Saturday, February 23, 2013

ANWAR: SAYA SEDAR KARPAL-NIK AZIZ MAIN SILAP MATA!!!

Buatlah analisa dari sudut mana pun, PR tidak layak sama sekali untuk diberi amanah mengurus negara ini.

Halangan terbesar PR untuk mengambil-alih negara bukan datang dari BN, tetapi disebabkan oleh kalangan mereka sama sendiri. Kapal PR yang sedang belayar, mengalami kebocoran terok. Dibocorkan oleh rakan-rakan komponen mereka sendiri.

PAS membocorkan lubang lapisan yang didiami DAP. DAP pula mengorek lubang lapisan yang didiami PAS. Team penyelenggara kapal, PKR pula bertungkus lumus membaiki kebocoran yang dilakukan oleh DAP dan PAS. 

Tapi penyelenggaraan yang dibuat oleh team PKR pulak macam tikus membaiki labu. Kebocoran semakin membesar dan air laut semakin "mencughat" masuk membolosi lubang yang diperbaiki.

Masing-masing sudah "pecah lubang" sama sendiri. Masing-masing sudah saling  hilang percaya antara satu sama lain. Masing-masing sudah salah-menyalah sama sendiri dan masing-masing sudah saling mengkritik secara terbuka.

Inilah akibat dari percubaan "air untuk berkawan dengan minyak". Mereka sangka api tak mungkin membakar minyak yang sudah bercampur dengan air. 

Kini, kapal yang membawa kontena pakatan air dan minyak ini sudah mula terbakar sedikit-demi sedikit ditengah lautan. 

Kapten(B) Anwar yang pernah menjadi Timbalan Kapten parti kapal layar, yang seolah-olah sudah kehilangan petunjuk dan pedoman tuhan pemilik laut, semakin kehilangan punca.

Dia menjangka untuk berlabuh di Port Putrajaya, tapi tangannya sedang memutar latitude pelayaran ke laut dalam yang bakal menenggelamkan terus kapal yang sedang bocor.

Dia menyangka dengan menawarkan zikir Kalimah Allah kepada DAP akan melicinkan lagi perjalanannya ke Putrajaya.

Dia menyangka semua kelasi dan anak kapal PAS akan mengikut apa saja dan ke mana saja haluan dan kehendaknya.

Akhirnya dua-dua pihak yang bertelagah ini yang tidak percaya lagi kepada Kapten Anwar.

Kedua-duanya mahu mencari kapten baru mengikut cara dan strategi masing-masing tapi matlamatnya sama iaitu tidak mahu Kapten Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Seolah-olah seperti sudah wujud kesepakatan dan konvensyen bersama  di antara DAP, PAS dan BN untuk menamatkan terus riwayat Anwar dari persada politik negara. Cuma cara dan kaedahnya saja yang masing-masing berbeza.

Hakikatnya, tiada siapa yang percaya kepada Anwar. BN memang sudah lama bertindak mencampakkan Anwar keluar.

Di atas kepentingan dan situasi politik, PAS dan DAP telah menyambar peluang keemasan untuk menumpang menafaat dari fenomena Anwarinas yang berlaku ketika pemecatannya.

Pada hakikatnya PAS dan DAPlah yang paling awal "pecah lubang" Anwar sering masuk salah lubang.

Persefahaman yang wujud di antara DAP-PKR-PAS hanyalah umpama persefahaman "di antara banduan yang mahu lari dari penjara". Kerjasama yang matlamatnya hanya mahu lepas dari penjara. 

Selepas keluar penjara mereka tidak mungkin akan terus bersama kerana masing-masing akan membawa haluan masing-masing. Malah jika mereka terus bersama akan lebih membahayakan lagi kedudukan mereka. 

Komponen pakatan ini, sebagaimana banduan yang lepas lari, pasti akan mendahulukan agenda dan survival diri mereka. Hakikatnya, kerjasama pakatan akan tamat dengan sendiri sebaik saja dan jika menang PRU13.

Rasional kenapa ia bakal tamat dengan sendiri sangat jelas kelihatan.

Hingga kini mereka tidak pernah berterus terang dan gagal membentuk kabinet bayangan.

Sekarang sudah pecah lubang, PAS tidak bersedia untuk berperdana menterikan Anwar Ibrahim.

Tindakan DAP yang berulang kali menyatakan sokongannya kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri hanyalah strategi untuk supaya pengundi bukan melayu akan mengundi PKR, jika kawasan itu ditandingi PKR. Kita semua maklum PKR akan bertanding dikawasan pengundi bercampur. Ia tidak lebih dari agenda untuk mengalahkan BN semata-mata dan bukan agenda untuk memimpin negara dan rakyat.

Nama Tengku Razaleigh Hamzah yang secara tiba-tiba dipalitkan sebagai bakal PM alternatif pihak pakatan bagi menggantikan Anwar adalah bukti jelas betapa Anwar secara senyap sudah ditolak secara total oleh PAS dan DAP. Walaupun DAP tidak menyatakan secara terbuka, tetapi dari segi "kebolehpercayaan", DAP lebih yakin dengan Ku Li daripada Anwar.

Sokongan terbuka yang diberikan oleh DAP terhadap Anwar hari ini hanyalah bertujuan untuk mengikat kaki dan tangan Anwar. Jika sampai ketikanya nanti Anwar yang sudah terikat kaki dan tangan akan dicampak ke laut.

Mungkin perkara ini sudah dibincang dan dirancang sewaktu Karpal Singh mengadakan majlis sambutan Maulidul Mursyidul Am Pas tempohari.

No comments:

Post a Comment