Wednesday, February 4, 2009

KERAJAAN NS STABIL..TAK MUNGKIN ADA LOMPAT

Tidak mungkin berlaku pertukaran kerajaan di Negeri Sembilan. Mustahil ada di kalangan adun UMNO yang akan melompat ke seberang. Bila Adun UMNO tak lompat, tak mungkin adun MCA akan lompat sorang-sorang. Itu namanya ‘suntuk akal’.

Adun-adun yang ada, semua tidak akan berani angkat muka dengan MB. Mana-mana adun yang berani angkat muka semua sudah dipencen awal jadi wakil rakyat. Dalam PRU 12 hari tu, bukan saja adun yang berani angkat muka telah dipencenkan, malahan adun yang angguk tapi tak mengikut ‘spesifikasi angguk’ sebagaimana yang dikehendaki (seperti anggukan yang dibuat oleh Jamlus dan Yati) juga turut dipencenkan.

Macam tu punya ketat kriteria pemilihan calon telah dibuat. Jadi mana mungkin ada yang berani nak lompat ‘tak ketawan’ macam tu.

Dalam bab yang khusus ni, kita tabik Ketua Perhubungan….

Ketua Perhubungan lain-lain negeri patut belajar dari Ketua Perhubungan Negeri Sembilan bagaimana untuk mencari calon wakil rakyat yang tidak mungkin lompat.

Sifirnya mudah saja. Kalau nak cari calon yang tak mungkin lompat, orang itu, yang pertamanya mesti mempunyai ciri-ciri yang tak mungkin lompat sokong pemimpin lain dalam parti. Calon tersebut juga mesti bersedia menunggu arahan untuk bertanding dalam pemilihan bahagian dan mengambil tempat mana-mana pemimpin bahagian yang ‘berlaga angin’ dengan Ketua Perhubungan. Tapi calon tersebut mesti tanggung risiko sendiri kalau kalah bertanding. Calon tersebut mesti sedia bantu Ketua Perhubungan ‘cuci tangan’ dan mesti kata Ketua Perhubungan ‘tak campur’ sebab nanti kalau orang tau tak elok. Jatuh imej parti (bukan imej MB).

Niatnya pulak, ‘ Sahaja aku masuk UMNO dan jadi calon UMNO, fardu atas ku sepanjang penggal ini kerana Ketua Perhubungan’.

Dalam niat ini, ada sedikit kelonggaran. Dengan menyebut ‘penggal ini’ bermakna jika penggal depan Ketua Perhubungan tak jadi MB lagi, maka bolehlah wakil-wakil rakyat ini cepat-cepat tukar kem dan tinggalkan dia terkonteng sorang-sorang. Wakil-wakil rakyat masa tu bolehlah cepat-cepat nyatakan sokongan tak berbelah bagi kepada MB baru.

Dengan kaedah ini, wakil-wakil rakyat boleh sambung lagi hayat politik mereka.

Jadi, tuduhan mengatakan MB terlampau ‘strict’, hanya mengairkan batas yang berada dalam ‘jonjang’ dia saja, membiarkan batas dan 'jonjang' orang lain kering kontang, hanya pentingkan diri dan keluarga hingga ketua kampong pun terpaksa dilantik di kalangan wanita yang ada hubungan keluarga dengan dia, sebonar eh tak botul. Itu semua fitnah.

Sebonar eh, kalau disemak betul-betul niat jadi YB tu, ada juga timbang rasa MB. Kalau taada timbang rasa, takkanlah dia bagi kelonggaran kepada wakil-wakil rakyat yang ada untuk lari lintang pukang meninggalkan beliau, jika dia dah tak jadi MB lagi.

Kesimpulannya, orang luar, blogger atau orang dalam yang dengki dan cemburu dengan kejayaan MB mentadbir Negeri Sembilan janganlah buat cerita dongeng mengatakan kerajaan Negori dah lemah atau tak stabil.

Jika diadakan pilihanraya negeri sekarang pun Mohamad Hasan mampu menawan semula kerusi yang sudah hilang semasa di bawah penjagaannya.

Dia ada kelebihan tersendiri yang tidak ada pada MB-MB sebelumnya……………

……… Selagi Mohamad Hasan diapit rapat oleh kanda Dato Azman dan dinda Dato Ghani, janganlah nak cuba, try atau test kepimpinan Mohamad Hasan. Kestabilan akan terus terjaga…Umno Negori akan terus menempa populariti sekurang-kurangnya melalui acara baling kerusi dalam mesyuarat bahagian.

Maaf kerana terlanjur bahasa. Sajo nak tengok. Boto ko orang cakap MB tu paneh baran orang eh….

Kalau betul, YB-YB jangan cakap apo-apo . Mengaku dalam hati sudahlah….Nanti susah pulak.

3 comments:

  1. "King of the Cronies", gelaran yang terbaik untuk dio. Bolom ponah donga Ketua Kampung terdiri dari kaum wanita kalau botolah bondo ni...

    Takpo, mengangkek mertabat wanita boleh jadi contoh pada MB negeri lain.

    ReplyDelete
  2. Hek hek hek! Hampeh betui. Ado ko macam tu ketuo kampung wanita? ado ko?

    ReplyDelete
  3. selagi dato firdaus menjadi setpol tokmat..insyaallah..kestabilan politik di negeri sembilan akan terjamin..beliau lebih terbuka dan mudah didekati berbanding abang mb..ade siape setuju???




    -orangchombong-

    ReplyDelete