Sunday, February 7, 2010

RAKYAT SUDAH BOLEH KETAWAKAN PR

Kusut masai. Itulah gambaran yang sedang menyelubungi Pakatan Rakyat.

Dari soal sesama pakatan hinggalah kepada soal masalah dalaman parti masing-masing. Semua ini adalah angkara kerana terlalu banyak menepuk air di dalam dulang sehingga lemas terpercik ke muka sendiri.

Baru tuhan bagi secebis kekuasaan sudah kusut masai. “Tak ketawan” apa yang nak dibuat. Kalau bagi dia orang perintah 1 Malaysia, mungkin badan pun tak terurus kot.
Baru 2 bulan Anwar umum untuk membentuk Pakatan Rakyat secara rasmi dan berdaftar seperti BN. Patutnya Anwar dan lain-lain pasangan dalam Pakatan Rakyat sibuk membuat persiapan ke arah menzahirkan pembentukan PR, tapi sekarang sudah sibuk pulak turun naik mahkamah.

Di atas kertas perancangan cukup cantik, tapi apa yang berlaku sesama sendiri sudah isytihar perang. Di Penang sekian masalah. Di Selangor sekian masalah. Siang malam berhempas pulas hanya sibuk mengekang isu dalaman tanpa kesudahan. Jalan penyelesaian tak nampak lagi. Soal rancangan pembangunan dan kebajikan rakyat tak usah cakaplah. Jauh panggang dari api.

Kata dalam UMNO taada demokrasi. Tak boleh kritik kepimpinan secara terbuka, tapi akhirnya seorang lepas seorang pemimpin mereka sedang dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti kerana mengkritik tidak mengikut saluran parti.

Kata UMNO dah tak tau mentadbir dan tak endah lagi tentang masalah rakyat, tapi beribu rakyat Penang turun padang kerana tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri yang membelakangi keperluan rakyat. Dulu kalau ada saja mana-mana gerai haram diroboh oleh majlis perbandaran, merekalah yang paling awal datang untuk membela nasib penjaja. Menunjuk juara.

Dulu kalau ada saja kelalaian kerajaan dalam memahami sensitiviti rakyat, merekalah yang sepantas kilat mengisi ruang sebagai pihak yang prihatin. Tapi hari ini YBK yang secara jelas memperjuangkan nasib golongan terpinggir telah ditekan sehingga tahap maksimum. Mereka tidak dapat lagi membezakan yang mana satu kepentingan rakyat dan mana satu kepentingan politik. Jika kepentingan politik terjejas, mereka lebih sanggup gadaikan kepentingan rakyat.

Tidak ada rasa malu mereka kepada rakyat Selangor. Gara-gara dendam politik, hari ini UiTM untuk rakyat Selangor telah terlepas ke negeri Melaka. Pembangunan hiliran yang sepatutnya melimpah untuk rakyat di Hulu Selangor, kini telah terlepas kepada orang Melaka.
Kesamarataan entah ke mana. Liberalisasi pun tak nampak hidung. Slogan ketuanan rakyat pun sudah tidak kedengaran lagi.

Rupa-rupanya segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan kepada UMNO/BN dulu, sekarang semua sudah terpercik ke muka sendiri.

Rakyat nak tambah lagi ke mandat kepada Pakatan kusut masai ini dalam PRU13 nanti? Kalau rasa tak cukup 5 negeri yang sudah diberi kepada mereka, tambahlah lagi. Bagilah Pahang, N.Sembilan, Melaka dan Terengganu pulak pada mereka. Tinggalkan Johor je satu.

Kalau betul-betul berani nak berjudi nasib, bagilah kerajaan pusat sekali pada Pakatan Rakyat…

Kadang-kadang golongan rakyat taksub buta tuli kena buat macam tu, sebab kepandaian mereka ni jenis pandai yang tak boleh diikut. Jenis bodohnya pulak tak dapat nak diajar.

1 comment:

  1. Salam Man,

    Jgn guno 'Pakatan Rakyat' dalam blog kau, nanti gah bona bunyi ea. Guno 'Pakatan Haram' nak sopan sikit guno yo 'Pakatan Pembangkang'

    Kritik mmg sonang, tokatup bibir atas dgn bibir bawah dah solosai. Tapi bilo dah dapek kuaso baru tau..macam boruk dapek bungo. Tak ado kojo caghi kojo, dah ado kojo tocongcang-congcang.

    Jokiden, NSDK

    ReplyDelete