Tuesday, March 31, 2009

KETUA PEMUDA BARU DI KUARANTIN...?

Akhirnya Naib Ketua Pemuda yang baru juga yang terpaksa menjadi Pengarah Pilihanraya Pemuda BN.

Apa pun alasan yang diberi, sepatutnya Ketua Pemudalah yang sepatutnya mengetuai kempen PRK peringkat pemuda BN. Apatah lagi Ketua Pemuda, baru saja mendapat mandat untuk memimpin. Sepatutnya aura sebagai ketua pemuda yang baru dipilih harus digunakan sepenuhnya untuk memberi impak yang baik kepada pengundi khususnya golongan muda.

Tapi kenapa pulak YB Razali selaku NKP yang diberikan tanggungjawab ini? Kalau Ketua Pemuda tu seorang menteri macam Dato Hisham mungkin ada logiknya NKP yang memimpin kerana kesibukannya sebagai menteri pusat atau mungkin untuk mengelak dari tuduhan menggunakan kelebihan Kementerian untuk berkempen.

Sekarang dia baru seminggu pegang jawatan dan mana ada apa-apa tugas lagi. Patutnya ambillah tanggungjawab menjadi Pengarah PRK pemuda BN ni…

Jurublog ulang kali cakap, apa guna meletakkan seseorang itu menjadi Ketua Pemuda tapi akhirnya bila setiap kali PRK atau PRU, Ketua Pemuda ini terpaksa di ‘kuarantin’ kerana takut jangkitan penyakit ‘liabiliti’ akan merebak di kalangan pengundi.

Sekarang jelas, secara diam-diam semua pemimpin dan perwakilan yang bertanggungjawab meletakkan pemimpin ‘baggage’ di tempat itu mengakui bahawa memang ketua pemuda baru ini seorang pengidap virus ‘liabiliti’. Mereka mengakui bahawa jika tidak di ‘kuarantin’, pembawa virus liabiliti ini akan menjadi pembawa musibah besar kepada BN.

Nasib pemudalah…tiada beban batu digalas. Ada jalan mudah cari jalan susah….

22 comments:

  1. Bagitulah nasib KJ...

    Dok kat opis je le.. KJ

    Nanti orang kampung nampak muka KJ...
    Depa terus menyumpah.
    Depa pun meluat tengok muka hang..

    Sila haribulan, Calon BN kemungkinan akan menang, terus jadi katak panggang..gara-gara KJ menyalak rata kampung.

    Nasib seorang perasuah..
    Agama melarang...
    Orang kampung pun naik berang...

    ADAM AMIN
    Kg Jerlun, Kedah

    ReplyDelete
  2. padan muka kaki rasuah tu. tak malu. nak menang bagi duit. yg 304 tu plak haram jadah makan duit. patut pun razali yg jd pengarah pilihanraya... kj patut dok kat jamban je. mangkuk punya budak. org benci tengok muka dia...

    ahli umno titiwangsa

    ReplyDelete
  3. KJ cerdik dia tahu BN akan kalah teruk kat Bukit Gantang...tu pasal hantar timbalan


    kalau jamin menang, KJ mesti kena junjung kedepan...tu dinamakan cerdik

    yang tak cerdik macam hangpa masih melalak...


    just ban yourself from oral sex. hargai doa dari bibir merah isteri anda.

    ReplyDelete
  4. rata rata pemuda di bukit selambau tunggu KP tapi tak nampak batang hidung pun. Umno sendiri yang kurung KJ. kerana semua orang tahu liabiliti tu. Pemuda di bukit selambau yang tengah semangat buat kerja dek kerana " tun + pak lah + najib + muhidin " angkat tangan akan mati pucuk kalau KP hadir sama.
    ini lah nasib UMNO bila KP membawa busuk yang tak mungkin boleh ditutup daun sehelai.
    Rata-rata poster PKR berbunyi "AWAS.. PERASUAH SUDAH SAMPAI". Sayugia isu rasuah ini yang dimainkan oleh pembangkan.
    Rakyat akan menolak UMNO BN kerana KJ menjadi KP UMNO. Rakyat akan tunggu dan lihat apakah tindakan UMNO seterusnya.
    Ada diantara pemerhati dan OKU (orang kuat UMNO), OAP (orang atas pagar) berharap pemuda UMNO cawangan dan bahagian membuat USUL MENOLAK KJ dari menjadi KP.
    Sebenarnya UMNO amatlah rugi bila ada ahli yang keluar parti atau yang beku semasa PRU12 masih berat untuk "KEMBALI".
    Apakah kita harus bermula semula??? Bampai bila KP akan di "BEKU" perkhidmatan beliau??? Sampai bilakah PEMUDA DI CAWANGAN akan menanggung biawak hidup ini??? Apakah Pemuda UMNO cawanagn akan beku selepas ini???
    Namun kita percaya UMNO tidak akan mengkhianati perjuangan cuma 304 perwakilan yang mengkianati ahli UMNO seantero MALAYA ini...

    ReplyDelete
  5. Rasuah? Ada ke? Ada bukti ke? Kalau ada tentu SPRM dah cekup...SPRM kan cekap...depa kata lahhh.

    ReplyDelete
  6. KNKB

    Kah,kah,kah,....padan muka KJ tak tahu malu.....dan siBODOH PEWAKILAN 304 itu....

    sama-sama kita rakyat tunggu kesudahannya!!!

    ReplyDelete
  7. najib dok tunggu dollah blah dulu..tau la dia nak buat apa dengan si beruk itam tu..tungguuu

    ReplyDelete
  8. Saudara Setulangdaing,

    Memanglah ada bukti...nak tahu??...tanya sebahagian daripada si puteri UMNO yang ada di dewan malam itu dan CCTV (SPY) di Sri Perdana dan Hotel Corus dan lain-lain bukti....apa macam ??? ada nak nafi???

    tunggulah,the truth will prevail!!!

    ReplyDelete
  9. Salam Saudara Kamal,

    Saya mintak izin pinjam tajuk artikel Tuan sebagai bahan dalam penulisan saya.

    Sekian harap maklum.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  10. Salam,

    KJ apa la lebih nya ko ni.. Jaguh kampong menyalak hebat. Menang mengundi disebabkan merasuah.. Hailah.. Memang tak tau malu betul ko tuan..

    Tak payahlah.. Memang pandai bercakap.. Nak takluk kelantan, kelantan hilang. Nak takluk parlimen rembau.. Pengundi rembau tak suka.. Apa punya muka lah.. Buat malu parti je..

    Memang pandai berpidato.. Tapi tak ke mana.. Org da meluat tengok perangai dan kelakuan.. Mcm citer anakku sazali..
    Dimanja disayang.. Tapi nyusahkan orang.. Muka pun tak ada karisma pemimpin.. Muka tembok ada la..
    Da la keja merasuah.. Datang dr mana la duitnya tu..

    Saba je lah org malaysia..

    304 perwakilan pemusnah bangsa.. Menda lah..

    ReplyDelete
  11. sebiji laptop n rm3k...ape la nk jadi..mmg mane2 PRK pon muke si mamat nie xprnk ade,nk2 tmpt yg dh confirm kalah..aku rase aritu ramai yg tak undi dier,tapi menang gak..siap ade yg menangis dgr nama dier diumum menang jwtn ketua pemuda...dier punye naib pon muke sedih jek,terpakse jd naib kepada ketua yg mcm monyet,lagi pon naib ngan ketua lain kandur...

    selagi deligasi paklah ade dlm UMNO selagi itu jgn la BN ditolak oleh semua...

    ReplyDelete
  12. Salam...

    Beginilah nasib bila seorang ketua yang tidak mendapat pengiktirafan sepenuhnya. Eloklah KJ fikir semula kedudukannya demi survival Pemuda UMNO. Jangan korbankan maruah Pemuda demi kepentingan peribadi.

    Apa yang terjadi kepada Pemuda di PWTC tempohari cukup memalukan. Ambillah iktibar tentang apa yang berlaku. Kalau Pemuda benar-benar mahu berubah tolaklah sebarang unsur rasuah dalam semua peringkat, semoga imej dan persepsi rakyat dapat dipulihkan sebelum PRU ke-13 nanti.

    ReplyDelete
  13. taktaula nak kata.. tuah KJ dapat ketua pemuda. kata nak bersihkan UMNO, nak bagi orang percaya. kalu orang terlibat politik wang boleh lagi jadi pemimpin, pembangkang akan main isu. isunya tak bermoral. pembangkang mulut sial sikit. orang yang percaya pun tak tau pikir mana betul salah. benda tak betul pembangkang boleh buat sampai rakyat benci. ini benda betul lagi la... alih2b orang UMNO balik yang kena..

    ReplyDelete
  14. KJ > Dari Pak Lah dia datang, kepada Pak Lah dia kembali...

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. khairy banyak menyusahkan umno sehingga menjadi mangsa libasan pembangkang... KJ menganggap dengan apa yg diucapkkan melalui pidato, ceramah atau debatnya boleh meyakinkan masyarakat utk melupakan sejarah bertapa untungnya KJ mengaut keuntungan hanya berbekalkan kuasa sebagai anak menantu kepada PM.

    Tidak ada siapa yang bergembira dengan kemenangan KJ sbg KP umno melainkan hanya mereka yang mendapat habuan daripada pemberian rasuahnya yg dijatuhi oleh lembaga disiplin dan tatatertib UMNO.

    spt kata Tan Sri Sanusi Junid "jika manusia yang berakal waras dan sayangkan umno, apabila dijatuhi dan didapati bersalah merasuah, sudah pasti mengambil langkah utk meletakkan jawatan"


    sekarang yg menjadi kemusykilan, mengapa Anwar Ibrahim dan koncu-koncu atau budak-budak upahannya tidak membuat laporan polis ataupun SPRM supaya menyiasat Khairy dalam salah laku merasuah..

    kebiasannya jika timbul isu sebegini/rasuah dlm umno mereka lah yang paling sibuk menjaga tepi kain orang lain...mereka juga yg tidak sabar2 menghantar gerombolan untuk berdemonstrasi tidak kira tempat...
    Adakah mungkin KJ ada hubungan belakang tabir dengan Pak auta ini?

    jika KJ benar2 sayangkan umno, kita rayu supaya secara terhormat utk dia meletakkan jawatan... tidak guna cakap soal institusi jika diketuai oleh kepala rasuah...

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Sempat ke KJ nak memebersihkan namanya semntara Biro Disiplin Parti menyiasat dan sekiranya KJ didapati bersalah.. Mampukah dia melepaskan jawatan yg diperolehinya itu dengan merasuah seperti yang berlaku ke atas Tan Sri Dato' Mohd Isa b Dato' Abd Samad 1 ketika dahulu.

    Malangnya nasib KJ seumpama Luncai dengan labunya.. Hai KJ, masih awal lagi anda meletakkan jawatan dengan segala hormatnya sebelum anda digulingkan.. Squad 304 pun lum tentu dpt membantu melainkan dihulur dgn duit..

    Peringatan utk KJ,
    Let's 'Berani Berubah'

    Setiakawan dgn wang = adalah hukuman yang sangat zalim dalam memperkasakan ketuanan Melayu.

    Makluman blogger..

    'Putera Harapan Bangsa'

    ReplyDelete
  18. Betullah kata orang, Umno lemah oleh org dalam bukan PR...cth yg belasah pemimpin umno ialah orang yg x dapat menerima kekalahan! Cakap berani berubah...nampak mcm takut!

    ReplyDelete
  19. Berbekalkan semangat setiakawan, saya yakin UMNO akan mencapai kemenangan.

    ReplyDelete
  20. Ustaz... kita bukan tak dapat terima kekalahan...tapi kita tak dapat terima bila orang yang didapati bersalah di angkat jadi ketua.

    tak guna kalau masuk umno tak berani belasah pemimpin sendiri. kita perlu bersuara untuk memperbetulkan parti, tapi mungkin cara kita tak sama. Lebih baik kita keluar UMNO dan hamtam UMNO sekiranya pemimpin UMNO tak boleh di tegur kerana pemimpin UMNO berada di tahap ekslusif.

    kita tak salah kan KJ tp kita hairan 304 perwakilan yang menolak kehendak akar umbi. banyak perwakilan menipu akar umbi semasa pemilihan di peringkat bahagian. janji mereka kepada akar umbi untuk menang di bahagian masing2 adalah memenangkan aspirasi akar umbi ini.

    oleh kerana "setiakawan" perwakilan menolak kehendak pemuda akar umbi yang "setiaparti".
    seperti yang kita semua maklum UMNO hangit tak kan berubah hati walaupun sapa yang jadi ketua tapi yang "pergi" tak akan "kembali".
    Ramai kawan-kawan kita yang menyokong pembangkang semasa PRU 12ingin "kembali" sekiranya aspirasi akar umbi ini menang KP. Hari ini semangat mereka "cool" dan keciwa kerana Perwakilan lebih "setiakawan" dan tak sanggup berubah dan menerima kehendak rakyat.
    "Allah tidak akan merubah nasib sesuatau kaum itu, kecuali mereka yang merubah nasib mereka sendiri"-wallahhuaklam

    ReplyDelete
  21. kj be gentleman mat...org umno dh menyampah! Yg mati2 menyokong semua tu disogok,sumbat,hulur,suap, dan segala mcm RASUAH yg haramkan daging pengikut2 x sygkan institusi dan bangsa....pi lah letak jwtn kj...jgnlah rosakkan umno yg perlukan pemulihan..

    ReplyDelete
  22. Saya yakin Najib akan berbuat sesuatu.

    ReplyDelete