Wednesday, January 21, 2009

KT: TIADA SIAPA PATUT DISALAHKAN....

‘Tiada siapa patut disalahkan’, Kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin. Tambahnya lagi, ‘ia juga bukan disebabkan kelemahan parti dan UMNO tetapi berpunca daripada banyak faktor yang perlu dilakukan bedah siasat serta diatasi’.

Katanya, andaian kegagalan BN mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu berpunca daripada satu gelombang besar penolakan rakyat terhadap parti juga tidak tepat kerana calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh masih mendapat sokongan daripada lebih 30,000 pengundi.

"Tetapi kita kena muhasabah diri, kaji semula kempen, pendekatan kita termasuk iklim politik tanah air sendiri sampailah kepada isu-isu tempatan.

Komen;
1. Tiada siapa patut disalahkan bermakna tiada siapa yang bersalah.

2. Ia bukan juga kelemahan parti dan UMNO tapi berpunca dari banyak factor yang perlu dibedah siasat. UMNO pun tak salah, tapi BN kalah kerana banyak factor lain. Jadi factor apa?

3. Bukan penolakan besar rakyat kerana masih ada 30,000 yang mengundi BN. Samalah macam bagi tau, ‘Anak saya lulus semua subjek dalam SPM kecuali 8 mata pelajaran saja yang tak lulus. Selebihnya semua lulus.

4. Kena muhasabah diri, kaji pendekatan kempen, iklim politik tanah air sampai isu-isu tempatan. Kalau macam ni semua jadi factor dan punca kekalahan BN. Mana satu sebenarnya ni….?

Teringat skrip Seniman Bujang Lapuk;
1. Raja mintak pandangan Tok Nujum, semalamnya, tidor bermimpi tahi burung jatuh terkena kepala.
2. Tok Nujum cakap ‘itu alamat nak mampus’.
3. Raja terus berdalih, hanya terkena sipi-sipi. Tok Nujum bilang alamat masih tak baik dan tak menyebelahi raja.
4. Raja berdalih lagi dan terus palitkan orang lain’. ‘Sipi-sipi tapi akhirnya terkelepuk kena muka Tuan Direktor’.

P/S : Jangan nanti bila buat muhasabah, lihat pendekatan kempen, kaji iklim politik nasional, kaji punya kaji punya kaji, terjumpa jawapan yang sama oleh pelbagai pihak dan agensi yang berlainan….’Pak Lah & co yang menjadi penyumbang terbesar kepada semua musibah dan kekalutan yang tidak pernah terjadi’….Terus nafi nafi dan nafi…Tuan Direktor pilihanraya yang tak pasal-pasal jadi mangsa.

8 comments:

  1. Takpe bro, boleh salahkan 2,631 pengundi yang memenangkan PAS... hahaha ..takpun salahkan Pakatan Rakyat kerja terlampau kuat atau salahkan rakyat yang sudah mula matang dalam berpolitik ataupun salah Che Det yang tak releven lagi tapi bercakap negatif tentang calon BN... "banyak faktor" boleh dicari, dibedah siasat.. ;-)

    ReplyDelete
  2. Bro,

    Gak ae kito ni asyik na ngopar yo...kok keluar santan ea ok gak ni tak kluar-kluar...
    Makin "bosar" adolah jadi ae....fizikal UMNO ni cam kito ngopar tetek "pelacur"yo...jadi makin bosar masalah ea...nak kono tukar saiz bra..(mahal oi...kok yang branded tu lah)...peh tu jadi "perhatian orang"....goram yo dek eh...tapi kok dapek ngusar...samo yo raso ae.....tak do yang istimewa...sobab menarik perhatian orang kek tetek tu yoooo...peh tu nak try "pelacur"tu....

    Sori lah goram bonar ni....

    feel ae cam biaso-biaso jugak.

    ReplyDelete
  3. Saya setuju jangan salahkan sesiapa. Tetapi saya juga nak ingatkan kalau menang, jangan pulak "sesiapa" tu sibuk2 nak ambil credit :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Kalau difikirkan knpa Naib Ketua Pemuda UMNO yang menidakkan punca kekalahan di KT, mana pegi Ketua Pemuda UMNO msia, diam membusu seribu bahasa...kalau mcm tu ternyata NKP UMNO msia yang memilih Wan Farid jadi calon di KT..patut le dia menyangkal semua punca2 kekalahan BN di KT..hai NKP UMNO msia, kalau bole tolong cadangankan nama calon utk pilihanraya P.182 Pensiangan Sabah nanti..mana tau awak ada calon yang lebih baik dari wan farid..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum...
    Nabi SAW bersabda, "addiinu nasiihat" (agama itu nasihat), jadi saya ingin mencelah, dlm kita ghairah menunjuk kemarahan janganlah pula kita terlupa tatasusila dan adab yang pernah belajar di alam sekolah sehingga sanggup menggunakan perumpamaan 'pe$&%ur', banyakkan berfikir supaya marah kita lebih berhalatuju. Nasihat amat perlu dalam hidup kita sebagaimana perlunya kita kepada agama (panduan hidup), semoga "suara hati kecil" tidak mengulangi perkara yang sama.

    ReplyDelete
  7. saudara,saya tidak menyalahkan sesiapa dalam soal kekalahan di KT. Namun ingin saya berikan sedikit sebanyak perkara yang menjadi perbualan orang ramai terhadap BEBANAN yang UMNO dan BN tanggung akibat seseorang yang masih terlalu MENTAH ingin diangkat dan bercita-cita sebagai pemimpin besar negara.

    Siapa mengenali KHAIRY JAMALUDDIN jika bukan dia hanya seorang anak menantu Pak Lah?
    Sungguh malang nasib Pak Lah akibat si Khairy sumbangannya berkecimpung 30 tahun dalam politik rosak sekelip mata. Sudah pasti namanya menjadi ingatan dan disebut-sebut sebagai "Bapak Mertuanya si Khairy" berbanding panggilan bapa kemerdekaan, pembangunan, perpaduan mahupun bapa pemodenan..

    sebut-sebutan rakyat terhadap Khairy:

    1.) Sombong dan Angkuh
    2.) Mulut celupar
    3.) muda-muda lagi dah kaya raya
    4.) harapkan pak mertua dia jer mamat ni
    5.) macam bagus jer mamat ni
    6.) celaka lah mamat ni tak hormat orang tua/ vetren UMNO
    7.) siapa kawan khairy mesti banyak WANG
    8.) penat-penat jer kita berjuang utk UMNO yg naik jawatan si khairy yang asal usulnya entah dari mana
    9.) org takut oh... ngan khairy sebab dia boleh gunakan-gunakan pak mertua dia
    10) jahanam lah khairy dia ni orang anwar kot...kenapa dia jadi org tengah bebaskan anwar dan hantar pasport...

    banyak lagi sebut-sebutan rakyat perihal khairy..

    oleh itu minta tolong sangat2 kpd saudara Kamdias supaya sampaikan kepada khairy jika benar sayangkan UMNO letak jawatan naib pemuda dan tarik diri daripda bertanding KP UMNO...jika dia masih memegang jawatan, UMNO sukar dipulihkan... percayalah!

    dia masih muda dan masih ada masa utk memperbaiki reputasinya...jangan sampai UMNO hancur disebabkan ketamakan si khairy di dalam UMNO utk memegang jawatan..
    aku,kau,dia dan mereka masih sayangkan UMNO...HIDUP UMNO!!!

    ReplyDelete
  8. salam, saya sangat stuju dgn pendapat hatiminda, bila manusia terlalu gelojoh utk mencari kekayaan dan rakus kuasa, necaya negara akan huru hara...sifat manuasia mcm ni adalah ibarat iblis bin syaitan...mcmana nak angkat org mcm ni nak jadi pemimpin..sya tak nak anak cucu kelak menyalahkan kita pula....letak jwtn itu lah jwpanya.

    ReplyDelete