“Saya juga fikir yang anda tidak harus memberikan terlalu banyak ruang berita untuk beliau. Itu yang beliau suka. Beliau tidak suka bila tidak dihiraukan, jadi bagi saya jangan hiraukannya.
“Beliau sepatutnya dibiarkan sahaja menjadi penghibur, menari dan menyanyi di ceramah-ceramah. Sepertimana saya katakan, zamannya sudah berlalu, umpama ‘burung punggok merindukan bulan’,” kata Daim dalam wawancara dengan New Sunday Times.
Bekas menteri kewangan itu menegaskan jika rakyat memilih pembangkang yang dipimpin Anwar, dengan itu negara akan menuju jalan kehancuran.
“Beliau telah diuji semasa krisis kewangan Asia dan beliau telah gagal. Saya juga fikir yang beliau gagal bukan hanya kerana dasar-dasarnya, tetapi juga kerana motifnya,” katanya.
Bekas menteri kewangan itu juga melahirkan kegusarannya bahawa Anwar tidak arif mengenai ekonomi dan jika beliau sekali lagi menjadi menteri kewangan atau perdana menteri, beliau akan cenderung mengikut jejak Amerika.
Daim mendakwa, Anwar sedang “menghasut” fikiran rakyat di sini dan memberitahu dunia bahawa pembangkang akan menang sedangkan beliau tahu yang beliau tidak boleh menang.
Katanya jika pembangkang kalah, Anwar akan mendakwa ia satu penipuan dan kemudian membawa Arab Spring ke sini serta menghasut rakyat bahawa di bawah Barisan Nasional, undi mereka dicuri dan mereka perlu melakukan protes jalanan untuk mendapatkan semula undi mereka.
“Dapat anda bayangkan senarionya jika pembangkang tidak berjaya ke Putrajaya? Beliau akan berterusan mendakwa ia satu penipuan dan kemudian membawa Arab Spring di sini.”
..... Sebahagian petikan dari Selangordaily.
Amaran buat Anwar;
1. Yang bercakap ini Daim Zainuddin. Menteri Kewangan yang bertanggungjawab memacu ekonomi negara di zaman Tun Mahathir. Bila asas ekonomi negara sudah kukuh, kuat dan stabil, barulah Tun M serah jawatan MOF kepada kamu.
2. Kamu telah diserahkan sebuah istana yang sudah siap, gagah berdiri dengan segala interior, exterior dan landscape yang mahal dan cantik-cantik. Kamu hanya diminta tolong tengok-tengokkan dan urus apa yang sudah dibina kukuh sebab kamu tak sekolah dan tak faham selok-belok ekonomi. Kamu hanya lulus ijazah Am Pengajian Melayu.
3. Tapi apa yang berlaku, kamu seperti "kera dapat bunga" dan macam "beruk jumpa pisang". Tak tau mengurus. Salah guna kuasa dan tamak bukan main. Beruk kalau dah kenyang, tapi bila jumpa pisang, dia akan makan juga dan simpan di leher sementara tunggu boleh masuk perut. Bila jumpa dusun buah-buahan, kera dan beruk akan panggil seluruh kaum dan suku sakatnya sekali untuk makan dan turut rosakkan tanaman yang dia sudah baham. Buah masak, buah muda dan putik buah pun kamu kerjakan macam peranhai kera dan beruk.
4. Bila ekonomi negara hampir hancur kamu kerjakan, Tun M panggil balik Tun Daim untuk betulkan segala kemusnahan yang kamu lakukan. Kalau biarkan kamu "handle", kamu pakai sifir mudah 2x5 saja, pasal itu saja yang kamu hafal.
5. Bila kadar pinjaman terlampau tinggi, cara nak kengkang dan kurangkan NPL kamu naikkan kadar faedah sampai 13.6%. Peminjam mati terus. Bila peminjam tak boleh bayar hutang, ekonomi pun merudumlah.
Bila modal pasaran jatuh, sumber dana dalam negara berkurang, kamu hanya nampak kiblat IMF. Kaedah lain bukan kamu tahu. Kamu nak serah kedaulatan ekonomi pada Amerika, Soros & rakan-rakan pemegang dana yahudi.
6. Nasib baik Tun M dan Tun Daim tak sebodoh dan sedayus kamu yang terlalu cepat akur dengan preskripsi IMF. Sakit sikit terus ambil panadol. Pening sikit panadol. Luka sikit ubat MB, ubat KK. Kamu bukan tau nak merawat penyakit ekonomi yang datang. Kamu hanya tahu kaedah nak tahan sakit dengan cara memakan panadol. Itu sebab "imunisasi" patriotisma dan kesetiaan kepada negara terlalu tipis dalam diri kamu. Terlampau banyak makan "preskripsi pengkhianatan panadol" yang dijulap dek Amerika-yahudi.
Penyokong dan budak-budak Anwar bukan boleh fikir sampai tahap ini. Otak budak-budak ni sudah kena "hack" dengan Anwar. Otak pendokong dan penyokong Anwar dah "immune" dan "insomniac" akibat dari terlalu banyak makan "panadol dadah" Anwar.
No comments:
Post a Comment