantang yang mereka tidak ikut. Mereka tidak pilih ubat ikut selera. Mereka makan ikut keperluan dan kehendak-kehendak penyakit yang ada.
- Cuma yang bagusnya mereka tidak dihinggapi penyakit sindrom penafian. Lagi satu yang bagusnya, Tunku cepat sedar diri. Dia serah hampir 100% mandat kepada bakal pengganti untuk buat apa saja asal kerajaan pimpinannya kembali kuat dan dipercayai walau pun jawatan PM hanya diserah 2 tahun selepasnya.
- Antara preskripsi yang telah diambil, termasuklah kaedah MAGERAN. Walaupun ia diluar amalan demokrasi tapi kerana itulah ubat yang perlu bagi membendung keadaan, ia terpaksa juga dimakan.
- Preskripsi seterusnya, menggubal Prinsip Rukun Negara sebagai asas memupuk semula perpaduan, kemakmuran, amalan demokratik, menjamin cara hidup liberal dalam kepelbagaian budaya serta melahir sebuah masyarakat progresif.
- Seperti mana Pancasila, Prinsip Rukun Negara ini telah menjadi rukun dan panduan hidup baru kepada sebuah masyarakat yang hampir terjerumus ke dalam persengketaan kaum akibat dari wujudnya ketidak seimbangan sosio budaya dan ekonomi dalam masyarakat. Ketidak seimbangan ini diakui menjadi punca terbesar kepada kemerosotan sokongan kepada Perikatan ketika itu.
- Selepas Rukun Negara, digubal pula preskripsi ‘affirmative action’, iaitu DEB, bertujuan membendung penyakit ketidak seimbangan sosio budaya dan ekonomi dalam masyarakat pelbagai kaum.
- Akhirnya diolah pula kerangka politik nasional yang baru bagi melicinkan lagi agenda perpaduan dan kestabilan politik seperti mana yang telah dirangka. Maka terbentuklah gagasan baru yang bernama Barisan Nasional yang turut menggabungkan parti Gerakan yang memerintah Pulau Pinang dan PAS yang memerintah Kelantan.
- Di sini jelas dan tidak menjadi kehairanan buat kita kenapa BN berjaya menempah kembali kepercayaan rakyat dan telah berjaya dengan cemerlang pada PRU 1974.
- Mereka bertindak dan telah membuat suatu pendekatan radikal dan ‘unprecedented’ bagi menyelamatkan Perikatan dan mendapatkan semula keyakinan semua pihak, terutamanya rakyat. Mereka tidak hanya sekadar mempunyai kesedaran, keazaman, bermuhasabah tak sudah-sudah atau keberanian. Mereka mencipta formula dan terus melakukannya.
- Sekarang marilah kita buat sedikit perbandingan di antara kepimpinan pasca 1969 dengan kepimpinan pasca 2008.
- Kepimpinan pasca 1969 melaungkan azan dan sebaik saja azan dilaungkan mereka terus sembahyang.
- Manakala, kepimpinan pasca 2008, mereka melaungkan azan yang panjang-panjang dan ‘syahdu’ melalui corong-corong pembesar suara dengan kuat. Tapi selepas azan dilaungkan mereka rehat-rehat dan tidur sehingga luput waktu sembahyang. Bila sampai waktu sembahyang seterusnya, mereka azan lagi tapi tidak juga melakukan sembahyang.
- ‘Habis waktu dek panjangnya azan’, menjadi preskripsi kepimpinan pasca PRU 12…
- Syor Astro buat program ‘Raja Azan’ @ akademi azan…
Tuesday, January 27, 2009
CUCU ULAMAK VS ANAK RAJA @ ULAMAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment