Friday, April 1, 2011

SIAPA TERPILIH MENJADI GOLONGAN TERANIAYA?

Doa orang-orang yang teraniaya dimakbulkan Allah. Itu janji Allah dalam Al Quran.

Agaknya siapakah yang dimaksudkan oleh tuhan orang-orang yang teraniaya dalam konteks video 18xxx ni?

Siapakah sebenarnya agaknya dimaksudkan tuhan termasuk dalam golongan yang diaibkan?


Siapakah yang termasuk dalam golongan yang mengaibkan orang lain?

Cuba kita kupas dan kaji betul-betul.

Dato Trio kah? Mereka dedahkan video yang mengaibkan seseorang. Dalam masa yang sama mereka juga telah didedah dan diaibkan juga oleh orang yang dikatakan lelaki Y dalam video tersebut.

Anwar kah? Ya. Dari satu segi pendedahan ini memang mengaibkan Anwar. Dalam masa yang sama Anwar bertindak balas dengan peluru ‘penabur’ sehingga terlalu ramai yang luka dan tertembak. Tindak balas Anwar juga telah mengaibkan Dato T, terutamanya RTC dengan membuka kembali aib lamanya. Sasaran utama Anwar ialah untuk memalit dan mengaibkan Dato Najib dan Rosmah sehingga dibuat ceramah yang diberi nama DNA, iaitu Dato Najib Altantunya.

KDN, Polis dan Dato Hisham juga telah diaibkan oleh Anwar dengan memaksa rakyat mendengar pelbagai tuduhan dan andaian yang tidak nampak asasnya langsung untuk dikatakan berkonspirasi. Ia semata-mata tuduhan untuk meyakinkan rakyat tanpa disokong dengan bukti seperti mana bukti video dan jam Omega yang didedahkan oleh Dato T.

Anwar juga telah membawa sekali rakan pakatannya terutama sekali ulamak PAS untuk bertindakbalas dengan mendedahkan pelbagai keaiban yang tidak berbukti terhadap para pemimpin UMNO.

Jadi siapalah agaknya yang telah diaib dan dianiaya sebenarnya di sisi Allah swt? Sudah pastin Allah sajalah yang maha mengetahui dan DIAlah yang selayaknya memutuskan siapa sebenarnya yang telah diaibkan dan siapa sebenarnya yang telah mengaibkan orang lain.

Sesiapa yang termasuk dalam golongan yang teraniaya dan dizalimi pada pandangan Allah swt, maka doa golongan itulah sebenarnya yang pasti dimakbulkan oleh Allah swt.

Mendedahkan sesuatu keaiban orang lain yang benar-benar berlaku juga termasuk dalam golongan yang mengaibkan orang lain. Tetapi ia sangat bergantung pada niat mereka mendedahkan perkara aib itu. Apakah niatnya semata-mata bertujuan untuk mengaibkan dan bertujuan untuk menjatuhkan maruah orang itu? Apakah niatnya untuk suatu kemaslahatan umat yang lebih besar? Tuhan akan bertindak mengikut apa yang tersedik di dalam hati mereka. Jika niat mereka jahat dan jijik pasti Allah tidak akan redha walaupun perlakuan sumbang yang didedahkan itu benar-benar berlaku.

Doa mereka juga bergantung kepada niat mereka. Mana mungkin Allah makbulkan doa mereka yang disertai dengan niat yang jahat dan jijik.

Umat hari ini tidak sama dengan umat terdahulu. Kisah Nabi Haidir dan Nabi Musa mungkin boleh jadi panduan kepada kita, iaitu kisah Nabi Haidir membunuh seorang anak kecil sehingga Nabi Musa terpaksa melanggar janji untuk tidak mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Nabi Haidir. Perbuatan membunuh yang dilakukan oleh Nabi Haidir itu salah pada pandangan Musa as. Tetapi Nabi Haidir membunuh anak ini kerana dia telah dinampakkan oleh Allah swt bahawa anak ini akan menjadi seorang yang zalim apabila besar nanti. Maka Nabi Haidir bertindak membunuh anak ini.

Tapi itu cerita mungkin tak berapa tepat seperti yang terdapat dalam kitab. Walau apa pun, rasional di sebalik cerita ini boleh kita fahami bahawa kefahaman dan niat sangat memainkan peranan dalam kita membuat keputusan sama ada perbuatan atau tindakan kita itu diredai Allah atau pun tidak.

Berbalik kepada doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Hasil doa golongan ini tetap akan berlaku secara ‘cash’ walau pun orang yang berdoa itu seorang kafir. Doa kaum tar-tar yang belum menganut Islam telah dimakbulkan tuhan kerana umat Islam zaman keagungan Baghdad sering menzalimi orang-orang tar-tar. Akhirnya keagungan pemerintahan Islam Baghdad yang begitu hebat hancur dileburkan oleh kaum sekecil kaum tar-tar.

Sekarang cuba kita tanya hati dan naluri sendiri tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh apa-apa sentimen politik, puak dan kabilah. Jika kita bertindak adil kepada hati dan naluri kita untuk mencari kebenaran, sebenarnya Allah sudah beri petunjuk sedikit demi sedikit kepada kita siapa sebenarnya yang teraniaya dan dizalimi dan siapa sebenarnya yang menzalimi. Allah juga beri petunjuk siapa sebenarnya yang menzalimi diri mereka sendiri.

Hari ini Ketua Polis Negara (KPN) sudah mengesahkan ketulinan video yang menjadi fitnah besar di dalam masyarakat mutakhir ini.

Teruskanlah berdoa dengan penuh Istiqomah dan ikhlas semata-mata kerana maksud kebenaran.

Mungkin juga golongan yang terfitnah adalah seluruh rakyat Malaysia akibat dari pendedahan video 18XXX ini. Mungkin kita seluruh rakyat yang sedang dizalimi oleh berita benar, separuh benar dan tidak benar yang dibawa oleh mereka-mereka yang terlibat.

Jika benar kita seluruh rakyat yang dianiaya dan dizalimi oleh berita-berita yang belum jelas sepenuhnya ini, maka janji tuhan pasti berlaku. Doa-doa rakyat Malaysia yang teraniaya dan dizalimi inilah yang akan menghapuskan segala kebatilan dan menimbulkan kebenaran dan hak.

Harapan saya para ulamak hanya satu, iaitu jadilah resmi ulamak. Jika para ulamak tidak mampu menyelesaikan masalah ummah ini, maka sekurang-kurangnya janganlah pula menjadi penyumbang kepada kerosakan sedia ada. Diam lebih baik dari berkata-kata jika kata-kata kamu yang menjadi sumber rujukan ummah akan menyebabkan ummah menjadi bertambah keliru dan ‘banoh’.

Salam.

1 comment: