Menurut laporan dan analisa dari beberapa agensi tertentu terdapat sekurang-kurangnya 8 kawasan "hot seat" di Negeri Sembilan.
Antara yang disebut Sikamat, Labu, Paroi, Pilah, Juasseh, Jeram Padang, Linggi dan Chennah.
Kawasan yang sedia dimenangi oleh DAP hampir pasti dikatakan akan terus kekal ditangan DAP.
Ada laporan menyebut kedudukan semasa ketika ini 20 PR dan 16 BN.
Mungkin suasana akan berubah kerana BN masih ada 13 hari untuk memperbaiki kedudukan. Sekarang adalah fasa pengukuhan kedudukan jentera di seluruh PDM.
Mana-mana jentera yang "terbelengot dan terbeleseh" kerana terkejut calon pujaan mereka tidak terpilih atau pun tidak terpilih semula sedang diperbetulkan dan gerakan memujuk sedang rancak dilakukan.
Jika gerakan konsolidasi ini berjalan lancar, BN mampu bangkit semula kerana organisasi jentera BN lebih "structured" jika dibandingkan dengan jentera pembangkang.
BN sedikit beruntung kerana PKR pun lagi haru-biru.
Belum habis terkencing, dah berebut nak chup paip mana nak ambil wuduk. Belum pun azan, dah bertengkar siapa nak jadi imam. Belum pun angkat takbirarulihram dah berebut siapa patut bawak tahlil. Belum habis tahlil dah main chup-chup jamba mana nak makan.
Belum pun monang dah sibuk nak bentuk kerajaan. Belum tubuh kerajaan dan pandai-pandai booking jawatan Menteri Besar.
Macam mana nak bagi pembangkang perintah negeri kalau mereka berperangai "belum duduk sudah mahu berlunjur".
No comments:
Post a Comment