Thursday, April 12, 2012

TUN M TIADA BEZA DENGAN KU LI...!!!


Kadang-kadang kita keliru melihat cara pemikiran sesetengah pemimpin UMNO dan blogger pro-umno dalam menangani isu Ku Li.

Apabila melempar kritikan tidak ada perkataan elok langsung yang keluar dari penulisan dan kenyataan yang dibuat.

Ku Li sudah tua. Pemikiran sudah lapuk dan masih terbelenggu dengan kehebatan lampau. Ku Li tidak setia dan hilang arah perjuangan. Ku Li pemimpin tidak  punya prinsip dalam perjuangan. Out of touch. Banyak lagi kritikan yang tak mampu dicatat di sini. Semua maksud disebalik kritikan ini membayangkan seolah-olah Ku Li seorang pemimpin yang tidak berguna dan tidak pernah berjasa langsung kepada rakyat dan negara.

Tapi, yang peliknya bila timbul ura-ura Ku Li akan dibawa balik ke Kelantan dan seterusnya menjadi MB, maka timbul pula pelbagai pujian melangit. 

Ku Li paling layak. Kepimpinannya diperlukan. Dia saja yang boleh menyatukan rakyat Kelantan. Dia lebih berpengaruh dari Nik Aziz. Jasa Ku Li terlalu besar. Pujian yang diberi sama hebat dengan cercaan yang dilemparkan.

Ini yang rakyat nampak! Iaitu gelagat sebahagian pemimpin dan blogger yang tidak tahu asal usul, sejarah dan latar belakang prinsip, perjuangan dan idealisma Ku Li.

Tun M dan Ku Li sama hebat. Masing-masing punya kelebihan tersendiri yang amat berguna unguk bangsa dan negara. Cuma malangnya mereka dilahirkan sebagai pemimpin untuk Malaysia pada waktu yang sama. Rakyat, bangsa dan parti harus membuat pilihan antara salah seorang ketika itu.
 
Pendekatan mereka berbeza. Itu yang menimbulkan krisis dan perpecahan. Yang tidak faham bukan mereka berdua tapi orang-orang dan penyokong ke dua belah pihak di bawah sana yang terlebih sudu dari kuah, terlebih lenggang dari langkah.

Pemimpin hari ini harus menerima hakikat dan kenyataan ini. Sumbangan mereka berdua terlalu besar buat negara mengikut era dan zaman masing-masing.

Sesiapa yang cuba memperbodoh dan memperlekeh jasa dan pengorbanan Tengku Razaleigh, samalah seperti mereka memperbodoh dan memperlekehkan jasa Tun Mahathir kerana sejarah tidak dapat lagi memadamkan jasa-jasa mereka berdua kepada bangsa dan negara ini.

Maka, orang umno atau blogger janganlah berhujah dan melayan atau berpolitik dengan Ku Li macam kita berpolitik secara kucing kurap. Kalau Ku Li tidak consequence dalam politik negara, sepatutnya Ku Li sudah lenyap dari pandangan umum sejak tahun 1987 lagi. Tapi kenaoa sampai sekarang masih ramai yang mengigau dan fobia dengan Ku Li?

Kalau benar Ku Li ibarat Quran buruk, hormatilah dia seperti kitab lama. Wajarkah kitab lama disepak dan dicampak ke dalam parit begitu saja? Kenapa tidak dijaga dan dibuat rujukan untuk pedoman?

Buruknya kitab lama kerana tidak dijaga. Ini adalah kesilapan generasi selepasnya yang tidak tahu untuk menilai dan menjaga peninggalan berharga. Jangan salahkan ibu yang melahirkan kita. 

Tun M mengkritik Pak Lah atas sebab yang kukuh dan di atas maksud kepentingan negara bangsa. Ku Li mengkritik kepimpinan juga pasti ada asas yang perlu difikirkan. Kenapa mesti kita buang ke longkang satu kitab lama dan muliajan kitab kama yang lain, sedangkan ke dua-duanya punya nilai dan kelebihan tersendiri. 

Kitab lama bukan macam jin, boleh berubah-ubah, dari baik kepada jahat atau dari jahat jadi baik. 

Kalau kita boleh terima kritikan Tun M sebagai kritikan membina, kenapa pula kita prejudis dengan kritikan Ku Li dan mengandaikan segala kritikan beliau penuh dengan dendam dan berkepentingan peribadi?

Ke dua-duanya tetap negarawan kita.

6 comments:

  1. Tahu pulak anda blogger2 pro-UMNO sememangnya bersifat prejudis. Anda pun tergolong dalam kumpulan ini juga....

    Sifat prejudis dan prasangka buruk ini amat negatif impaknya, seperti juga rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa, kepentingan diri dsb.

    Mari kita tunggu dah lihat samada sifat prejudis anda ini dapat dikikiskan. Mudah-mudahan sifat-sifat buruk yang lain juga akan dapat dikikiskan, insya Allah.

    Diharap jangan jadi "seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus".

    ReplyDelete
  2. salam admin,tolong jangan 'ibaratkan' KI LI ngan Quran,,tiada apepn blh diibaratkan dgn Kalamullah..

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan,

    Comment tuan saya bg A++. Sokong 200%

    ReplyDelete
  4. anon 8.22
    Bacalah artikel saya yang lepas2. Saya tidak spt tuan atau spt yg tuan komen. Sekurang2nya saya bersedia mengkritik mana2 perkara yg saya fikir tidak betul didlm parti yang saya terlibat di dlmnya. Yang salah harus diterima sbg salah dan yg benar juga harus diakui kebenarannya. Blogger pembangkang jika dinilai penulisannya jauh lebih prejudis dan tidak mahu langsung menerima kenyataan yg tidak memberi kelebihan kpd kumpulan mereka.

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan sauadara kamarulzaman..Blogger terkadang terlalu sensitif atau mungkin diarah menulis ke situ. Atau terarah kerana takutkan perpecahan mungkin. Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  6. "Yang salah harus diterima sbg salah dan yg benar juga harus diakui kebenarannya."

    Pada kacamata rakyat, apakah kesalahan yang berleluasa di dalam kerajaan kita?

    ReplyDelete