Thursday, August 9, 2012

ULAMAK PAS LEBIH MUDAH DIKUASAI OLEH NAFSU

Apabila emosi mengatasi rasional akal fikiran, tindakan atau percakapan tidak rasional pasti menyusul. Di waktu itu pertimbangan bukan lagi bersandarkan kepada kebenaran. Ia lebih kepada tujuan untuk mendapat sokongan. Di sinilah bermulanya tujuan menghalalkan cara. 

Sebarang pertimbangan tidak lagi dapat dipisahkan dari kepentingan persendirian atau pun organisasi yang diwakili. Kebenaran sudah menjadi isu sampingan. Justifikasi kebenaran akhirnya hanya digunakan untuk menghalalkan tindakan bagi tujuan mendapatkan sokongan.

Seseorang sering lari dari prinsip kebenaran akibat dari emosi sudah menguasai diri.

Di sinilah masalah terbesar yang dihadapi oleh golongan ulamak yang pada masa yang sama mempunyai kepentingan selain dari agama.

Hakikatnya, emosi(nafsu) telah menguasai diri dan setiap tindakan mereka. Tetapi golongan ini mempunyai kelebihan yang tidak ada pada orang lain, iaitu kelebihan berkaitan ilmu agama.

Itu sebabnya ulamak dan kata-katanya seringkali dijadikan sumber rujukan oleh golongan yang kurang ilmu, di mana kerapkali golongan ini  akan bertaklid buta dengan apa saja fatwa dan ungkapan yang keluar dari mulut ulamak tanpa mengkaji sedalamnya kata-kata ulamak ini.

Bukan semua ulamak berada di dalam hak dan bukan semua ulamak berada di pihak yang bathil. Jadi bagaimana kita harus menilai kedudukan ini? Apakah kita harus membenarkan saja apa yang difatwakan? Atau, apakah kita harus menolak mentah-mentah setiap apa yang difatwakan?

Tiada formula untuk menyelesaikan masalah ini, melainkan setiap tindakan kita harus berpaksikan kepada kebenaran dan apa yang paling patut atau paling harus dilakukan menurut perintah Allah, iaitu apakah pilihan tindakan yang paling hampir dengan keredhaan Allah dan paling jauh dari kemurkaanNya. Itulah yang terbaik untuk kita lakukan dalam keadaan yang masing-masing ulamak cuba menegakkan benang masing-masing.

Mampukan ulamak hari ini membuat keputusan sepertimana Saidina Ali yang tahu membezakan tindakan itu samada bersandarkan emosi(nafsu) atau bersandarkan keimanan atau kebenaran?

Mari kita kaji peristiwa yang pernah dilalui oleh Saidina Ali dan kita lihat bagaimana bijaknya Ali menahan tindakan baginda dari dipalitkan oleh emosi atau nafsu.

Di dalam suatu peperangan, Ali r.a telah berpeluang memancung kepala si kafir yahudi. Tatkala baginda mahu memancung, kafir yahudi yang sudah tidak mampu berbuat sesuatu untuk menyelamatkan dirinya telah meludah muka Ali r.a.

Setelah diludah, Ali r.a terus menyarungkan semula pedangnya dan membatalkan niatnya untuk memancung kepala yahudi itu, walhal Ali r.a bukan tidak tahu bahawa tindakan memancung itu berlaku sewaktu peperangan dan ia merupakan satu jihad fi sabilillah.

Yahudi itu menjadi pelik dengan tindakan Ali yang membatalkan niat untuk memancung setelah mukanya diludah. Mengikut logik, sepatutnya Ali lebih bersemangat memancung yahudi tersebut, apatah lagi setelah muka diludah si yahudi.

Yahudi tersebut bertanya kenapa setelah beliau meludah, Ali tidak jadi memancung kepalanya.

Ali r.a menjawab, "tadi aku mahu memenggal kepala kamu kerana Allah dan rasul, tapi apabila kamu meludah muka ku, aku bimbang aku bertindak memenggal kepala mu kerana aku marah dengan tindakan kamu meludah aku".

Lihatlah, kehebatan Ali r.a yang tahu membezakan tindakannya samada bertindak kerana Allah atau bertindak disebabkan nafsu marah yang mungkin menguasai diri.

Jadi, kepada ulamak-ulamak yang tidak tahu membezakan antara tindakan yang diselitkan dengan nafsu politik dengan tindakan yang dilakukan benar-benar di atas landasan keyakinan, keikhlasan dan kejujuran kepada diri dan kepada Allah semata, harus belajar dari peristiwa kehebatan bagaimana Ali r.a mengawal diri dari terjerumus dengan tindakan bernafsu walaupun urusan itu adalah urusan agama. 

Perjuangan menegakkan hukum Allah dengan bersandarkan kepada tindakan yang dipandu dengan nafsu untuk menakluk Putrajaya walaupun terpaksa bersekongkol dengan kafir yang jelas menolak pendirian Pas dalam soal negara Islam, adalah suatu bentuk penipuan yang sangat halus dari iblis yang berjaya mencucuk nafsu ulamak-ulamak PAS dengan "steriod beracun" yang disangkakan oleh mereka "iman dan jihad fisabilillah".

5 comments:

  1. alam..

    masalahnya,terlibat ddlm sistem demokrasi pun sudah termasuk dlm tajuk diatas..demokrasi tu sistem iblis..brlawanan dgn sunnah..yg menjai prsoalan,sudikah sauara berubah(dgn brlpas diri darinya)..kalau saudara sendiri tidak sudi,mengapa pula saudara bersusah payah minta org berubah..

    dibulan ramadhan yg mulia ini,apa kata sekali seumur hidup saudara ceritakan sesuatu yg benar,bahawa demokrasi itu sistem yg berlawanan dgn sunnah..ianya memang sama sekali berlawanan..kebenaran hanya akan wujud didalam sistem yg allah telah contohkan melalui nabi(sunnah)..kebnaran takkan muncul dgn sistem yg dicontohkan iblis(demokrasi)..

    kalau sdara berani..cuba sdara bawak sistem iblis ni masuk dalam rumah..sdara niat dlm hati nak tegakkan agama didalam rumah..sdara ajak ahli keluarga ddlm rumah sdara mengundi..sdara cakap kat mereka kalau majority menyokong sdara..sdara nak tegakkan agama ddlm rumah..kalau majority tak menyokong sdara..sdara tak boleh tegak agama..

    nescaya ayah sdara akan menempelak sdara dgn brkata

    "aku tak mau!!aku takut jatuh syirik sebab serah agama pada KETENTUAN manusia!!!!!..kau dah gila!!!"

    cubalah sdara bawak masuk sistem iblis ni dlm rumah kalau tak percaya..

    jadinya sdara kena bawak cara(sunnah) nabi didalam rumah kalau nak tegak agama....dakwah (berterusan)..maknanya telah sdara serahkan agama kepada ALLAH TAALA..

    sesuatu yg tak waras untuk dibawa ke dlm rumah ianya tak waras juga nak dibawa ke luar rumah(dlm negara)..
    salam ramadhan sdara..walahuaklam

    (skali seumur hidup didalm ramadhan ceritakanlah yg benar sebelum minta org berubah)

    ReplyDelete
  2. Dalam Malaysiakini, mahadeyyy kata dia dengan Dap TAK SAMA!

    kenapa?

    dia kata dia sudah ISTIHARKAN malaysia negara Islam!

    betul benau ini dia .... matlamat menghalalkan cara....tak gitu?

    hehehehhehe

    gheng lama

    ReplyDelete
  3. salam sdara..PERNAH DGR TAK DIALOG2 SEPERTI NI-

    a-keadaan aku sekarang memang sgt mmerlukan kenderaan(kereta)..aku dah doa byk kali kat allah..tapi masih juga belum dikabulkan..

    b-sabar..nabi yg kedudukannya sebagai kekasih allah tu pun adakala doanya tak terus dimakbulkan allah..kalau kau bersabar kau sudah DIATAS JALAN NABI..

    ktauhuilah kita bahawa nabi doa MINTAK AGAMA..(kalau tak percaya cuba periksa)
    bila kita slalu doa MINTAK KERETA@DUNIA..beranikah kita cakap kita DIATAS JLN NABI?

    a-"aku muskil tengok ko,gaji kecik tapi tak pernah curi tulang langsung,knapa?"

    b-"aku takut allah tak berkat lalu gaji aku tak prnah cukup tiap2 bulan nanti.."

    nampak mcm agama kan?tapi dia sedang RISAUKAN hal dunia.. BUNYI JE MCM AGAMA..

    mari kita intai "risau" saidina umar..

    "mengapakah kamu kelihatan sugul wahai amirul mukminin??"

    umar-"aku RISAU jika ada sekor kambing mati ditebing sungai furat lalu allah tetap minta aku bertanggungjwb..APA AKU NAK JAWAB DGN ALLAH"

    INILAH RISAU AGAMA..JAUH BEZAKAN?
    INSYAALLAH ALLAH AKAN TOLONG JAYAKAN DUNIA KITA KALAU RISAU KITA TU BETUL(CONTOHNYA MCM SAIDINA UMAR..SDARA SEETUJU??)
    YG KITA KHUATIR PULA ADALAH AGAMA KITA AKAN TERGADAI KALAU RISAU KITA SALAH..(RISAU DUNIA)..SDARA STUJU??

    inilah dua urusan yg sering mengelirukan kita..iaitu urusan dunia dan urusan agama..

    kalau brhimpun beramai2 mintak pmerintah ditukar ganti dgn harapan harga petrol,tol,makanan turun(contoh)..ini urusan dunia.kalaulah mati masa brhimpun takkan berani kita cakap cornfirm kita syahid?silap2 syirik sebab yakin brtukarnya pemimpin hidup kita akan berubah makin baik..yg cerah dan gelapkan masa depan kita bukan manusia tapi allah taala..(inilah peraturan hidup- MAKIN RISAU DUNIA,MAKIN SALAH AGAMA)

    masa pilihanraya ada 2 kelompok muslim meraih undi rakyat dgn menawarkan..

    kelompok a-kebahagian masa depan..

    kelompok b-menawarkan agama

    2-2 kelompok itu pendusta dan "ter"dusta..
    (mereka berdusta keerana yg bahagiakan masa depan adalah allah,yg tegakkan agama juga adalah allah..perantaraan utk allah tolong jayakan 2-2 perkara ni adalah iman dlm diri setiap org..sbab tu nabi dakwah iman..mereka2 "ter"dusta pula oleh iblis dgn berkubang diddalam sistemnya,iaitulan demokrasi..

    salam n walahuaklam..(tak perlukah siarkan ye sdara saya cuma nak berkongsi2..jgn lupa,kalau sudi ceritakan lah sesuatu yg benar berkenaan KEBENARAN sebelum berakhir ramadhan ye sdara)

    SALAM N WALAHUAKLAM..

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan sdara..sudah sdara mengkaji demokrasi?

    Dari Abdullah bahwa ia berkata, “Ketika turun ayat ‘Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman’ (QS. Al-An’am : 82) para sahabat bertanya “Siapa diantara kita yang tidak berbuat zalim?” Maka Allah menurunkan ayat ‘Sesungguhnya syirik adalah benar-benar kezaliman yang besar’ (QS. Luqman : 13)”...

    syirik adalah BENAR2 KEZALIMAN YG BESAR sdara..

    cukuplah sampai sini pesan2 saya pada sedara insyaallah..jika sdara masih tak sudi berubah,dgn berlepas diri dari sistem iblis yg tujuannya mahu pengikutnya mensyirikkan ALLAH ..jgnlah saudara PURA2 tak paham kenapa orglain tak mahu berubah..amatlah jelas inilah bukti yg hidayah BUKAN terletak pada manusia,pada undi,pada sekolah mana kita belajar,pada pandai mana kita menulis,pada pandai mana kita bercakap,juga pada segala yg lain2..ianya hanyasanya terletak pada ALLAH TAALA...
    akhir kata BELAJARLAH BERAGAMA DGN JEMAAH YG JUGA SAMA2 SEDANG BELAJAR BERAGAMA DGN CARA@SUNNAH NABI SAW,SAMA2 BELAJAR,BERPESAN2..
    JGN CARI JEMAAH POLITIK UTK MENCARI AGAMA@KEBENARAN..(BIASANYA JEMAAH2 INI MEREKA TAK BELAJAR,TAPI MENGAJAR,MEREKA BERASA TAHU SEGALA..HINGGA TERGAMAK PULA BERKUBANG DLM KUBANG NAJIS DEMOKRASI)

    syirik itu BENAR2 KEZALIMAN YG BESAR..

    salam n walahuaklam..(seungguhnya kejayaan manusia dan jin hanya ada dlm AGAMA ALLAH..dgn CARA@SUNNAH NABI SAW..)

    ReplyDelete
  5. bagaimana pula ulamak umno yg mengutuk syair iamm shafiie secara terang dan berani menegelirukan umat islam di negara ni dgn sesuka hati mnegeluarkan fatwa? adakah mereka juga mengikuti nafsu dan tidak dihasut atau diracuni hasutan syaitan? tepuk dada tanya iman, bukan kemahuan.....

    ReplyDelete