Wednesday, May 16, 2012
ANWAR ATASI KU LI...NAJIB TERUS UNGGUL...
Sekarang mari kita buat perbandingan antara Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim sewaktu masing-masing menjadi ayam tambatan pembangkang.
Ku Li amat tenang dalam menghadapi apa juga tekanan yang datang dari segenap arah.
Ku Li melakarkan peta dan garis sempadan dalam pergerakan politik dan penentangannya kepada kepimpinan Tun M ketika itu. Garis sempadan yang dimaksudkan ialah beliau bergerak di dalam pendulum demokrasi berparlimen dengan menjadikan undang-undang dan perlembagaan negara sebagai paramount dalam setiap tindakannya.
Ku li sangat jelas garis perjuangannya. Walaupun beliau bercita-cita juga untuk menguasai Rumah Perdana Menteri, tetapi beliau akan memastikan setiap tindakan politiknya tidak akan menjejaskan asas kenegaraan yang bermula dari alif, ba ta, iaitu agama bangsa dan negara.
Perpaduan bangsa melayu dan kesucian agama Islam yang sedia terbina tetap diutamakan. Kemajuan ekonomi dan pembangunan negara untuk faedah rakyat tidak akan diganggu-gugat disebabkan marah atau tidak bersetuju dengan kepimpinan Tun M.
Ku Li hanya mengkritik dan berjuang di atas prinsip parti UMNO asal dan polisi kerajaan yang menurut pandangannya telah banyak berubah ketika itu. Tetapi Ku Li tidak sampai di tahap desperado seperti yang dialami oleh Anwar ketika ini.
Ku Li tidak akan gadaikan maruah agama, bangsa dan negaranya demi semata-mata untuk memastikan rakyat menyokong perjuangannya. Ku Li tidak sanggup hingga menyembah atau menagih simpati dan sokongan pihak ke 3 dalam usaha beliau meneruskan matlamat perjuangannya.
Tidak pernah timbul isu Ku Li dikaitkan dengan rangkaian antarabangsa tajaan yahudi dan Amerika. Tidak pernah kedengaran Ku Li menagih sokongan kewangan dari kononnya promoter demokrasi antarabangsa walaupun beliaulah orang yang paling demokrat dalam setiap tindakannya.
Persekongkolan dengan musuh demi memastikan matlamatnya untuk mengambil-alih pemerintahan tercapai, tidak sekelumit pun wujud di dalam dairy perjuangannya.
Tindakan mengapi-apikan hak-hak setiap kaum, berkata lain di depan cina, di depan melayu dan di depan India bukanlah amalan dan etika Ku Li dalam perjuangan demokrasinya.
Begitu juga soal hak dan kebebasan beragama yang sangat sensitif. Ku Li tidak bersilat lidah dengan penganut semua agama. Ku Li tidak pernah simbah minyak dan lempar api membakar sentimen agama kerana beliau faham, jika asas ini dimusnahkan, maka elemen anarki akan bermula dan negara akan hancur.
Ku Li banyak melepaskan peluang keemasan untuk menyahkan Tun M dari tampuk kekuasan, tapi Ku Li tidak pernah lakukannya kerana peluang keemasan itu terlalu mahal harga yang perlu dibayar bagi menebus dan membina semula negara yang hancur disebabkan persengketaan antara beliau dan Tun M.
Pendek kata, Ku Li dilihat lebih nasionalis tindakannya dari sebahagian pemimpin UMNO ketika itu.
Tetapi berlainan sekali dengan manusia Anwar. Bagi beliau, setiap peluang itu dianggap emas. Tawaran yahudi dan Amerika dianggap emas. Memainkan sentimen antara agama itu emas, mengapi-apikan semua kaum supaya menuntut hak masing-masing dianggap emas. Menciota pelbagai fitnah dan dusta untuk menjahanamkan keperibadian Najib dianggap rukun yang wajib.
Amalan rasuah, dikhaskan hanya perbuatan hina umno dan tiada pihak yang rasuah melainkan umno. Rakyat diajar talkin kalimah rasuah mirip shahadat, iaitu, "sesungguhnya aku naik saksi bahawa tiada manusia yang rasuah melainkan umno, Najib penghulu segala rasuah".
Semua garis sempadan demokrasi ini dilanggar semata-mata bertujuan untuk menimbulkan kebencian maksima rakyat kepada setiap individu pemimpin UMNO khususnya keperibadian Najib.
Pelanggaran Garis sempadan demokrasi inilah yang menjadi punca kepada perpecahan, kebencian dan prejudis di kalangan rakyat diluar kawalan dan keributan politik berpanjangan tanpa kesudahan.
Jika Ku Li berbuat sepertimana kelakuan Anwar yang melanggar setiap amalan, etika dan moral di dalam amalan demokrasi, mungkin sudah lama Ku Li jadi PM.
Tapi bagi Ku Li, mungkin nilai, prinsip perjuangan dan etika demokrasi terlebih paramount baginya berbanding dengan jawatan PM itu sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment