Saturday, January 24, 2009

SPRM 'SAVIOUR' UMNO...?

Isu politik wang dalam UMNO secara rasminya telah dijadikan perdebatan rakyat, sebaik saja SPRM membawa mereka yang terlibat ke mahkamah.

Apakah langkah yang diambil SPRM ini bermaksud untuk membenteras sebarang perlakuan yang dikelaskan sebagai rasuah atau ia bertujuan untuk memulihkan imej UMNO?

Kalau ia bertujuan membenteras amalan rasuah, ia bolehlah dimaksudkan sebagai satu langkah penguatkuasaan terhadap tugas hakiki SPRM. Jika ia bermaksud memulihkan imej UMNO dari amalan rasuah, ia membawa maksud bahawa tindakan SPRM ini adalah satu dari beberapa kaedah yang diguna untuk memulihkan imej UMNO.

Ke dua-duanya membawa maksud dan natijah yang berbeza. Satu membawa pertanggungjawaban dan amanah sebagaimana digariskan. Satu lagi adalah kaedah yang diambil bagi memulihkan UMNO dengan cara menggunakan SPRM sebagai alat untuk memulihkan parti.

Jika benar penggunaan SPRM ini adalah bagi tujuan membersih dan memulih parti, adakah setelah kaedah ini digunakan, UMNO akan bersih dan pulih? Jika benar UMNO akan bersih dan pulih hasil dari kaedah yang diguna ini, adakah ahli dan rakyat akan kembali yakin kepada UMNO? Dan jika benar ahli dan rakyat kembali yakin kepada UMNO, maka apakah itu bermaksud UMNO akan kembali kuat seperti dulu?

Persoalan tambahan yang bermain di fikiran, adakah dengan cara membawa ke muka pengadilan kes berprofile tinggi tapi hanya melibatkan angka RM200 ke RM500 se tertuduh (se pesalah) ini, akan membawa lebih banyak kebaikan dari keburukan kepada UMNO? Riuh rendah sekampung kerana sebiji telor tembelang.

Adakah angka RM200 ke RM300 ini sebenarnya yang selama ini diribut-ributkan sehingga menyebabkan tubuh UMNO birat-birat dan calar balar? Adakah amaun ini yang dijangka oleh persepsi ahli akar umbi dan rakyat secara amnya? Kalau rakyat terbau tahi gajah di sana sini, takkanlah kita nak tunjuk tahi sebesar tahi ayam yang menjadi punca.

Jika amaun ini yang dijangka oleh mereka, maka mungkin jangkaan mereka selari dengan apa yang sedang dibersihkan oleh SPRM. Tapi kalau jangkaan ini jauh meleset dari yang mereka jangkakan, sudah pasti ketegasan yang sedang dilakukan oleh SPRM ini akan menjadi bahan ejekan dan cemuhan mereka. Maka akan lebih rendahlah martabat UMNO di pandangan khalayak ramai.

Jika itu yang terjadi, maka kaedah memulih UMNO melalui SPRM ini bukanlah kebaikan yang bakal diperolehi oleh batang tubuh UMNO, sebaliknya sakit UMNO akan menjadi lebih kronik umpama pesakit yang tidak habis makan preskripsi antibiotik.

Dulu rakyat sudah pernah dihidangkan dengan bau bangkai jerung yang berprofil tinggi. Akhirnya bila tangkapan dibuat, hanya ikan bilis yang tersangkut dijaring. Pembelian spanar, kamera digital dan cangkul juga tukul yang sangat ‘immaterial’ telah bikin ribut satu negara.

Sekarang kita lihat perkara yang sama berulang kembali tapi dalam UMNO.

Kalau macam tu, takpaLAH, kita tengokLAH nanti….

1 comment:

  1. Nampaknya, banyaklah modal Anwar kaki jubur nak bantai UMNO. Always felt that the matter be dealt with internally.
    Problem ni memang dah lama and patutnya diselesaikan masa UMNO tengah kuat. Timing is an essence.

    ReplyDelete