Saturday, May 1, 2010

ALLAH HAI...PAKLAH..PAKLAH

Sabda Tun Paklah;

Katanya, melalui perjanjian itu, kedua-dua negara bersetuju untuk menetapkan sempadan maritim yang akhir dan tetap di kawasan itu selain perjanjian berhubung sempadan darat.

"Perjanjian ini adalah bagi menyelesaikan tuntutan bertindih tertentu yang wujud sejak sekian lama termasuk kawasan blok konsesi yang sebelum ini dikenali sebagai Blok L dan Blok M.

"Hak kedaulatan bagi sumber di kawasan ini kini menjadi kepunyaan Brunei. Bagaimanapun, bagi kawasan ini, perjanjian akan membenarkan Malaysia menyertai aktiviti komersial iaitu membangunkan sumber minyak dan gas di kawasan itu bagi tempoh selama 40 tahun," katanya.

Abdullah Ahmad Badawi juga berkata, beliau telah menandatangani perjanjian dengan Brunei pada Mac tahun lepas itu selepas ia diluluskan Kabinet Malaysia sebulan sebelum itu.

Beberapa persoalan boleh dibangkitkan dari kenyataan ini. Antaranya;

1. Ke dua-dua pihak bersetuju menetapkan sempadan maritim antara ke dua negara. Ini bermaksud pada peringkat tersebut, yang baru dipersetujui hanyalah proses menetapkan sempadan baru bagi ke dua-dua negara. Jadi kenapa Malaysia awal-awal lagi sudah bersetuju untuk menyerahkan hak kedaulatan blok L & M kepada Brunei? Bukankah pertukaran surat perjanjian tersebut mempersetujui bahawa kawasan pertindihan akan diukur semula?

2. Malaysia dibenarkan menyertai aktiviti komersial selama 40 tahun berkaitan pembangunan sumber minyak di kawasan terbabit. Syarat ini menunjukkan bahawa wujud kesedaran di pihak Malaysia untuk menuntut serba sedikit hasil dari persetujuan penyerahan kedaulatan blok L&M kepada Brunei. Dalam perancangan ini, adakah memang sejak dari awal lagi pihak Petronas yang diberi hak untuk menyertai aktiviti atau ada syarikat lain? Kalau syarikat lain, apa nama syarikat tersebut? Baru hari ini Petronas secara tergesa-gesa mengumumkan pihak Brunei baru saja mengeluarkan surat tawaran kepada Petronas untuk turut terlibat membangunkan sumber minyak blok tersebut. Di sini ada keraguan mendesak yang perlukan penjelasan.

3. Kelulusan kabinet dibuat sebulan sebelum perjanjian tersebut ditandatangani. Kalau begitu, pihak kerajaan perlu mendedahkan isi persetujuan yang dicatat dalam minit mesyuarat kabinet tersebut kerana hal ini satu dunia sudah tahu. Ia perlu diberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hal-hal lain berbangkit, antaranya ialah hal budak perempuan kacukan yang baru dilantik jadi GM Petronas tu. Apa hal ni? Ini pun perlu penjelasan dari Presiden Petronas sendiri kerana dia yang bawak masuk bukan muhrim yang tak diketahui asal-usulnya. Apa keistimewaannya berbanding dengan seluruh rakyat Malaysia yang lain?

Perlu diingat..Semua isu ini mesti diurus dan diperjelaskan dengan telus kepada seluruh rakyat. Sebarang penipuan atau penyelewengan fakta sudah pasti bakal mengundang permasalahan dan keraguan yang lebih besar di pemikiran rakyat.

3 comments:

  1. Kenapa Paklah tergesa gesa terbang ke sana dan menandatangani perjanjian sebulan selepas diluluskan kabinet dan dua bulan sebelum peralihan kuasa. Kenapa begitu tergesa gesa jika tidak ada 'kepentingan peribadi???'

    Pendedahan perlu dibuat ke akar umbi dan menyeluruh walaupun tidak mungkin Bok L dan M kembali semula kepada Malaysia hasil tandatangan Paklah yang BERWAWASAN.

    Majoriti kabinet yang meluluskan (pak angguk dan yesman) ialah Najib sendiri, jangan buat2 pekak..

    ReplyDelete
  2. salam....

    setiap polisi dan perjanjian yg di buat
    kerajaan pusat tentulah menjurus kepada
    untung nasib negara dan rakyat...Malaysia
    bukan seperti Israel..beb,

    ReplyDelete
  3. TELUSS
    apa lu cakap bro, TELUSSS
    Bukan FULUSSSSS

    ReplyDelete