Kawasan parlimen BN kalah pada PRU12 yang lalu sebanyak 36.6%. Tetapi calon muka baru peringkat parlimen yang diketengahkan kali ini hanya sekitar 33%.
Bagi kawasan DUN pula, BN kalah di 41% kerusi, tidak termasuk Sarawak, manakala muka baru yang diperkenalkan, sekitar 49%.
Peratusan muka baru BN yang diperkenalkan di setiap kali PRU, termasuk PRU 2008 adalah pada sekitar 30-40%. Secara purata, peratusan muka baru kali ini hakikatnya, tiada banyak perbezaan.
Peratusan ini tidak melambangkan ertikata sebenar "transformasi politik" BN seperti yang dijangka dan diharapkan oleh pemerhati, peminat, pendokong dan pengundi atas pagar yang skeptikal tetapi mengharapkan sesuatu yang terbaik dihidangkan oleh BN pada PRU kali ini.
Apakah kali ini, percaturan dan komposisi calon yang dikemukakan BN benar-benar mengisi aspirasi, sentimen, harapan dan expectation kumpulan-kumpulan sasaran yang boleh menambah jaminan untuk kemenangan selesa BN pada kali ini?
Adalah menjadi harapan pendokong parti agar percaturan BN ini berupaya mencapai sasaran dan menarik kembali sokongan pengundi atas pagar atau silent majoriti yang memisahkan dan mengundi pembangkang pada PRU12 lalu.
Percaturan BN ini diharap berupaya menarik kembali sokongan pengundi "BN friendly" yang mengundi bukan berdasarkan parti, tetapi berdasarkan calon.
Diharapkan juga, golongan profesional muda yang memerhati secara rapat perubahan secara transformatif yang dijanjikan ini akan yakin dan menerima prinsip "gabungan muka baru-pengalaman" pada komposisi 1:2 yang digunapakai BN pada kali ini.
Diharapkan juga, golongan yang menanti dengan penuh harapan "janji ditepati" untuk memilih calon yang benar-benar "winnable and acceptable", akan menerima dan beranggapan peratusan muka baru ini cukup untuk membuktikan bahawa BN sudah benar-benar melakukan perubahan secara transformatif.
Turut diharapkan, kumpulan sasaran yang berupaya menjadi kuasa penentu ini benar-benar terpanggil untuk menyokong dan mengundi BN dengan senarai calon yang disebut sebagai pasukan terbaik yang pernah dikemukakan BN.
Secara jujur, saya selaku pemerhati, pendokong dan loyalist parti yang benar-benar ingin melihat BN dan UMNO khususnya, kembali kuat, dihormati dan diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia melihat peratusan atau komposisi muka baru 33% dan muka lama 67% peringkat parlimen, dan gandingan 49% muka baru 51% muka lama di peringkat DUN yang digunapakai oleh BN pada PRU kali ini, masih belum cukup "menguja" pemikiran kumpulan sasaran pengundi atas pagar atau silent majoriti untuk "akur dan menerima" bahawa BN memang sudah benar-benar berubah.
Pengundi atas pagar mahu melihat sesuatu perubahan yang ketara. Bagi pengundi silent majoriti, 1/3 komposisi muka baru di peringkat parlimen dan 49% di peringkat DUN adalah amalan kelaziman yang dilakukan oleh BN pada setiap kali PRU. Mereka melihat dan membaca lapuran lalu. Mereka-mereka yang belum membaca lapuran lalu, silalah google.
Saya memerhati dan membuat analisa sendiri. Tahap Peratusan hanya mampu menggoncang minda dan merobah "persepsi sinis dan kurang yakin" silent majoriti terhadap BN jika peratusan muka baru yang diperkenalkan melebihi peratusan muka lama.
Silent majoriti "lebih terkesan" dengan "faktor muka baru" daripada "faktor gandingan pengalaman". Faktor pengalaman bukanlah faktor yang boleh memberi kelebihan untuk meyakinkan silent majoriti supaya mengundi BN. Apakah perlu sehingga 70% pasukan berpengalaman untuk memastikan negara terus maju?
Buatlah kajian. Komposisi yang mana akan lebih memberi kelebihan kepada BN dari sudut pandangan silent majoriti
1. 30% faktor muka baru : 70% faktor pengalaman, atau
2. 70% faktor muka baru : 30% faktor pengalaman.
Harus diingat, faktor penentu kemenangan ada ditangan silent voters dan bukan ditangan pendokong dan penyokong parti kerana pendokong dan penyokong tegar di antara BN dan pembangkang adalah hampir seimbang.
Faktor kejutan massa ini yang seharusnya diberikan keutamaan dalam pertimbangan calon-calon.
Pendokong parti termasuk calon yang tidak terpilih mungkin hanya sekadar merajuk, berdiam diri dan bermain dengan anak bini di rumah bagi melayan rasa kecewa. Jika ada yang bertindak mensabotaj parti pun tidak akan menjejaskan kekuatan parti.
Cuba buat kajian lagi. Peratusan mana yang lebih menjejaskan undi BN;
1. Peratusan undi sabotaj calon kecewa yang tak terpilih, atau
2. Peratusan undi silent majoriti yang kecewa kerana melihat tiada perubahan yang benar-benar ketara yang mampu "mengujakan" dan meyakinkan mereka untuk menumpahkan sokongan mereka kepada BN?
Sokongan massa rakyat atau sokongan calon dan pemimpin kecewa yang lebih penting?
Jika bersetuju dengan faktor "sokongan dan persepsi positif massa" itu yang lebih penting, kenapa kita lebih bimbangkan faktor sabotaj dalaman?
Maka kenapa kita harus korbankan faktor muka baru yang akan memberi impak posotif lebih besar keoada BN, semata-mata kerana takutkan warlords yang mendesak dan mengugut untuk mensabotaj parti jika tidak terpilih sebagai calon?
Kenapa pucuk pimpinan harus tewas dengan desakan dan permainan pemimpin lama dan warlords yang hanya mahu mengekalkan kuasa dan menongkat langit?
Pucuk pimpinan harus membuat kajian kos melepas seperti di bawah dengan tepat;
Jika pucuk pimpinan membuat keputusan lebih "utamakan aspirasi silent majoriti" dengan keberanian menggunakan formula 70 muka baru: 30% faktor pengalaman, maka kita mungkin hilang sedikit sokongan dari kalangan para pensabotaj dan warlords yang kecewa.
Jika Pucuk pimpinan membuat keputusan lebih utamakan damage control dalaman hingga mengekalkan komposisi 30% muka baru: 70 muka lama lerana tidak mahu kehilangan undi sabotaj, maka Bn harus bersedia untuk kehilangam undi massa yang gagal diyakinkan dengan perubahan yang tidak berapa transformatif yang telah diumumkan semalam.
Negeri Sembilan mungkin boleh dijadikan negeri kajian sampling kepada "Kesan Kos Melepas" selepas PRU13 nanti.
Semoga Allah swt terus memelihara tanah air ini di bawah kerajaan Barisan Nasional dengan mengembalikan kemenangan 2/3.
Ameen.
No comments:
Post a Comment