Penangguhan tanpa alasan kukuh tayangan filem Tanda Merah mendatangkan pelbagai tanggapan oleh banyak pihak.
Ironinya sambutan bulan kemerdekaan dan hari kebesaran Eidulfitri yang sepatutnya dijadikan kesempatan terbaik untuk promosi dan tayangan sesebuah filem baru, sebaliknya telah dijadikan alasan kepada penangguhan tersebut.
Kesimpulan awal yang boleh dibuat dari alasan yang hampir tidak munasabah ini ialah "ada sesuatu yang tak kena" sedang berlaku dibelakang tabir.
"Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya". Ungkapan ini sering terpacul dari mulut DS Dr Rais Yatim. Kali ini ramai pemerhati dan para blogger juga sudah tahu "betinakah" atau "jantankah" tindakan di sebalik penangguhan misteri ini.
Selama ini kaum cina, terutamanya dari kalangan pemimpin DAP, sangat fobia dengan perkataan 13 Mei. Hari ini pemimpin melayu pula, begitu fobia dengan ugutan dan provokasi kaum cina, khususnya DAP. Melayu hari ini sangat berhati-hati dan seboleh-bolehnya tidak sekali-kali akan membuat sesuatu tindakannyang boleh mengguris perasaannkaum cina dan DAP.
Bukan saja kaum melayu UMNO, malah kaum melayu PAS dan PKR juga lebih-lebih fobia lagi. Sehingga hari ini, banyak perkara sudah dikompromi oleh PAS dan PKR. Nama Allah sudah dikompromi. Tempat sujud orang Islam di masjid pun sudah boleh dipijak oleh kaki-kaki yang tidak disamak. Hak istimewa melayu seolah-olah sudah diabaikan terus oleh melayu PAS dan PKR. Hudud, sekejap wajib, sekejap harus dan sekejap sunat. Semua ini adalah angkara kekeliruan puak PAS di antara kesucian agama dan risiko kehilangan sokongan bukan Islam terhadap PAS.
Sekarang giliran "Tanda Putera", filem yang pada hakikatnya menggambarkan sebuah "sejarah benar" berkaitan pergaduhan kaum, 13 Mei sedang menerima tempias penyakit fobia tak pasal-pasal dari kaum melayu yang berkuasa di Finas.
Fobia dan takut yang teramat sangat kalau-kalau orang cina marah dengan pembikinan sebuah kisah benar yang mendedahkan sikap rasis sebenar yang terpendam di dada kaum cina, khususnya DAP terhadap kedaulatan melayu di negara ini.
Kesilapan pemimpin cina DAP yang tidak sabar-sabar menunjukkan keangkuhan sebaik berjaya menafikan majoriti 2/3 Perikatan pada PRU 1969, telah menyebabkan dahi jendol DAP terpahat "lakeri hitam" yang menjadi api pembakar kepada pergaduhan kaum di negara ini. Lakeri hitam di dahi DAP ini akan kekal buat selama-lamanya dan tidak mungkin terpadam. Ia sudah termaktub sebagai sejarah.
Tiada siapa yang boleh menafikan negara kita merdeka pada 31 Ogis 1957. Tiada siapa boleh menafikan Perikatan pimpinan Tunku Abd Rahman telah membawa kemerdekaan buat negara. Begitu jugalah dengan 13 Mei 1969. Pada hari tersebut negara kita hampir hancur disebabkan tiupan api perkauman yang dibawa oleh DAP.
Tiada siapa boleh menafikan, ketelanjuran kata-kata dan perbuatan pemimpin-pemimpin DAP sebaik saja memenangi banyak kerusi di Selangor, Perak dan Penang telah menyebabkan api perkauman menjulang tinggi.
Sejarah hitam negara ini masih muda dan segala kronologi punca dan sebab musabab berlakunya masih diketahui dengan jelas dan ia sudah digazetkan sebagai bahan sejarah. Ia sudah berlaku dan sudah benar-benar berlaku. Ini betul-betul, bukan main-main.
Ketidaksanggupan pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang menerima kenyataan peristiwa ini sudah berlaku sebegitu rupa, merupakan bukti jelas bahawa Lim Kit Siang dan gerombolan mereka masih tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka telah terlanjur pada tahun 1969.
Lim Kit Siang masih berusaha sedaya upaya untuk memadamkan lakeri hitam yang sudah menjadi "tatoo" kekal di dahi mereka.
Seperti tiada pilihan lain, hari ini DAP, dengan segala gerakan propaganda cetak dan maya sedang berusaha keras menggerakkan provokasi, dengan harapan agar Tanda Putera digagalkan penayangannya, atau sekurang-kurangnya dipinda dan dipadamkan sebahagian dari kisah benar sebuah sejarah yang telah menconteng arang ke muka Lim kit Siang dan DAP selamanya.
Ikan betina yang dilihat sekilas timbul dipermukaan, harap-harap ia bukanlah betina. Moga-moga ia ikan jantan.
Finas dan ikan-ikan betina yang sedang mengerumuni Tanda Merah adalah makhluk yang bakal meranapkan terus kehormatan dan maruah bangsa melayu pada pandangan kaum cina, jika benar Tanda Merah terpaksa tunduk kepada kemahuan DAP dan kaum opportunis chauvinis cina.
Sanggupkah melayu dan pemimpinnya sama-sama bersubahat dengan kaum chauvinis ini untuk mengubah sejarah 13Mei?
bila sibacul mengaku jantan beginilah jadinya .... berani hanya untuk berpantun ... bercakap bahasa gurindam irama ... tetapi takut untuk bersilat dan jatuh walau hanya silat pulut penghibur pengantin ... cis tarak guna punya pengecut ....
ReplyDeleteBro, ini negara sekarang siapa yang tadbir? Kalau filem tu tak keluar kenapa nak salahkan DAP plak? Keluarkan je lah. Apa pedulik dengan DAP. Apa, semua takut dengan DAP ka? Pegi mampos lah dengan apa DAP nak cakap. Tayang je filem tu, jangan main tuding2, nanti susah nak jawab. Jangan tunjukkan umno kecut telur dengan DAP plak, sebab terpaksa akur tak tayang filem tu. Atau betul apa yang blog2 pro kerajaan semua tulis, kerana DAP filem ni tak ditayangkan lagi. Nampaknya umno pun dibawah DAP juga la gamaknya. Malu aku jadi ahli umno camni.
ReplyDeletePemimpin BN harus menerima sejarah untuk kematangan anak bangsa,bukan dengan cuba menghilangkan fakta yg tersurat! Bangunlah dengan berani wahai pemimpin ku! Bukankah kamu mewakili kami untuk meneruskan perjuangan datuk moyang bagi mempertahankan setiap inci bumi bertuah ini!
ReplyDelete