Majoriti pengundi akhirnya akan mengundi ke arah pencapaian kestabilan politik dan kerukunan hidup daripada ketegangan politik yang tak berkesudahan.
Majoriti pengundi akan memilih "kedamaian hidup" daripada hidup "bertegang urat" sepanjang masa.
Majoriti pengundi juga akan memilih "kedudukan yang paling selamat untuk keluarga mereka hidup.
Majoriti pengundi akan memilih untuk kesenangan mereka beramal ibadah tanpa kekacauan dan ketegangan.
Majoriti pengundi juga "mahu terus menikmati" kenikmatan yang sedang mereka nikmati hari ini daripada bersikap tamak dengan cara memperjudikan kerajaan yang ada.
Majoriti pengundi akan memilih untuk bersama dengan kerajaan yang boleh menjadikan semua hasrat dan kehendak ini benar-benar tercapai dan terjamin.
Memang ada kalangan pengundi yang tidak peduli atau tidak mensyukuri "kestabilan", keselamatan dan kenikmatan hidup yang sedang dikecapi hari ini, tetapi bilangan mereka ini tidaklah melangkaui jumlah majoriti.
Golongan rakyat yang bersyukur dengan nikmat kehidupan yang sedang dinikmati masih majoriti. Jika "golongan yang tidak bersyukur" dengan nikmat melepasi bilangan majoriti, sudah pasti negara ini telah melalui fasa "Malaysia spring" lebih awal dari "arab spring".
Sudah pasti negara ini "sudah merasai" lebih awal akan kesan kemusnahan dan penderitaan hidup akibat dari "sikap tidak bersyukur" "majoriti rakyat" di Mesir, Libya dan Syria yang "mahukan nikmat" lebih dari apa yang sedang mereka nikmati sehingga sanggup memperjudikan kerajaan yang ada.
Golongan ini mempertahankan "amalan tak bersyukur" mereka dengan cubaan meyakinkan rakyat bahawa isu kestabilan dan keselamatan ini hanya momokan dan ugutan kerajaan UMNO.
"Golongan kufur nikmat kestabilan, keselamatan dan kemakmuran hidup" ini menyangka nikmat ini boleh diroboh dan dibina seperti kanak-kanak membina istana pasir di pantai. Hari ini dirobohkan, besok boleh dibina semula lebih baik lagi.
Dalam pakatan, "persoalan asas dan pokok" pun masih bertentangan antara satu sama lain.
Bagaimana "rupabentuk amalan kebebasan beragama" di dalam acuan negara multi-kepercayaan dan etnik seperti Malaysia masih menjadi halangan terbesar ke arah persefahaman antara komponen pakatan.
Di antara sesama komponen PR pun "masih berahsia dan bersilat lidah" di antara satu sama lain, bila menyentuh "persoalan pokok berkaitan penyelesaian agama dan hubungan kaum yang sangat sensitif".
Sesama sendiri pun masih tidak mampu berundingkan suatu formula penyelesaian atau model yang benar-benar "praktikal" untuk dirumuskan bersama.
Prinsip bersama PR adalah di atas dasar main "twi tak twi" dan "siapa chup dulu" seperti "prinsip anak-anak main masak-masak".
Lihat saja bagaimana mereka "memerangkap rakan sendiri" dalam isu kalimah Allah.
Bila majlis syura PAS membuat ketetapan menolak penggunaan nama Allah oleh selain agama Islam, Anwar&Azmin dan DAP kata "tak twi" kerana mereka tetap berpegang kepada pendirian bersama pakatan yang diumumkan oleh Hj. Hadi lebih awal.
Adakah amalan prinsip, "twi tak twi" dan "siapa chup dulu" ini yang mahu dijual kepada pengundi dan mahu dijadikan alternatif yang lebih baik dari dasar permuafakatan sesama BN yang terbukti telah berjaya membina jaringan kestabilan, keamanan dan keselamatan seluruh rakyat?
Kestabilan politik ini "ibarat gram kepada makanan" atau "ibarat manisan kepada minuman". Tidak kira makanan apa pun, tanpa garam makanan tidak akan berguna. Majoriti umat manusia tidak akan makan makanan yang tidak bergaram.
Jangan sangka, dengan mengarahkan rakyat supaya "menjalani pantang", dan jangan mengambil garam dan gula ciptaan BN mereka boleh hidup lebih lama dari yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment