Saturday, February 23, 2013

ANWAR: SAYA AKAN TERUS MENERIMA AIB ALLAH!! TAK PERCAYA TUNGGU!!

Krisis yang kompleks memerlukan seorang pengurus krisis yang berkesan. Hanya crisis manager yang baik saja yang layak untuk diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memimpin negara ini.

Kejayaan Tun Mahathir memimpin negara keluar dari pelbagai krisis politik dan ekonomi sepanjang pentadbirannya membuktikan betapa beliau adalah seorang pengurus krisis yang berkesan.

Krisis politik dan ekonomi yang meruncing pada tahun 1969 telah hampir meranapkan kestabilan dan keamanan negara dan rakyat. Tun Razak muncul tepat pada ketikanya dan seterusnya terbukti segala krisis yang meruncing telah berjaya diurus dengan berkesan.

Tunku Abd Rahman bukan saja berjaya membawa kemerdekaan kepada negara, malah paling menakjubkan, beliau berupaya merekacipta formula penyelesaian krisis yang "unprecedented", iaitu membina rupabentuk negara baru yang mana di dalamnya terbina sebuah kehidupan masyarakat yang cukup kompleks, di mana pelbagai kaum, kepercayaan dan budaya telah dapat hidup bersama dalam situasi menang-menang. 

Masing-masing memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jurang kepelbagaian yang begitu besar dan kompleks yang wujud di antara "rakyat baru dan asing" dengan "rakyat asal" yang mendiami negara telah berjaya "diserasikan" dalam situasi saling menghormati dan mengakui hak masing-masing.

Kunci kejayaan para pemimpin ini memimpin negara adalah keupayaan mereka berfikir dan bertindak "secara nasional" dengan membebaskan diri mereka dari ikatan sentimen latarbelakang kaum dan agama yang dianutinya.

Mereka memandang dari sudut kepentingan negara serta keperluan seluruh rakyat yang diwakilinya.

Mereka sudah pasti gagal jika dahulunya mereka berbuat sesuatu berasaskan sentimen kaum dan agama. Pergaduhan agama dan etnik seperti yang berlaku di India dan ceylon pasti berlaku di negara ini.

Itulah rahsia dan kunci yang wajib dimiliki kepada kerajaan dan pemimpin walau siapa pun yang memerintah negara ini.

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak jelas lebih terserlah sifat nasional pada dirinya berbanding mana-mana pesaingnya hari ini.

Dari segi "kesabaran" beliau bukan saja jauh nengatasi Anwar, malah turut mengatasi kesabaran yang ada pada ulamak politik dalam PAS. Seribu macam provokasi, fitnah dan dusta yang dilemparkan terhadapnya, tapi beliau tetap cekal dan sabar. Melatah jauh sekali.

Dari segi "tindakan-tindakan rasional" yang diterjemahkan dalam pentadbiran maupun pendekatan, tiada siapa kalangan pemimpin pembangkang yang layak untuk dibandingkan dengan beliau. Transformasi kerajaan yang digagaskannya semakin diterima rakyat.

Dari segi keupayaan merundingkan penyelesaian sesuatu masalah atau krisis, PM Najib sudah mempunyai track record tersendiri, dengan kejayaan merundingkan pelan damai Bangsamoro yang telah tertunggak lebih 30 tahun. 

Jika usaha damai palestin yang sedang diusahakannya berjaya membuahkan hasil, maka akan terbuktilah betaps PM Najib bakal meninggalkan legasi tersendiri sebagai pemimpin Mlaysia yang bertaraf dunia setanding, malah mungkin melebihi dari kejayaan yang telah dirintis oleh Tun Mahathir.

Dari segi pengurusan krisis, samada peringkat dalaman UMNO atau BN mahupun masalah dalam kerajaan, terbukti PM Najib seorang yang "sangat berhati-hati dan realistik" dalam setiap langkah dan tindakan yang diambil.

PM Najib tidak seperti PM2 sebelumnya yang kadangkala membuat kritikan secara terbuka terhadp ahli atau pemimpin parti mahupun kerajaan.

PM Najib lebih cenderung mengamalkan pendekatan menarik rambut dalam tepung. Beliau tidak suka mengaibkan sesiapa walaupun beliau tidak henti-henti diaibkan dengan pelbagai rekayasa fitnah dan dusta pihak lawan. Beliau tidak membalas api dengan api. Beliau tidak membalas fitnah yang dihadapinya dengan fitnah. Beliau juga tidak membalas racun dengan racun. 

Sikap jiwa besar beliau inilah yang menyebabkan sesiapa saja yang memusuhinya mati akal dan semakin hilang pertimbangan. Lihatlah bagaimana tertekannya Anwar. Kesilapan demi kesilapan semakin kerap dilakukan oleh Anwar. 

Satu demi satu pembohongan, fitnah dan dusta yang cuba dipalitkan kepada PM Najib sedang berbalik dan memakan dirinya sendiri.

Musibah yang lebih mengaibkan telah berbalik dan berlaku kepada bukan saja beliau, malah telah berlaku aib sehingga dalam rumah dan ahli keluarganya sendiri, sejak beliau memulakan operasi fitnah dan dusta terhadap DS Najib sejak Najib menjadi TPM lagi. Tujuannya adalah bagi menafikan DS Najib dari menaiki takhta PM selepas Pak Lah.

Memang benar janji Allah yang melarang keras hambanya mengaibkan saudara seagamanya yang lain. Jika dilakukan juga, maka pihak yang mengaibkan akan mendapat aib yang lebih besar hingga akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri.

Perlu diingat, aib yang diterima Anwar melalui musibah "perlakuan liwat" bukan berpunca dari aib dan fitnah yang direka oleh pimpinan UMNO. Ia berpunca dari perbuatannya sendiri yang terlebih awal telah menjalankan operasi aib dan fitnah yang telah direkaciptanya terhadap DS Najib dan isteri sewaktu Najih berjawatan TPM lagi.

Anwar tidak pernah mahu belajar dari kesilapannya. "Operasi aib" menerusi media yang dilakukan terhadap Rahim Tambi Chik pada tahun 1994 adalah punca dan sebab musabab yang telah menyebabkan Anwar menerima aib yang lebih besar pada tahun 1998,

Inilah namanya keadilan dan kebenaran janji-janji Allah. Mahathir, Najib, polis, mahkamah atau siapa saja yang bernama makhluk hanyalah "machine" yang Allah gunakan ketika itu sebagai jalan untuk membalas hukuman karma terhadap Anwar yang terlalu suka menjatuhkan lawannya melalui senjata "aib dan fitnah".

Allah telah berjanji, "perbuatan mengaibkan orang lain" akan dibalas dengan "aib yang lebih besar" kepada si pelaku  secara tunai di dunia dan sebelum mereka mati.

Jika DS Najib berada di pihak yang benar dan telah terfitnah, maka tiada apa yang boleh mendatangkan musibah kepada beliau. Ini janji Allah. 

Tun Mahathir sudah menikmati janji Allah. Beliaulah yang telah menjadi mangsa fitnah sebenar dalam peristiwa hodoh yang dilakukan oleh Anwar pada tahun 1998. Muka Anwar semakin hodoh, sebaliknya muka Mahathir semakin berseri.

Fikir dan renungkan....

No comments:

Post a Comment