Thursday, October 20, 2011

ANWAR TAK PERCAYA LAGI DENGAN KAEDAH RAPAT UMUM..

Buat pertama kali dalam sejarah 'bapa rapat umum@demonstrasi', Anwar Ibrahim tolak pendekatan rapat umum atau demonstrasi yang memang telah menjadi sebahagian darah dagingnya.

Buat pertama kali dia sebut atas faktor keselamatan dan tak mahu hubungan antara agama menjadi tegang, maka dia tidak bersetuju dengan HIMPUN sejuta umat yang mahu mempertahankan akidah umat Islam dan menunjukkan tentangan terhadap golongan murtad.

Buat pertama kali juga dia berpendirian tidak mahu HIMPUN sebegini dikudakan oleh agenda politik tersembunyi parti politik.

Bukan itu saja, tindakan keras akan diambil kepada para pemimpin dan penyokong pakatan yang menyokong dan menyertai HIMPUN.

Apakah ini tanda besar yang membayangkan bahawa Anwar sudah insaf dan ingin bertaubat serta meninggalkan fahaman songsang pendekatan melalui rapat umum dan demonstrasi untuk menyatakan pendirian dan penentangan terhadap sesuatu isu atau penyelewengan yang berlaku di dalam masyarakat?

Saya masih tak percaya. Anwar seolah-olah bercakap mewakili PDRM dan Menteri KDN.

Ameen...

No comments:

Post a Comment