Thursday, September 13, 2012

DULU KINI SELAMANYA ANWAR KUDAKAN HISHAMMUDIN!!!

Agaknya memang sudah lumrah. Atau pun memang sudah halal dan dibolehkan berbohong dan berdusta apabila melibatkan diri dalam politik. Mungkin juga bohong, fitnah dan dusta adalah rukun pertama yang perlu diamalkan oleh seseorang yang bergelar ahli politik. 

Tidak kira ahli politik itu bersongkok, berserban, berkopiah atau pun bertudung. Tidak kira samada seseorang ahli politik itu berkelulusan agama atau bukan agama. Tidak kira samada seseorang itu kaki sembahyang atau seseorang yang lalai sembahyang. Semua mereka seolah-olah beranggapan bohong, fitnah dan dusta dalam politik adalah suatu kemestian dan tidak boleh dielakkan. Maka hukumnya dianggap harus.

Selama ini hanya ahli politik UMNO sahaja yang dilabel kuat bersilat dan berbohong. Tapi hari ini Tok Guru Nik Aziz pun sudah ringan mulut dan merasa tidak bersalah untuk berbohong. Tuan Guru Hadi Awang yang tak berapa mahir melakukan pembohongan pun sudah banyak belajar dari Anwar Ibrahim.

Budaya bohong, propaganda fitnah dan dusta sudah menjadi begitu subur dalam pakatan pembangkang sejak ia dipimpin oleh Anwar. Kecekapan pakatan pembangkang dalam mengendalikan pembohongan, propaganda fitnah dan dusta sudah jauh mengatasi UMNO. 

Di sini jelas, di mana saja Anwar berada, budaya propaganda fitnah dan dusta pasti akan tumbuh subur. Semasa jadi mahasiswa, dia sudah begitu kreatif dalam mencipta propaganda. Entah dari mana dan entah siapa yang mati kebulur di Baling, sehingga sekarang pun tiada siapa yang tahu, siapa yang sebenarnya mati kebulur. 

Hakikatnya tiada siapa pun mati kebulur. Tapi dengan isu mati kebulur, Anwar berjaya memperbodohkan hampir seluruh mahasiswa supaya bangkit menentang kezaliman kerajaan pimpinan Tun Razak. Sebahagian dari bekas mahasiswa ini sehingga kini masih terus berjaya dimanipulasi dan diperbodohkan oleh Anwar. 

Antara mangsa yang termakan dengan propaganda Anwar ialah Hishamuddin Rais. Sehingga kini Hishammuddin Rais masih tak sedar diri bahawa dia telah menjadi mangsa kambing hitam Anwar sejak dari dulu, kini dan selamanya. Dia terpaksa melarikan diri ke Thailand, Australia, Afghanistan, Holland, UK dan ke mana saja akibat dari kebodohannya menyeluk pekasam yang dicipta oleh Anwar. Dia hidup merempat di serata dunia hasil dari kebijaksanaan Anwar memperkudakan semangat berkobarnya sewaktu bergelar pelajar. 

Anwar hidup selesa di Kemunting, tapi Hishamuddin terpaksa hidup di banyak lokap di negara asing yang jauh lebih nazak keadaannya dari lokap di negara ini. Makan, tidur, berak dan kencing ditempat yang sama. Kisah ini kisah benar yang dikongsi bersama dengan rakan tempat dia menumpang hidup sewaktu di London.

Semasa dalam Abim pula, sasaran utamanya tetap pemimpin no 1 negara ketika itu, Dato Hussein Onn. Ke dua Ghazali Shafie yang jadi Menteri KDN. Ketegasan dan ketinggian etika dan disiplin kerja Dato Hussein dan Ghazali Shafie telah diolahnya sehingga menjadi kelihatan seorang yang diktator dan keras terhadap rakyat. Mereka dicop sebagai cuba mengawal semua saluran media dan menghalang kebebasan berfikir serta menggunakan ISA sewenang-wenangnya.

Apabila mendapat peluang masuk UMNO zaman Mahathir, mainan propagandanya lebih berkesan lagi kerana semua sumber kuasa ada di tangan. Segala akta, media dan sumber ekonomi yang dilabelnya sebagai zalim, diktator, kapitalis, orientalis ketika di luar kerajaan telah digunakan sebaik mungkin untuk  melonjakkan imejnya dan dalam masa yang sama membenamkan sesiapa saja di dalam UMNO yang boleh menjejaskan misi sulitnya untuk menguasai kerajaan melalui UMNO.

Budaya propaganda fitnah dan dusta dalam UMNO semakin subur sejak dia jadi pemimpin UMNO. Media yang selama ini dituduh dikawal UMNO telah menjadi lebih buruk apabila dikawal oleh Anwar secara peribadi. Sumber ekonomi yang sebelumnya dituduh hanya memperkayakan kroni UMNO telah menjadi lebih tertutup dan berlegar di kalangan kroni Anwar.

Berkat janji Allah, "wamakaru wamakarullah" dan "kulillahuma malikal mulk" yang sering dibacanya semasa di luar UMNO dan di mimbar-mimbar khutbah semasa dalam UMNO telah memakan dirinya sendiri. Dengan kuasa dan takdir Allah, kekuasaan telah dicabut dari tangan Anwar dengan sekelip mata sepertimana tercabutnya kuasa Firaun sebaik tenggelam di lautan Merah. 

Anwar dipecat dan terbuang dari UMNO sewaktu sebelah kakinya sudah menjejak "singgahsana kuasa" dengan kehinaan yang bukan kepalang. Kehinaan yang diterimanya menghampiri kehinaan yang dialami oleh Raja Namrud yang telah dihina oleh Allah hanya dengan menghantar nyamuk patah sayap ke dalam telinganya. Namrud akhirnya mengetuk sendiri kepalanya dengan kasutnya sendiri hingga mati. 

Nasib baik Allah hanya menurunkan bala kepada Anwar secara individu. Jika Allah berkehendak untuk memberi bala kepada kaum melayu, mungkin Tanah Melayu sudah diterbalikkan oleh Allah sepertimana bala yang diturunkan terhadap kaum Nabi Lut. 

Allah Maha Adil. Perbuatan liwat yang berlaku di Malaysia tidak melata sepertimana melatanya liwat di Zaman Lut. Makanya, musibah dan malapetaka hanya berlaku kepada si pelakunya saja.

Tercabutnya kekuasaan dari tangan Anwar pada hakikatnya adalah rahmat tersembunyi buat rakyat Malaysia. Allah maha Mengetahui. Allah memberi dan mencabut kekuasaan kepada dan dari sesiapa saja yang dikehendakiNya. Allah berhak memulia dan menghina seseorang. Segala keputusan Allah adalah mutlak dan penuh dengan berkat, hikmah dan khasiat yang tersendiri. Allah maha adil.

Jika rakyat Malaysia mampu menggunakan akal yang waras dan pegangan yang jelas tentang hakikat takdir Allah, sudah pasti Anwar tidak akan laku walaupun dilelong murah. 

Kedegilan Anwar mengakui kesilapan dan kelemahannya hanya akan menambah musibah Allah kepada dirinya. Tetapi jika kedegilan dan ketaksuban luar batas ini diterima secara melata oleh rakyat, maka kita seharusnya menjangka musibah dan malapetaka Allah juga akan turun melata buat rakyat Malaysia. Allah menurunkan bala berkadar terus dengan perbuatan buruk yang terjadi di dalam masyarakat. 

Perbuatan buruk melalui propaganda bohong, fitnah dan dusta yang hampir melata sebaik saja Anwar kembali kepada dunianya yang sebenar, iaitu di luar UMNO akan terus mengancam negara dan kehidupan rakyat. 

Dulu, kini dan selamanya "ulat taik" akan tetap mencari taik. Dulu, kini dan selamanya propaganda fitnah dan dusta menjadi makanan ruji Anwar. Dia tetap akan berbohong, melakukan fitnah dan pembohongan sehinggalah Allah menentukan takdir buat dirinya seterusnya.

1 comment:

  1. Heh..heh.., ese ingat Hisam yang sekor lagi tu!!!

    ReplyDelete