Saturday, February 13, 2010

AUSTRALIA DESAK KERAJAAN CAMPUR HAL MAHKAMAH

Pening…! Itu kesimpulan yang dibuat oleh Ahli Parlimen PKR Nibong Tebal bila ditanya pendiriannya selepas DS Zahrain umum keluar PKR.

Bukan dia saja pening. Ramai lagi yang pening terutama rakyat marhaen yang tak pasal-pasal turut terlibat sama memikirkan segala isu yang dengan sengaja sedang dikumandangkan ke udara.

Antara isu-isu yang menyumbang kepada kepeningan ini, antaranya, Kes sodomi II Syeikhul Anwar Qubul Al Dubul. Pening kerana rakyat baru didedahkan dengan silibus-silibus perundangan yang mendalam. Rakyat pening, rupa-rupanya proses mahkamah terlalu banyak ruang teknikal yang boleh dimanipulasi.

Siapa yang kalah akan ada pulak peluang merayu beberapa kali sampai mahkamah persekutuan.
Rakyat pun baru didedahkan, rupa-rupanya hakim pun boleh kena buang. Kes yang sudah dibawa untuk pendakwaan pun rupanya boleh dan ada ruang untuk dibuang kes.

Semasa perbicaraan pun pihak pembela atau pendakwa rupa-rupanya boleh mohon perbicaraan tertutup.

Surat khabar pun rupa-rupanya tak boleh tak tentu fasal lapor. Silap-silap boleh dituduh hina mahkamah.

Perkara-perkara teknikal sebegini selama ini hanya diketahui oleh mereka yang ada asas undang-undang dan mereka yang ada pengetahuan sikit-sikit, tapi sekarang, silap-silap anak-anak kita yang baru mula bersekolah pun pandai sebut fasal undang-undang.

Anak-anak kecil pun ada yang komplen, “Apa orang dalam TV tu suka sangat hina orang, tak baik kan bah?” Kenapa labi-labi tu kena tangkap bah…? Si bapak pun tak dapat nak jawab, sebab dia pun tak tau apa itu alibi..

Mungkin satu hari nanti Malaysia akan menjadi pengeluar lulusan undang-undang yang paling ramai di dunia. Maklumlah, hari-hari rakyat dijamu siang malam dengan proses perundangan. Hari-hari ada saja terminologi dan perkataan-perkataan baru yang diajarkan oleh pakar undang-undang kepada rakyat jelata.

Rakyat Malaysia harus berterimakasih kepada Anwar Ibrahim kerana disebabkan kelakuan dialah, maka hari ini majoriti rakyat sudah beransur-ansur memahami tentang selok-belok perundangan.

Sudah berjuta tertuduh dibawa ke mahkamah sejak mahkamah wujud di negara ini, tapi tidak mampu untuk mendidik rakyat tentang soal-soal perundangan. Tapi Anwar, baru 2 kali dihadapkan ke mahkamah sudah mampu mendidik majoriti rakyat pelbagai lapisan, untuk sekurang-kurangnya tahu soal asas perjalanan proses sesebuah mahkamah, kalaupun tidak mencapai tahap mahir undang-undang.

Kata pepatah, ‘undang-undang mahir, bicara kalah’.

Kata pepatah yang sudah ratusan tahun diguna pakai di alam minang ni nampak semakin relevan hari ini.

Relevan, kerana begitu ramai pakar-pakar yang cuba memberi khidmat guaman kepada Anwar sama ada secara sukarela mahu pun berbayar, tapi akhirnya mereka bekerja siang malam bukan untuk mempersiapkan hujah-hujah bagi mematahkan hujah pasukan pendakwa, sebaliknya mereka berusaha mencari jalan supaya kes yang sedang berjalan dapat sekurang-kurangnya dilengah-lengahkan, kalau pun tidak berjaya dibuang kes.

Kanak-kanak yang malas ke sekolah pun tidak akan cakap dia malas nak pergi sekolah sebab tak siap ‘homework’. Dia akan cari alasan lain seperti demam atau selsema untuk memujuk supaya ibu bapa membenarkan dia ponteng.

Budak pun tak mahu mengaku kelemahan atau kesilapan sebenar yang dilakukannya. Apa lagilah orang macam Anwar. Apatah lagi dia dikelilingi oleh seluruh pakar undang-undang.

Dari riak dan kerenah yang tak henti-henti dilakukannya bagi menggagalkan perbicaraan berlangsung dengan lancar, sudah boleh ‘dibaca’ bahawa Anwar takut untuk berhadapan secara gentleman di mahkamah. Dia hanya bergantung harap kepada soal-soal teknikal untuk membolehkan dia terlepas dari dibicarakan di mahkamah terbuka.

Bukan saja memperalatkan soal-soal teknikal untuk melepaskan diri, tapi tekanan luar juga sedang digunapakai bagi menekan pihak kerajaan supaya menarik balik tuduhan yang dihadapinya.

Riuh rendah dia dan para penyokong buta hatinya menuduh kerajaan berkonspirasi dan berusaha mempengaruhi mahkamah supaya dia di jail. . Tapi dalam masa yang sama dia berkonspirasi dengan pihak luar untuk menekan kerajaan supaya campur tangan dan menggugurkan kes yang sedang berjalan.

Lepas Australia dapat diperkudakan untuk memperjuangkan nasibnya, akan ada lagi negara yang akan mengikut jejak langkah Australia.

Rangkaian internasional ala al-qaeda sedang digerakkan untuk meletupkan bom fitnah di sana sini bagi mensabotaj dan memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia.

Kalau semua tertuduh dan pesalah yang dibicarakan atas pelbagai kesalahan, berkelakuan macam Syeikh Anwar Qubul Al Dubul, dah lama kerajaan negara ini jadi kerajaan padang jarak padang terkukur..

Nasib baik Anwar sorang je yang paranoid..

1 comment:

  1. Bila pakatan memerintah nanti semua hakim akan terdiri dari rakyat Australia sebab hakim malaysia semuanya tak betul...jika masih lagi menngunakan hakim malaysia pakatan juga tak betul...

    ReplyDelete