Tuesday, January 20, 2009

KALAU MENANG...KALAU KALAH

Template berikut sesuai digunakan jika kita menghadapi kekalahan dalam satu-satu pertandingan…;

1. Saya menerima dan akur dengan keputusan pengundi dan akan terus berkhidmat walau pun….
2. Kekalahan bukan melambangkan penolakan rakyat kepada …
3. Kekalahan ini bukan kerana faktor calon, tapi….
4. Suatu kajian mendalam harus harus dilakukan bagi mengkaji punca…
5. Kita yakin keputusan ini tidak melambangkan keputusan rakyat dalam PRU 13 nanti….
6. Ini hanya pilihanraya kecil. Ia tidak menggambarkan sama sekali sokongan majoriti di tempat ….
7. Ini hanyalah suatu permulaan untuk kita bermuhasabah diri dan ia memberi ruang kepada kita untuk memperbetulkan…
8. Kemenangan pihak lawan adalah bukti bahawa demokrasi terus subur dan sekali gus menafikan…

Template berikut pula boleh digunakan jika kita beroleh kemenangan…;

1. Saya merakamkan setinggi terimakasih dan penghargaan kepada pengundi dan seluruh jentera kerana…

2. Kemenangan ini merupakan kemenangan rakyat bukan saja di kawasan Parlimen ini, malahan….

3. Kemenangan ini merupakan petanda jelas bahawa parti sudah kembali….

4. Pilihanraya kecil ini bukan saja memberi mesej jelas kepada pulihnya sokongan rakyat, malahan ia memberi mesej bahawa kita akan menebus semula kekalahan di lain-lain negeri….

5. Pengundi sudah belajar dari kesilapan mengundi parti lawan dalam PRU ….

6. Peningkatan majoriti (kalau majoriti bertambah) membuktikan pengundi sudah semakin matang dan memahami apa yang kita perjuangkan….

7. Kita yakin, jika diadakan PRU 13 dalam masa terdekat, kita akan sapu….(Ayat ini sesuai digunakan oleh orang yang paling tinggi dan paling bengkok hidungnya)

8. Keputusan PRK ini, memberi petunjuk jelas bahawa dasar pembaharuan seperti penubuhan SPRM dan Suruhanjaya Kehakiman telah memberi keyakinan semula kepada……(Ayat ini sesuai diguna oleh orang yang minta dipuji).

Kita hanya perlu menghafal template di atas. Jika kita dapat menguasai template di atas dengan baik maka mudahlah untuk kita berhadapan dengan wartawan dan siapa saja selepas satu-satu pertandingan berlangsung. Template ini boleh diguna pakai untuk pilihanraya kecil, umum atau pun sewaktu pemilihan parti..Jika digunakan untuk pemilihan parti, kita hanya perlu pinda perkataan ‘rakyat’ atau ‘pengundi’ kepada ‘ahli parti’ dan perkataan ‘parti’ kepada ‘perwakilan parti’ di mana yang sesuai..

Walau bagaimana pun ada juga template yang agak telus …;

1. Kekalahan ini memberi petunjuk bahawa mungkin parti kita sudah tiada daya penarik atau factor ‘wow’….
2. Walau pun menang, kita tidak boleh bersikap takbur dan sombong…..

Tidak perlu kebenaran jurublog, jika ada yang berhasrat untuk menggunakannya…

3 comments:

  1. Tuan, kalau kena pengiraan semula dan lepas tu baru tahu menang kalah, macam mana pula?

    Mesti reaksi berbeza..hehehe

    ReplyDelete
  2. Bro, template tu semua ada dah dalam kepala otak orang UMNO ni ..cuma kena tau biler nak pakai and in what situation nak guna.
    Kalah adalah kalah dan tentunya ada implikasinya ..
    Masaalahnya sekarang ialah kesedaran dan perasaan ingin membaiki apa keadaan yang tersalah. Tapi pemimpin yang ada sekarang, semua guna template.
    Jelas kekalahan PRU12 adalah disebabkan oleh calon2 yang disukai oleh pengundi. tapi kita tetap dengan perangai lama yang ingin meletakkan calon crony Dollah Bodowi yang angkuh dan sombong.

    Taktaulah KK. Banyak betul kerja nak dibuat untuk betulkan kesalahan kita yang lalu.
    Dicadangkan UMNO pergi cari bomoh untuk mandi semah 7 jenis air longkang atau buang suwey kat dukun Cina sebelum maju ke hadapan. Tolak bala dulu bro ..

    ReplyDelete
  3. Kita hanya perlu ada sedikit fikrah Islamik yang memungkinkan kita memikirkan hukum hakam atas apa saja yang hendak dilakukan, umno hari ini langsung tidak mengendahkan sensetiviti seperti yang berlaku di sebuah hotel sanbay di sandakan pada bulan nov yang lalu, depan mata saya orang K..y dn orang m..z menhulurkan envelope di bawah pintu bilik hotel yang di dlmnya terdapat duit dan kad ( minta undi dialah tu..)pada jam 2.00 pagi kebetulan masa tu saya kursus disana pada waktu pemilihan calon ketua pemuda umno malaysia, sblm ni saya cuma dengar cerita tentang politik wang, tp kali ini benar-benar terjadi depan mata. Kemudian saya terdengar seorang pakcik sedang berbual dengan rakannya pada pagi esoknya,"..kan bagus kalau ada ramai calon...".
    Jelas sebenarnya umno hanya suka rakyat yang jahil yang tidak sensitif terhadap hukum agama, ingatlah pada akhir zaman nanti Allah SWT mencabut Ilmu-ilmu agama dengan mematikan para ulama sehingga yang tinggal adalah para juhala' dan akan mengangkat orang jahil juga dikalangan mereka sbg pemimpin, dan akan terjadilah nanti adhllu fa adhollu (sesuatu yang sesat lagi menyesatkan) wallahu a'lam.

    ReplyDelete