Friday, October 12, 2012

ANWAR: KEBENARAN PASTIAKAN MUNCUL

Akibat terlalu percaya kepada Anwar, penyokong semakin hilang kewarasan.
Akibat terlalu menerima bulat-bulat apa yang disajikan oleh Anwar, penyokong terus memandang serong dan jelik terhadap UMNO dan pemimpinnya.
Sikap terlalu mendewakan makhluk yang bernama Anwar, telah menyebabkan penyokong lebih taksub kepada makhluk daripada taksub kepada allah.
Sumber maklumat berkaitan dengan kapal selam Scorpene, komisyen pembelian dan pembunuhan Altantuya adalah datangnya dari Raja Petra. Maklumat dari RPK inilah yang dijaja oleh Anwar ke serata dunia untuk menjatuhkan Najib dan mengaibkan Rosmah.
Pemberi sumber maklumat ini sudah mengaku secara terbuka kepada dunia bahawa segala maklumat yang dibocorkan ini adalah palsu dan suatu rekayasa bertujuan semata-mata untuk memastikan Najib tidak layak menggantikan Pak Lah.
Sekarang, kebenaran pengakuan terbuka yang dibuat oleh RPK ini telah disahkan dan diperkuatkan lagi oleh kenyataan penafian wujudnya perbicaraan di mahkamah Perancis berkaitan Scorpene dari hakim di Perancis.
Kenyataan hakim ini telah menyebabkan segala pendedahan yang kononnya cuba dilindungi oleh kerajaan Malaysia berkaitan dengan pembelian kapal selam, pemberian rasuah berbentuk komisyen dan pembunuhan Altantuya, terbukti adalah suatu rekayasa palsu yang telah dirancang dan dihikayatkan secara begitu licik oleh SUARAM. Jelas, SUARAM telah dijadikan alat terpenting oleh Anwar dalam usaha melancarkan serangan “persepsi kotor dan jijik” bagi memastikan Najib dan Rosmah akan selamanya dipandang hina dan jahat oleh seluruh rakyat Malaysia.
Keberkesanan modus operandi Anwar ini ternyata telah berjaya membentuk suatu gambaran buruk oleh sebahagian rakyat terhadap Najib, Rosmah dan seluruh kepimpinan UMNO.
Akibat telah termakan fitnah dan terlalu taksub, penyokong Anwar tetap beranggapan maklumat palsu ini sebagai benar, walaupun pemberi maklumat kepada Anwar sendiri sudah mengaku dan meminta maaf kepada Najib kerana telah memfitnah beliau.
Anwar sendiri menyebut di dalam “ceramah fitnahnya” dan mengaku mengambil maklumat dari RPK. RPK sendiri pun sudah mengaku bahawa maklumat yang didedahkan itu adalah palsu. Tapi akibat dari akal yang sudah tidak boleh lagi berfungsi serta hilang kewarasan, penyokong Anwar masih lagi mahu percaya bahawa segala maklumat yang sudah disahkan oleh pemberi maklumat sebagai bohong itu adalah benar.
Kerajaan Perancis sendiri sudah mendedahkan kerja kotor SUARAM, tapi mereka masih lagi mahu percaya. Perancis juga sedang memulakan proses untuk menyaman SUARAM, tapi pengikut mereka masih juga masih percaya dan berharap bahawa segala kenyataan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Perancis itu adalah tidak benar.
Malah, Anwar juga sedang berusaha keras untuk membawa William Bourdan yang menjadi tali barut mereka di Perancis selama ini untuk datang ke Malaysia dan member keyakinan semula kepada rakyat Malaysia yang sudah beransur menerima kenyataan sebenar ini supaya kembali mempercayai fitnah dan pembohongan yang telah direkayasa selama ini.
Hakikatnya, Anwar sedang berusaha melawan dan cuba membendung segala kebenaran yang sedang dirancang dan didedahkan oleh Allah swt seperti mana yang djanjikanNYa di dalam Al Quran bahawa kebenaran pasti akan muncul dan kebatilan pasti akan lenyap.

1 comment:

  1. Nuar ni menggunakan ramai orang untuk membuat rekasaya untuk tujuan kotor dia.

    Ada yg bersetuju seperti RPK dan Balasundram. Ada yang tak bersetuju lalu cabut seperti Datuk Zulkifli Nordin.

    Masih ramai yg percaya dengan fitnah ini. Kerosakan sebenarnya telah terjadi dan itulah yang Nuar kehendaki..

    Lopeh PRU13 ni habislah kau Nuarrrrrrrrr!!!!!!!!

    ReplyDelete