Saturday, February 28, 2009

ALLAHUAKBAR : TUANKU TOLONG BANTU...

TIADA APA LAGI YANG TINGGAL. SEMUA HAMPIR MUSNAH. KEPUTUSAN KDN TERLALU DANGKAL DAN TIDAK MASUK AKAL.

SEBAGAI PENGANUT AGAMA ISLAM SAYA BERANGGAPAN KELULUSAN YANG DIBERI TERHADAP PENGGUNAAN NAMA ALLAH ADALAH SIMPANG TERAKHIR UNTUK UMAT ISLAM NEGARA INI MENUJU KEHANCURAN.

TIDAK ADA MAKSUD LAIN PENGANUT KRISTIAN BERIA-IA MAHU MENGGUNAKAN NAMA ALLAH, SELAIN DARI BERHASRAT UNTUK MENYEBARKAN AGAMA MEREKA KEPADA UMAT ISLAM DENGAN CARA MENGELIRUKAN DAN MENYESATKAN UMAT ISLAM SECARA JANGKA PANJANG.

SEBUTLAH ATAS APA ALASAN PUN, NIATNYA SANGAT KOTOR. KITA TIDAK PERLU KELUARKAN APA-APA HUJAH LAGI UNTUK MEMOHON SUPAYA KDN MEMBATALKAN SEMULA KEBENARAN INI.

APA PUN, NIAT MEREKA TELAH TERCAPAI APABILA KDN MEMBENARKAN MEREKA MENGGUNA NAMA ‘ALLAH’ TUHAN UMAT ISLAM.

APA YANG PERLU, KDN WAJIB MEMBATALKAN SEMULA KEBENARAN INI TANPA MEMBERI APA-APA ALASAN KEPADA MEREKA.

TIADA SIAPA YANG BOLEH DISALAHKAN MELAINKAN KERAJAAN YANG LEMAH DAN BERTOLAK ANSUR YANG BUKAN PADA TEMPATNYA.

INI BUKAN KESILAPAN. INI ADALAH KELEMAHAN DAN KEJAHILAN MURAQAD PIHAK KERAJAAN.

ADALAH MENJADI KEWAJIBAN UMAT ISLAM UNTUK TIDAK BERTOLAK ANSUR DALAM PERKARA INI.

INI KERJA YANG MENJAHANAMKAN UMAT MELAYU DAN UMAT ISLAM.

KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA MELAYU, KAMI HAMBA RAKYAT MEMOHON SEMBAH AGAR BERBUATLAH SESUATU DAN CAMPURTANGANLAH DALAM HAL YANG MEMBABITKAN AGAMA ISLAM YANG SEMEMANGNYA PADUKA RAJA MEMPUNYAI KUASA. KERAJAAN YANG MEMERINTAH DI DALAM NEGARA TUANKU PADUKA RAJA SUDAH GAGAL MEMELIHARA KESUCIAN DAN MARUAH AGAMA YANG KE BAWAH DULI TUANKU AMANAHKAN.

KERAJAAN TUANKU TELAH MEMBUAT KESILAPAN YANG PALING BESAR….

4 comments:

  1. Salam sahabat! Aku tak terkejut sedikitpun KDN membuat keputusan begitu kerana ini arahan KJ yang menggunakan Pak Lah sebagai proksi, dimana dia nak tengok reaksi orang islam melayu di Malaysia. KJ nak mengembalikan sokongan rakyat kepada Pak Lah, aku pasti nie semua kerja-kerja KJ. Dia berkuasa nak menyekat atau meluluskan apa-apa undang-undang pun. Percayalah dan jangan melatah sangat. Ini adalah mainan tangan belakang dimana umumnya rakyat melayu amat memahami siapa tangan-tangan ghaib di belakang kerajaan Malaysia sekarang. Tak lain si KJ dan kamcengnya Anwar Ibrahim. Jangan cepat salahkan Syed Hamid dan Dato' Najib. Mereka tak berkuasa selagi DS Najib tak ambilalih jawatan PM. Salam "berani berubah".

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan pendapat tuan, apakah ini tahap pemikiran pemimpin yang mengaku dirinya Melayu & Islam. Saya amat kesal, bab politik saya boleh terima permainan politik, tapi jangan main-main dengan Agama, sumpahan sampai hari kiamat tertanggung olehnya nanti, ingatlah kalau diri kita mengaku Islam tak mahu menjaga Islam, siapa yang kita nak harap dan suruh jaga Agama kita(ISLAM). Tugas orang kafir nak musnahkan Islam, itu tak salah, memang itu kerja mereka. Tapi kerja "KITA" yang nak ikut-ikut mereka tu apa hal, apa case. Pandai jangan terlebih pandai, Bodoh jangan menyusahkan orang.

    ReplyDelete
  3. anakpakcu,
    Alhamdullilah, masih ada yg tidak tertipu dan terkeliru.
    Sama-sama kita berusaha agar KJ bersara bersama PM (Pak Mertua).
    Pada KJ cukuplah kekayaan yg telah diperolihi jgn pulak masa depan bangsa nak dimusnahkan.
    Agenda KJ dan Al Juburi memang telah lama wujud.


    Anak Pak Long

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua saudara saudara seperjuangan.
    mohon ambil ayat anak pak long dan sokong bersama sama kita usaha KJ bersara semasa setempat sesaat dengan Bapa mertua.
    arjuna waspada dari changkat lobak.

    ReplyDelete