Ada jenis kesalahan yang tuhan akan balas ‘sebijik’ seperti mana kesalahan yang dilakukan oleh seseorang manusia kepada manusia lain. Kesalahan ini tuhan akan balas sebelum manusia itu mati.
Hukuman ini tidak hanya terbatas kepada orang Islam. Jika pelakunya orang kafir pun tuhan akan balas sebelum dia mati. Kalau tak silap kawan, nama kesalahan atau kifarah macam ni disebut hukum karma.
Kisah 1. Semasa Indira Ghandi jadi PM India, ekonomi negara itu mengalami kemelesetan yang memaksa India memohon bantuan World Bank. Dipendekkan cerita, World Bank bagi kelulusan bersyarat, iaitu kelulusan hanya diberi dengan syarat India perlu mengurangkan pertumbuhan penduduk yang terlalu pesat.
Maka Indira Ghandi pun buat kempen menggalakkan kaum wanita makan pil perancang keluarga manakala kaum lelaki memakai kondom. Tapi didapati pertumbuhan penduduk masih pesat. Rupa-rupanya wanita india tak makan pil dan lelaki pun tak pakai kondom.
Bimbang kerana kemungkinan World Bank menarik semula pinjaman yang diberi, maka Indira Ghandi buat keputusan drastik dengan meminda undang-undang di Parlimen, iaitu mewajibkan setiap wanita berkahwin memakan pil perancang keluarga dan jika di dapati mengandung, maka kandungan itu hendaklah digugurkan.
Kesalahan di sini ialah membuat sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ketentuan azali yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap manusia.
Lihatlah hukuman yang tuhan telah turunkan kepada Indira Ghandi. Mati di bom. Bagaimana tindakan ‘abortion’ yang dilakukan kepada wanita yang mengandung, begitulah hukuman yang diterima. Bukan itu saja. Anak sulung lelakinya juga mati kemalangan helikopter. Malahan Rajiv Ghandi juga senasib dengan ibunya mati di bom.
Kisah 2 Shah Iran mempunyai seorang isteri bernama Puteri Soraya. Isterinya seorang yang mandul. Disebabkan isterinya mandul dan kemungkinan keturunannya akan pupus dan tidak dapat lagi menjadi Shah di Iran, maka dia telah menceraikan Puteri Soraya. Tidak cukup dengan cerai, Puteri Soraya telah diperintah buang negara.
Kesalahan nyata di sini berlaku apabila Shah Iran membuat keputusan yang membelakangkan ketentuan Allah dan cuba melawan takdir.
Akhirnya lihatlah hukuman tuhan kepada Shah Iran. Dia mati dalam buangan dalam keadaan yang hina ‘sebijik’ seperti mana hukuman yang dijatuhkan kepada Puteri Soraya.
FIKIR DAN ANALISA (Hanya fikir dan tak tuduh atau fitnah)
Kenapalah agaknya Anwar menerima aib sehingga tahap ini. 20 atau 30 tahun dulu kita tidak pernah terbayang bahawa begini akhirnya laluan hidup yang ditempuhi oleh Anwar. Kita sangat simpati dengan apa yang telah dan sedang terjadi kepada dia.
Teringat juga akan ayat Allah, ‘Barang siapa yang mengaibkan saudaranya di hadapan khalayak ramai, maka Allah akan aibkan dia di hadapan khalayak yang lebih besar’ (Lebih kurang maksudnya lah. Kawan tak ustaz).
Apakah benar Anwar dulu berniat dan dengan sengaja telah mendedahkan keaiban Rahim Thamby Chik di media cetak dan elektronik bertujuan untuk memadamkan terus beliau dari arus perdana politik tanah air?
Apakah Anwar juga benar-benar berniat dan dengan sengaja telah memalukan Tun Ghafar Baba di media arus perdana siang dan malam bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Tun Ghafar bagi membolehkan beliau mengambil alih tempat Tun Ghafar dengan cara mudah?
JIKA BENAR (ingat! JIKA BENAR YA) ANWAR BERNIAT DAN DENGAN SENGAJA TELAH MENGAIBKAN MEREKA MELALUI CARA POLITIK KOTOR DAN JIJIK SEPERTI YANG SELALU DICANANGKAN TUDUHAN KEPADA PIMPINAN UMNO , MAKA SAYA TIDAK HAIRAN ANWAR TELAH MENERIMA HUKUM KARMA TUHAN DENGAN AIB DI KHALAYAK YANG LEBIH BESAR.
JIKA BENAR (INGAT!..JIKA BENAR YA) TUN MAHATHIR BERNIAT DENGAN SENGAJA UNTUK MENGAIBKAN ANWAR MELALUI PERTUDUHAN LIWAT BAGI TUJUAN MENYELAMATKAN KEDUDUKANNYA SEPERTI YANG SELALU DICANANG OLEH ANWAR, MAKA SAYA JUGA YAKIN TUN MAHATHIR SEPATUTNYA MENERIMA AIB YANG LEBIH BESAR DARI TAHAP AIB YANG TELAH DITERIMA OLEH ANWAR.
Adakah jenis aib yang lebih besar lagi agaknya dari aib yang telah menimpa Anwar? Apa yang kita lihat sehingga hari ini Tun Mahathir masih sihat dan terus dihormati oleh sesiapa juga yang terbuka hati untuk memberi penghormatan kepadanya.
DAN MUTAKHIR… KISAH PENDEDAHAN DATO TRIO YANG BEGITU MENGAIBKAN. ELOK KITA BERSERAH DAN BERTAWAKKAL KEPADA TUHAN TERHADAP SEMUA AIB, FITNAH DAN APA YANG DIKATAKAN PENDEDAHAN YANG JAHAT DAN MENJIJIKKAN INI.
JIKA BENAR DATO TRIO BERNIAT DAN DENGAN SENGAJA MEMBUAT PENDEDAHAN INI SEMATA-MATA UNTUK MENGAIBKAN ANWAR, JANJI TUHAN PASTI DAN TIDAK MUNGKIR, PASTI AKAN BERLAKU SEBELUM SIPELAKU ITU MATI.
Kita jangan terkeliru dan seharusnya dapat membezakan punca kepada berlakunya sesuatu keaiban dan bagaimana cara sesuatu keaiban itu boleh berlaku. Ia adalah dua perkara yang berbeza. Dinamakan dunia ini darul asbab. Ada sebab dan ada musabab. Musibah itu tidak terjadi dengan sendiri tanpa sebab. Jika musibah terjadi tanpa sebab bermakna Allah tidak adil kepada hambanya.
Jadi kita janganlah ‘banoh’, ‘latah’ dan ‘keghiau’ seolah-olah Allah tidak ‘ambil note’ terhadap semua yang sedang berlaku.
Penyerahan dan tawakal sepatutnya menjadi alat terpenting kepada semua pihak baik si pendedah, si yang terdedah mahu pun rakyat seluruhnya dalam menghadapi situasi ini.
Nabi Yusof difitnah. Baginda tidak ‘banoh’ mempertahankan diri. Baginda yakin Allah sendiri yang akan turunkan pertolongan kerana kebenaran berada di sisi baginda.
Jika Anwar dipihak yang benar, maka ikutilah sunah nabi yusof. Anwar kena YAKIN. Allah pasti akan turunkan pertolongan yang sama seperti mana pertolongan yang telah diturunkan kepada Nabi Yusof.
Allah bebas dari sebarang bentuk diskriminasi atau double standard. Jika benar, Allah tak akan diskriminasi Anwar.
Setuju memang benar 'anugerah tuhan' punca segalanya. Memang seorang manusia yang tak berguna langsung...
ReplyDeletesalam tuan,
ReplyDeleteblog kkamdias mempunyai artikel yang bermutu tinggi. terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapa itu. Saya sudah pautkan pada kedua bahagian blogroll rajahmas - warta BN dan blog khas.. harap kita saling bekerjasama demi perpaduan rakyat dan kesejahteraan tanah air kita. Wassalam.
Salam,
ReplyDeleteSaya sendiri sbg insan biasa pernah mengalami difitnah dan diaibkankan tetapi saya yakin dgn ayat2 Allah spt tuan sebutkan diatas dan selepas 3 thn balasan Allah mula diturunkan keatas si pengaib itu dimana Allah telah membalasnya tanpa perlu saya buat apa2.Saya lihat sendiri dgn mata kepala saya bagaimana Allah membalasnya sehingga saya sendiri rasa kasihan.....begitu lah janji Allah apbila KITA menganiaya orang maka ALLAH akan membalas utk kita...