Blog Anwar jelas menghina mahkamah tapi Utusan pulak yang cuba diseret dengan tuduhan menghina mahkamah. Blog Anwar seolah-olah telah dilantik bertindak sebagai pasukan pembela yang berhujah di luar mahkamah mengikut versi sendiri.
Tindakan ini bolehlah digambarkan sebagai mahkamah yang berjuang di atas prinsip, “bila kena ke mata dipicingkan, bila kena ke perut dikempiskan”.
Maksudnya jelas, iaitu bertujuan mempengaruhi persepsi rakyat agar jangan mempercayai mahkamah dan dalam masa yang sama cuba memaksa pemikiran rakyat agar menyebelahi versi hujah mereka.
Lagak tertuduh semakin hari semakin jelas. Dia sudah nekad. ‘Go for broke’. Ibarat orang hanyut di sungai. Apa yang lalu depan mata semua disambar demi menyelamatkan diri. Buah kelapa hanyut pun cuba dijadikan pelampung. Bangkai 'kambing kembung' hanyut pun cuba dijadikan rakit.
Semua ini dilakukan kerana dia tahu, dia akan mati lemas akibat dari kegagalan mengawal nafsu dengan bertindak terjun tikam di ‘off shore’ luar tabie.
Kapal Sink yang datang menghulurkan pertolongan pun dia sambar. Sedar atau tidak, mungkin Kapal Sink yang diharapkan dapat menyelamatkannya inilah yang bakal menenggelamkan terus Anwar di dasar Sungai Buluh.
Pendekatan menyelamat yang digunakan oleh Kapal Sink mungkin akan menyebabkan para hakim menjadi semakin sakit hati dengan pasukan penyelamat.
Kalau saya jadi hakim, sudah pasti saya akan bertindak mengumpul segala hujah-hujah yang boleh menyebabkan tertuduh akan dijatuh hukum sebagai bersalah.
Sebabnya… mahu tak sakit hati? Hari-hari kerja mereka cari jalan bagaimana untuk menjejaskan kredibiliti kita sebagai hakim. Dia tak tahu ke kita hakim ada kuasa dan pertimbangan tersendiri berasaskan hujah-hujah yang dikeluarkan di dalam kamar?
Hakim pun manusia. Undang-undang pun ciptaan manusia. Kalau pasukan pembela rasa dia bijak sangat dalam memasang pelbagai perangkap untuk memerangkap musuh, Hakim pun ada kaedah tersendiri untuk memerangkap pesalah jika dia mahu.
Kalau hati dah ‘modam’, macam-macam lagi kesilapan bodoh akan terus dilakukan samada oleh tertuduh mahu pun pasukan pembela…
Kita tengok lagi aksi seterusnya…
sakit tikim dari belakang.....kaki terjerumus dek api dalam sekam...
ReplyDeletemungkin taktik DSAI, kononnya pihak pendakwa akan mengadu blog mereka tu melakukan contemp of court, sebaliknya pihak pendakwa x termakan umpan mereka. Terpaksa la mereka sendiri yang buat aduan contemp of court, alaaa dah boleh baca
ReplyDelete