Tuesday, April 5, 2011

YOUTUBE TUAN SADIQ SIGARAGA...

Budaya ‘transparency’ sudah semakin subur di negara ini. Ia adalah hasil perjuangan secara agresif oleh, terutamanya pihak pembangkang.

Tun Mahathir pernah berkata sewaktu pentadbirannya, transparensi total tidak sesuai dengan budaya di negara ini. Kita tidak oleh mengambil bulat-bulat apa juga ‘value’ yang datang dari barat. Amalan demokrasi juga begitu.

Malahan keterbukaan yang keterlaluan dan kebebasan demokrasi di Indonesia juga ramai, terutamanya pihak pembangkang begitu teruja dan mendesak supaya kerajaan kita bersikap lebih terbuka dalam serba-serbi.

Saya terbayang, mungkin pihak pembangkang sudah jauh ke hadapan dari segi pemikiran, amalan demokrasi mahu pun ketelusan sehingga ramai yang mengherdik UMNO dan kepimpinannya sudah ‘obsolete’ dan tidak relevan lagi dengan perkembangan zaman.

Saya membayangkan mereka sudah menjadi penganut fahaman transparensi dan kebebasan total. Semua mesti telus dan terbuka. Tiada lagi sempadan dalam apa juga yang berkait dengan pentadbiran, demokrasi, moral mahu pun etika.

Rakyat perlu tahu setiap inci apa yang berlaku. Rakyat tidak bodoh dan sudah tidak boleh lagi diperbodohkan.

Perlakuan rasuah, sama ada rasuah kuasa, wang dan moral sudah tidak boleh di kompromi walau atas apa pun alasan.

Tanggapan dan pandangan tinggi saya terhadap pendirian mereka dalam soal ini rupa-rupanya tersilap. Mereka hanya mahukan pihak yang mereka lawan saja wajib mengamalkan ketelusan seperti yang mereka gariskan. Pihak lawan harus menurut KPI yang mereka tetapkan. Sebaliknya KPI ini tidak tergunapakai dengan sendirinya kepada mereka. Rupa-rupanya mereka ada KPI mereka sendiri yang mana mereka akan tetapkan dari masa ke semasa mengikut keperluan mereka.

KPI berpilih jugalah.

Jika lawan mereka ada yang terpalit dengan rasuah projek ia tidak boleh ditolak ansur.

Jika lawan mereka terpalit dengan ‘khabar angin’ mempunyai ‘kroni’ dan simpanan aset berjuta, ia perlu didedahkan kerana rakyat mahu tahu setiap sen yang dibelanjakan oleh pentadbiran lawannya.

Jika kawan atau kawan kepada kawan kepada lawan mereka terpalit dengan isu moral , seks dan pembunuhan pun, maka selaku pemimpin kepada pihak musuh politiknya, dia harus bertanggungjawab. Jika kawan kepada kawan atau anak saudara kepada bapa saudara kawan kepada kawan kepada musuh politik mereka melakukan sesuatu yang menjurus kepada soal rasuah, akhlak dan moral, musuh politik mereka juga akan dipalitkan juga.

Jika berlaku sesuatu ‘aral’ atau kelemahan dalam pasukan penguat kuasa seperti SPRM atau Polis yang melibatkan pihak mereka, maka ‘aral’ atau kelemahan itu adalah perancangan dari pucuk pimpinan tertinggi musuh politik mereka.

Jika berlaku ketidakcekapan pihak penguasa, itu bermakna ketidakcekapan itu adalah hasil dari campur tangan pihak atasan yang cuba melindungi sesuatu dari pengetahuan rakyat.

Macam-macam lagilah sistem perundangan 'Sadiq sigaraga' yang menjadi asas KPI ketelusan puak 'tepuk air di dulang' ni.

Begitulah KPI ketelusan yang wajib diikuti oleh musuh politik mereka.

Budaya KPI ‘tepuk air di dulang’ atau KPI ‘paku dulang paku serpih’ ini hanya tergunapakai dan berkuat kuasa di Malaysia.

Begitulah beruntung dan bernasib baiknya sesiapa yang menjadi pembangkang di Malaysia raya ini. Sungguh malang nasib sesiapa yang menjadi pemerintah.

Cuba bayangkan jika ‘youtube upload’ yang ke udara semalam adalah aksi yang dilakonkan oleh orang yang sebesar YAB Dato Seri Najib Tun Razak atau orang sekecil YB kawasan dari Barisan Nasional.

Apalah agaknya respon dari puak pengamal ‘tepuk air di dulang’?


Bapa marahkah...??? Ooohh tidakkkk!!!! ... ini KPI

No comments:

Post a Comment