Saturday, April 2, 2011

ANWAR PEMBAWA BUDAYA POLITIK LONGKANG

Pendedahan Skandal Mantoya di Kedah melibatkan orang politik dan akhirnya tamatlah riwayat politik Syed Nahar Shahabudin.

Pendedahan video Seks VP Vijandran oleh Karpal Singh yang membuat sidang akhbar dan menawarkan kepada ahli-ahli parlimen untuk menyaksikan sendiri video porno tersebut juga telah menyebabkan riwayat politik VP Vijandran tamat.

Pendedahan video seks Chua Soi Lek oleh musuh politiknya berakhir dengan pengakuan ‘gentleman’ Chua Soi Lek yang mengaku dialah aktor di dalam video tersebut. Tetapi nasib politiknya berbeza malahan ‘naik pangkat’ dalam MCA.

Politik Rahim Thamby Chik juga berakhir dengan pendedahan skandal seks budak bawah umur, walau pun akhirnya dia di dapati tidak bersalah oleh mahkamah.

Politik melalui pendedahan secara jijik dan longkang yang dikatakan oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk Karpal Singh ini sudah berlaku di negara ini sejak 80an lagi.

Karpal, Lim Kit Siang dan lain-lain pemimpin pembangkang akan mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menggunakan budaya politik menjijikkan ini jika mereka mendapat maklumat tentang skandal para pemimpin BN. Malahan pemimpin BN yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri pun pernah didedahkan tentang khabar angin perlakuan luar tabie di Parlimen oleh Karpal Singh. Mat Sabu juga turut menggelar Timbalan Perdana Menteri Malaysia al-juburi ketika itu, walau pun belum wujud apa-apa pertuduhan di mahkamah. Awal-awal lagi Karpla Singh sudah mendesak dan mencabar DS Dr Mahathir supaya mengambil tindakan terhadap timbalannya.

Pendedahan cara politik jijik Skandal Seks Bill Clinton dengan Monicka Lewinsky dan Berlusconi dengan beberapa wanita juga turut menggerhanakan kerjaya politik mereka.

Kalau A.R Badul tu seorang pemimpin politik, maka kes penderaan Seks beliau dengan budak bawah umur juga akan hangat diperkatakan sebaik saja skandal ini ‘bocor’ kepada public. Tapi disebabkan dia tidak kena-mengena dengan politik, maka tiada siapa pun kalangan pemimpin politik yang ambil pusing terhadap isu ini. Malahan ulamak-ulamak sohor pun akan tutup sebelah mata dan tiada langsung menunjuk rasa bimbang terhadap perlakuan gila ini.

Hanya satu yang membezakan antara Mantoya, Vijandran, Chua Soi Lek, Rahim TC, Bill Clinton dan Berlusconi dengan Anwar Ibrahim, iaitu mereka tidak melatah mempertahankan diri. Mereka tidak membuat roadshow untuk menjawab dan menafikan skandal yang melingkari dirinya. Mereka tidak menuduh ada konspirasi dan politik jahat untuk menjatuhkan mereka.

Mereka tidak merujuk kesnya kepada mahkamah rakyat. Mereka akur dengan mahkamah dan sistem keadilan yang telah sedia wujud di negara mereka untuk mengadili kes mereka.

Itulah yang membezakan Anwar dengan mereka-mereka yang terpalit dengan kes yang sewaktu dengannya.

Pendedahan seks mereka walaupun sama jijiknya dengan pendedahan Anwar, tapi rakyat tidak dilibatkan secara langsung. Itu sebab kes-kes mereka tidak membawa kepada kerosakan, kekeliruan dan perpecahan besar di kalangan rakyat dan penyokong.

Sebaliknya, kes pendedahan seks yang melibatkan Anwar begitu panas dan dilihat terlalu jijik kerana Anwar sendiri yang memanaskan suhu ‘kejijikan dan kejelikannya’ dengan membuat pelbagai promosi ‘AIB DIRI’’ di pentas-pentas ceramah termasuk mempromosi melalui sembahyang hajat perdana.

Tindakan Anwar yang membelasah dan melempar tuduhan membabi buta kepada semua institusi dan para pemimpin BNlah yang menyebabkan rakyat ‘over react’ dengan skandal yang tidak dicipta oleh sesiapa melainkan oleh dirinya sendiri.

Tiada siapa, walau pun mereka yang benar-benar tidak bersalah akan melakukan seperti mana yang Anwar lakukan. Apa lagilah mereka-mereka yang benar-benar bersalah.

Kerajaan mungkin kena ‘berserah’ saja kepada tuhan berkaitan kes Anwar ni. Biarlah tuhan saja yang akan membalas jika benar Anwar bersalah.


Ini adalah bertujuan bagi mengurangkan jumlah rakyat yang menjadi mangsa penipuan ‘istilah politik yang menjijikkan dan longkang’ seperti yang diungkapkan oleh Tengku Razaleigh.

2 comments:

  1. sgt bersetuju dgn artikel saudara

    ReplyDelete
  2. sama samalah kita lihat siapa yg berada di pihak yg benar ataupun salah...kebenaran pasti mengalahkan kejahatan...jgn kita buat apa fitnah atau spekulasi kerana ia adalah dosa besar...yg dituduh belum lagi dibuktikan bersalah...

    ReplyDelete