Dari segi moral dan maruah, sesuatu tuduhan yang dipalitkan kepada seseorang pun boleh dianggap sesuatu yang boleh menjejaskan kredibiliti si tertuduh.
Si tertuduh wajib membersihkan diri samada melalui tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh atau menafikan dengan cara mengemukakan mengemukakan bukti-bukti jelas yang boleh mematikan segala tuduhan tersebut ATAU, bersedia mencabar kebenaran tuduhan tersebut dan cara bersumpah dengan nama Allah dan bersedia menerima apa saja balasan dari tindakan mereka melakukan sumpah.
Ini saja 3 mekanisma atau saluran yang menasabah untuk membersihkan diri dari palitan pertuduhan yang boleh menimbulkan keraguan dan boleh membawa kepada terjejasnya kredibiliti seseorang pemimpin.
Ada lagi cara selain dari itu?
Jika di Jepun ada lain sikit. Jika pemimpin yang disabit pelbagai skandal dan penyelewengan mereka akan meletak jawatan, dan ada yang melakukan harakiri @ tindakan bunuh diri sebagai jalan penebus maruah.
Di kebanyakan negara barat, pemimpin yang disabit, kelazimannya akan meletakkan jawatan sebelum kes mereka dibicarakan. Salah atau tidak bukan persoalan bagi mereka. Salah dari segi undang-undang atau pun moral juga bukan persoalan.
Di Malaysia budayanya juga lain sikit. Mereka tidak memandang ke timur atau pun ke barat. Caranya macam DEB juga, iaitu mengadunkan kedua-dua kaedah.
Itu sebab kita lihat di Malaysia budaya meletak jawatan secara sukarela ini adalah kaedah pilihan terakhir bagi mana-mana pemimpin. Samada pihak kerajaan atau pun pembangkang sama saja.
Jadi pihak pembangkang jangan mendabik dada dan menjadikan kaedah mendesak supaya pemimpin kerajaan meletak jawatan apabila tuduhan atau sabitan moral dan penyelewengan berlaku kepada pemimpin kerajaan.
Malah trend akhir-akhir ini kelihatan pembangkang sudah menyalah gunakan desakan meletak jawatan ini dengan sengaja mencipta pelbagai tuduhan tapi bukti yang dikemukakan amat daif dan tiada kredibiliti. Malah sebahagian besarnya tidak berbukti pun. Mereka hanya kata ada bukti dan akan didedahkan tapi tak juga didedah-dedah.
Contoh terbaru ialaha kegilaan Budak Rafizi tu membuat tuduhan demi tuduhan untuk menjejaskan kredibiliti PM. Selepas melempar tuduhan, keesokan harinya disusuli dengan desakan letak jawatan. Ini saja kaedah yang sedang cuba dijadikan budaya oleh pembangkang. Cubalah kaji bagaimana liciknya mereka menjejaskan kredibiliti setiap pemimpin kerajaan.
TAPI bila sampai ke mata, dipicingkan. Bila sampai ke perut dikempiskan.
Dalam banyak-banyak pertuduhan dalam sejarah Malaysia, pemimpin yang paling terok terjejas dengan pelbagai tuduhan dan sabitan tidak lain dan tidak bukan adalah Ketua Umum mereka sendiri. Sabitan dari segi moral dan undang-undang sama banyak, tapi tak usahkan untuk meletak jawatan. Dia tambah jawatan lagi ada la. Ambik kerusi isteri sendiri sebagai ahli parlimen.
Cuba bukak mata besar-besarlah. Ada ke geng-geng pembangkang ni letak jawatan jika ada isu atau skandal yang membabitkan dia. Lu yang kecing dan berak tak mau cuci, flush jamban pun tak mau, tapi lu yang paling bising pertikai kerajaan gagal urus kebersihan jamban, pasal itu wang sudah kasi seleweng sama kroni. Pundek!
Jadi apa kelayakan pihak pembangkang untuk meletakkan tahap mereka menjadi "tukang desak supaya orang lain letak jawatan"?
1. Badrul Amin hari tu pernah kata dia nak letak jawatan, sebab katanya orang di barat macam tu. Dia tak peduli org lain, dalam hal dia tu, dia akan letak semua jawatan.
ReplyDelete2. Di negara lain jika tersilap eja perkataan sebab tak berapa cerdik pun mereka letak jawatan, so mr bean yang 'launch' nasi goreng sama speaker dewab rakyat pun patut letak jawatan.
3. Nuar!!! orang paling banyak guna mahkamah? Nuar. Orang paling banyak kena saman? Nuar. Orang paling banyak kutuk mahkamah? Nuar. Orang paling benci dan rindu mahkamah? Nuar. Orang bawa penyokong paling ramai ke mahkamah? Nuar. Orang paling banyak tangguh kes mahkamah? Nuar. Orang menuntut saman paling tinggi di mahkamah? Nuar. Orang paling banyak minta tukar hakim? Nuar. Orang paling ramai lawyer? Nuar.Orang paling banyak bukti kukuuuhhhh!!!!? Nuaaarrr!!!. Ish..Ish..Poning Den.