Benar sudah telahan ramai. Sama ada ikhlas atau tidak, komen yang diberikan dalam isu PRK KT, realitinya sudah kita ketahui – Calon BN Dato Wan Farid tewas kepada calon PAS. Sebahagian besar ramalan yang diberikan oleh banyak pihak, terbukti tepat.
Kali ini ramai tukang ramal yang ‘menjadi’ ramalannya. Bukan kerana keupayaan meramal yang luar biasa, tapi keadaan yang sedang berlaku semakin hari semakin mudah untuk dibaca dan diketahui jawabannya.
Jurublog tidak pernah buat ramalan yang BN akan kalah. Kita hanya buat sedikit analisa berdasarkan teori pertentangan antara kehendak perwakilan UMNO dan kehendak Rakyat/pengundi dan apa kesannya terhadap masa depan UMNO jika perwakilan UMNO pilih pemimpin ikut suka hati dan bukan ikut suka rakyat.
Sila lihat sini
Jurublog juga tidak sokong debat antara Husam Musa dan KJ di Kota Baharu. Sebabnya ialah bukan tidak akui hudud, tapi cuma jurublog tidak setuju dengan mauduk hudud dijadikan bahan perdebatan dan bahan untuk mengaut keuntungan politik kepartian atau mileage politik individu dalaman parti.
Bila itu mauduknya, maka ke dua-dua pihak tidak akan relevan di sisi agama kerana sebarang perhubungan yang dilakukan di antara hamba dan tuhanNya mestilah disertai dengan keikhlasan. Sebarang perbuatan tanpa keikhlasan sebenar, samalah seperti kita mendarabkan apa juga angka dengan kosong. Jawapannya pasti jadi kosong.
Sila lihat semula
Untuk tujuan ini, perkara dan persoalan di bawah bolehlah difikirkan , kot-kot boleh mencerna jawapan dan ilham lain yang boleh membantu UMNO hidup tanpa bantuan alat pernafasan.
1.Adakah UMNO dan pemimpinnya berani melakukan sesuatu yang membolehkan UMNO seiring dengan kehendak rakyat atau mereka hanya sekadar cari jalan bagaimana rakyat boleh seiring dengan kehendak kepimpinan UMNO?
2. Adakah mereka mahu rakyat menerima UMNO dan pemimpinnya sekali gus tanpa perlu menyelami apa sebenarnya yang dihasratkan oleh rakyat? Bagaimana kalau rakyat mahu menerima UMNO tapi dengan syarat UMNO mesti berani melupuskan pemimpin-pemimpin yang dianggap menjadi batu penghalang kepada penerimaan rakyat terhadap UMNO. Adakah perwakilan UMNO sanggup lakukannya?
3. Sejauh mana pemimpin UMNO boleh bersifat seperti pemimpin UMNO pasca PRU 1969 yang sanggup ketepikan kepentingan diri dengan membawa semula Tun Dr. Ismail ke dalam arus perdana kepimpinan. Keadaan ketika itu amat memerlukan personaliti seperti Tun Dr Ismail.
Walau pun ada sebahagian pemimpin parti yang terpaksa berundur setapak ke belakang, atau pun terkorban kerana kembalinya Tun Dr Ismail ke pangkuan arus perdana, tapi demi maksud kepentingan yang lebih besar untuk parti, agama, bangsa dan tanah air mereka sanggup melakukannya.
4. Apakah pemimpin UMNO hari ini boleh ulangi kehebatan itu? Apa yang jelas mantan PM bukan saja digambarkan seperti Quran buruk, malahan seolah-olah dianggap seperti keris puaka yang perlu dihanyutkan ke sungai atau dibuang ke laut.
5. Kerajaan memandang serious pengaliran keluar tenaga pakar dan profesional, lantas mengumumkan beberapa insentif, sama ada untuk mengekang pengaliran keluar (brain drain) tenaga pakar atau memanggil mereka pulang berkhidmat kepada negara. Kita menyanjung tinggi usaha ini.
6. Kita akan lebih menyanjung tinggi jika terdapat kesedaran di kalangan pemimpin parti dan kerajaan yang berjiwa besar hingga sanggup ketepikan politik peribadi dan sedia mengorbankan diri demi survival parti dan kesejahteraan negara apabila diperlukan berbuat demikian.
Tun Mahathir, Tengku Razaleigh dan beberapa nama lain adalah di antara ‘brain drain’ yang tidak ‘diapekkan’ langsung oleh kepimpinan hari ini, walau pun tidak ada satu bukti yang boleh dijadikan hujah bahawa kepimpinan hari ini lebih hebat dari mereka.
Mungkin boleh disimpulkan bahawa kepimpinan UMNO hari ini memang mahu UMNO pulih dan kembali kuat, tapi mesti mengikut acuan dan ‘faction’ yang mereka susun. Merekalah sebenarnya yang mahukan sokongan bersyarat. Bukannya rakyat….
Hantukkan Permatang Pauh dan KT mungkin belum benar-benar menyakitkan kerana ‘migrain’ yang sedang dihidapi lebih sakit dari hantukkan tersebut. Berapa hantukkan lagi yang diperlukan untuk membuatkan mereka baru nak tengadah?
Bila kepala dah retak-retak kot…
SALAM DATO`,
ReplyDeleteUMNO SEBENARNYA NAK YANG ORANG TAK NAK. PERCAYA ATAU TIDAK...
TENGOK, RENUNG, HAYATI LA SENDIRI, TAK KIRA SOAL APA PUN, PEMIMPIN KA, CALON AP KA, PROJEK MEGA KA, PROJEK JALAN TAR KA,TAK KIRA APA BENDA PUN.....UMNO AKAN PILIH YANG ORANG YAK SUKA... HAIRAN GAK AKU...
CONTOH PALING SENANG:- ORANG TAK SUKA KJ TAPI UMNO BOLEH BAGI DIA LEPAS PENCALONAN DAN DIJANGKA MENANG KP MAC NI...
JADI ORANG TAKUT NAK MASUK UMNO PASAL TAKUT SALAH PILIH MACAM UMNO LAKUKAN SEKARANG...
KALAU KENTUT JANGAN SURUH PI BASUH PUNGKOQ LA.....(APA NI?????) PIKIQ LA SENDIRI....
Yo dogey,,cakap oghang tak nak nonga..! Dah dibawak eh dek MB t'gganu 3 namo..tapi direject er..nak gak lotak an oghang dio,,yo sok sonang nak jadi kroni Monsun Cup er tuh..! Kesudahannyo....tengkaghappp..mampuiihh..Lotih nyawoo den ngonang an paklah n njib ni..! Mada mek amek..Wn farid tu kan baik ngan patrick badawi tu..? sumo oghang tganu tahu bondo tu..! Kenkawan den ngobaan maso plihan ghayo haghi tu mampuih dek duit oghang tgaanu..banyak boto duit w farid tu..eii takut amek den ngonang annyo..! eeii nauzubillah..! Ya allah ya tuhanku,,berilah petunjuk kek saudagho2 aku muslim di malaysia ni..! Berilah taufik dan hidayah kepada semua pemimpin UMNO ni..den sayaaaang amek kek UMNO ni,,arwah abah den maghin susah amek berjuaang..siaaann kek oghang2 terdahulu..! Ontahlah..!
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeletejika dilihat pada senario dan tren semasa, amatlah jelas bahawa penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN bukan satu kelucuan, bahkan ia amat serius, rakyat melihat pemerintahan umno sepanjang merdeka terlalu banyak retorik,prejudis,kroni,perang saraf,pecah amanah,rasuah,skandal,murtad dan lain2 lagi yang membabitkan umno dengan perti lain bahkan sesama ahli umno sendiri, kejayaan mencipta perkara fasad ini telah menjadi darah daging yang takkan mampu dikikis, akhirnya ia akan diwarisi dr satu generasi ke satu generasi akhirnya ia akan jadi apa yang dipanggil SAKA. Lalu kita terpaksa mencari para pengamal perubatan Islam untuk membuang Penyakit SAKA yang dah terlalu lama bersarang. Ustaz akan memujuk dahulu jin atau setan tersebut namun jin dan setan yang degil akhirnya terpaksa dibunuh dengan ayat-ayat tertentu dan kaedah-kaedah tertentu, ini wajib dilakukan bagi saudara yang bertanggungjawab terhadap saudaranya sebelum pesakit meninggal dunia, jika tidak SAKA pesakit akan diturunkan pulak ke geneasi seterusnya, begitulah dengan umno pada hari ini.